Khamis, Januari 10, 2013

Hipokritkah Kita?


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saya masih lagi teringat berkaitan dengan istilah hipokrit. Hipokrit ni maksudnya berpura-pura bersikap baik, berperangai baik, orang yang memperlihatkan dirinya sikap yang berlainan dan munafik. Lebih kurang begitulah maksud daripada kamus dewan.

Sedar tidak sedar, kadang-kadang kita juga akan bersikap hipokrit. Namun yang membuatkan saya tertarik adalah soalan, "Jika seorang yang jahat tue buat baik, dia hipokrit tak?"
Jawapannya?

Anak yang menyakitkan hati kedua ibu bapanya tapi beri duit kepada mereka setiap bulan itu hipokrit ke?

Pelbagai lagi persoalan yang timbul, dan 2 minggu lalu dalam khutbah Jumaat ada ditekankan mengenai hipokrit dalam agama. Nauzubillah.

Ya Allah, janganlah Kau butakan hati aku dalam agamaMu ya Allah. Jika ada sesuatu yang melalaikan aku daripada agamaMu, maka aku mohon semoga Kau hindarikanNya.

Hipokrit dalam beragama adalah berpura-pura melakukan sesuatu yang baik berkaitan dengan agama. Apa gunanya menunjuk jika amalan itu adalah kecil di mata Allah. Sebab itu saya belajar untuk ubah sikap saya yang selalu bercerita apa yang saya lakukan kepada diam sahaja. Jika ada seseorang minta nasihat kepada saya, barulah saya bukakan mulut untuk berkongsi. Hanya sebulan saya ubah begitu, banyak respon positif yang saya perolehi. Ini juga adalah salah satu hijrah saya kepada sikap yang jauh lagi baik.

Semoga Allah merahmati apa yang saya ingin lakukan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan