Salam,
Saya harap ... baca dan hayatilah perlahan-lahan..
Awk..tujuan saya hantar email ni bukan untuk menambahkan luka awk ... tapi nak mengurangkan beban yang awk hadapi sekarang..
Saya
dah tahu banyak perkara yang mungkin awk sendiri takut kalau saya
tahu..Sebagai seorang yang menyayangi awk, hati mana yang tak hancur
bila dapat tahu benda2 mcm ni berlaku awk tak perlu risau, saya akan
jaga aib awk dan takkan bagitahu dekat sesape pun..
Masih ada ruang untuk kita bertaubat dan anggaplah apa yang terjadi ada hikmah diatas kekhilafan kita yg lepas..
Sempat
saya dengar tazkirah masa bulan puasa yang lepas..seorang ustaz
bercerita walaupun mungkin cerita ni adalah tak betul tapi realitinya
akan berlaku masa akhirat
nanti..
"Seorang hamba ditimbang
amalannya di hari akhirat dan didapati pahala dan dosanya hampir-hampir
sama berat..cuma melebihi sedikit dosanya..lalu diminta hamba itu kepada
ALLAH untuk diberi peluang sekadar beberapa saat untuk dia hidup
kembali di dunia..kata ALLAH: aku sudah memberi banyak masa di dunia
untuk kamu berbuat baik dan akhirat ini adalah masa untuk
perhitungan..lalu dicampakkan hamba itu ke dalam neraka"
Cerita ini saya karang sendiri dan mungkin tidak tepat tapi jalan ceritanya hampir sama macam yg diceritakan ustaz tu..
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Gerun
bukan? Cuba letakkan diri kita di saat nyawa betul-betul dihujung
halkum kita. Tidak
terkata dan terbayang dengan apa-apa yang akan berlaku. Saat mati itu
adalah rahsia dari Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang
mengetahui saat bila kita akan dipanggil olehnya..
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." (Surah Ali 'Imran ayat 185)
"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di kari akhirat kelak?
"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita sebagai umatnya. Jangan kita sesekali berputus asa dengan Rahmat dari Allah
yang menciptakan kita. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat ke 53:
"Katakanlah:
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
Pintu Taubat Allah sentiasa
terbuka luas untuk hambanya. Ayat diatas tiada sebarang syak wasangka
dan keraguan untuk kita terus istiqamah memohon ampun dariNya dan
meninggalkan segala kemungkaran yang telah kita lakukan. Dialah jua Yang
Maha pengampun lagi Maha Mengasihani.
Mungkin agak berat untuk kita berubah tapi percaya dan
istiqamahlah, InsyaAllah lama kelamaan karat yang ada dalam hati tu
pasti akan hilang..
Kita
manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan. Jika
kita seorang yang peka dan mengetahui akan segala kesalahan yang
dilakukan itu adalah salah dan melawan tuntutan dari Allah, kita
mempunyai peluang untuk berubah kepada yang lebih baik.
Sebelum terlambat, cepat-cepatlah kita untuk memohon
ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita
yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita
yang terakhir. Renungkanlah sepotong ayat Al-Quran, Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan
perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah
lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang
mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian
sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka
yang beramal"
Ada part dalam cerita ni yang sy ambil dari penulisan lain..Bukan semua yang saya karang..
Awk,
Kalau dia seorang lelaki yg baik untuk awk, dia tak akan buat perkara yang tak
baik kepada awk..Dan saya sendiri bukanlah seorang lelaki yang baik tapi
kita sama2 lah cuba untuk berubah kepada yang lebih baik..Setiap
perubahan walaupun kecil, pasti ada nilaian disisi Allah
SWT..Tinggalkanlah dia, pedulikanlah apa pun yang dia buat.. Bina hidup
baru..Bersihkanlah hati..
Saya akan terima ... seadanya dan akan tolong ... untuk bebas
dari masalah ni..
Wassalam..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya suka baca penulisan seperti ini. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil bersama. Daripada catatan ini, kita dapat lihat di mana seorang yang baik dambakan cinta yang ikhlas. Desakan yang halus, pujian dan ajakan kepada perkara kebaikan. Seorang perempuan pasti tertarik dengan lelaki begini. Saya belajar sesuatu, dan saya jadikan pengajaran dalam hidup.
Untuk kita berubah, kita perlukan sesuatu rangsangan dan desakan kepada perubahan. Selama ini kita tidak menyedari kesilapan daripada diri kita.
Dahulu, dipuji akhlak yang baik, solatnya tidak pernah tinggal, menjadi ikutan sahabat yang lain malah pelajarannya cemerlang. Namun, hatinya tidak dapat menghalang nafsu serakah yang timbul dalam dirinya. Di situlah bermula segala fitnah dalam dirinya. Solat mula diabaikan, pergaulan mula menjadi bebas malah al-quran sering dilupakan. Akhirannya di mana? Sedikit demi sedikit, hatinya menjadi kotor. Dahulunya bersih, kini tercalit pelbagai noda. Hanya kerana cinta dunia? Mukanya berseri, namun hilang sinar keimanan apabila dilakunya dosa. Memberontak apabila ditegur kepada kebaikan.
Yakinlah, percaturan Allah itu sangat baik. Apa hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Saya melawat rumah kebajikan minggu lepas, di sana sepatutnya saya mengambil banyak pengajaran. Kanak-kanak tersiksa akibat kesilapan ibu bapanya, namun tidak muncul dendam dalam hati kanak-kanak tersebut. Sedangkan kita pula ditimpa kesusahan atas kesilapan diri sendiri.
Alhadulillah, impian saya untuk menjadi suami yang soleh, memahami pasangannya, romantis, bijak mengatasi masalah rumah tangga, mengetahui hukum halal haram, menjadi bapa yang baik, mengetahui tanggungjawab dalam rumahtangga masih lagi kuat. Sepanjang perjalanan hidup ini, kita kena belajar banyak perkara. Saya pasti akan terima baik buruk isteri saya nanti. Yang salah di sisi agama, saya pasti menegurnya dalam kaedah yang paling berhemah. Saya belajar dari pengalaman dulu, jika terlalu bertolak ansur atau membiarkan pasangannya melakukan apa sahaja, pasangan akan menilai kita tidak memperdulikan dia atau kurang mengambil berat. Namun, jika terlalu berkasar, maka akan hilanglah hormat dia pada kita.
InshaAllah, semoga Allah permudahkan cita-cita rumahtangga saya yang saya idamkan. Dimana, ketika saya atau isteri saya marah sekalipun, kami mampu ketawa apabila bersama. Dimana ketika badai menimpa, kami akan bantu-membantu bersama. Ketika berjauhan, akan timbul rasa rindu bersama. Itulah doa dan impian saya sejak kecil lagi.
Jika Allah takdirkan sebaliknya, saya tetap akan bersabar. Kerana saya yakin Allah tetapkan sesuatu yang terbaik kepada hambaNya. Biarlah tidak cantik rupa paras, namun hatinya cukup ikhlas menerima kita.
Note: Catatan 29 Disember 2012

Tiada ulasan :
Catat Ulasan