Jumaat, Disember 28, 2012

Keputusan Terbaik

Actually, post kali ini saya bercadang untuk berkongsi sesuatu yang berkaitan dalam membuat keputusan. Dalam hidup ini kadang-kadang kita banyak bersandar kepada emosi semata-mata, namun kita tidak melihat secara terperinci apa yang terbaik kita buat.

Ketika kita ditimpa kesusahan, masa tersebut kita banyak menangis dan menyesal kerana salah membuat perhitungan. Tetapi, jika kita yakin kerana Allah, nescaya kita berpegang pada kenyataan takdir itu sendiri. Ramai yang terlalu takut menerima hakikat kadangkala hidup mereka adalah hasil pengorbanan orang lain. Sebab itu saya ingin berkongsi suatu cerita.

Percintaan melibatkan dua hati, perkahwinan melibatkan dua hubungan bergabung. Sebab itu saya melihat apabila percintaan saya hampir hancur, saya cuba untuk perbaikinya. Namun apabila muncul calon yang lebih baik, saya lepaskan si dia walaupun hati saya berat untuk melihat dia bahagia.  Mungkin catatan ini tidak dibaca olehnya, namun saya yakin dia bahagia di luar sana.

Abah saya nasihati saya supaya lupakan orang yang hatinya sudah tiada untuk kita, kerana apa sahaja yang kita buat tidak akan disukai olehnya. Menangis dan bersedih tidak salah, namun tidak perlu keterlaluan. Apabila saya menilai kembali apa yang terjadi, saya membuat keputusan yang paling drastik dalam hidup saya. Daripada terlalu bertahan, saya memilih untuk menyerah.

Saya membuat satu catatan panjang mengenai apa sahaja yang saya boleh buat supaya dia menjauhi saya, antaranya membuat gangguan psikologi padanya. Ramai yang mengetahui wanita tidak mengemari lelaki yang terlalu obses kepada mereka malah cara yang terbaik adalah lahirkan sifat cemburu yang nampak keterlaluan. Demi Allah, apabila saya merancang untuk menjauhinya, saya menangis berkali-kali kerana saya tahu susah mencari pengganti seperti dirinya. Tetapi saya tahu ada baiknya saya menjauhi dirinya.

Tidak perlu saya ceritakan begitu detail apa yang saya buat, tetapi saya tahu di luar sana ramai lelaki yang ingin mengetahui kaedah untuk membuatkan pasangan meninggalkannya. Strategi yang mudah, ketahui apa yang perempuan tidak suka. Timbulkan suasana ketegangan, jangan bertolak ansur, memaksa. Kaedah ini dalam tempoh jangka panjang pasti terhasil.

Untuk perbaiki hubungan juga ada caranya. Tetapi saya rasa tidak layak untuk saya komen dalam penulisan saya kerana saya gagal dalam perkara ini. Tetapi, banyak pengalaman yang saya timba. Bak kata sahabat saya, ramai lagi pengganti di luar sana, jadi mengapa perlu bersedih?

Note: Buku La Tahzan banyak nasihat yang berguna.

Khamis, Disember 27, 2012

Dilema Wanita - 26 December 2012

Hari z tengok rancangan Dilema Wanita kat Astro. Hari ini berkisah tentang Sally, seorang yang berkahwin dengan orang Islam, tetapi suaminya kurang daripada didikan agamanya. Malah keluarga suaminya juga kurang juga aspek agama itu.

Cerita ini bermula apabila anak mereka minta ibunya membeli buku membaca al quran. Ketika pulang, mereka dikejutkan berita anak mereka cedera ditimpa runtuhan tanah, malah mengorbankan nyawa tukang gaji namun berita tersebut disambut tawar hati oleh sang suami dan ibu mertuanya. Saat ini Sally berkenalan dengan seorang ustazah yang anak dia juga tinggal sama di dalam wad mereka. Ketika itulah Sally diperkenalkan dengan agama Islam.Untuk makluman, Sally ini merupakan seorang Cina berkahwin dengan orang Melayu.

Setelah enam bulan berlalu, akhirnya Sally mula menunaikan solat dan mengajak suaminya turut berubah. Namun, hati sang suami masih keras. Apa yang terjadi selepas itu, sang ibu mertua akhirnya jatuh sakit. Sally memikul tanggungjawab itu sehingga ibu mertuanya sembuh. Ketika inilah hidayah mula turun kepada keluarga mereka.

Pengajaran daripada cerita ini;

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita jangan terlalu yakin sehingga membelakangi agama, seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita dapat. Allah turunkan ujian kepada kita kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. jadi, bersabarlah atas apapun yang berlaku.

Note: Hidup ini indah jika kita amal agama Islam sebenar-benarnya. Jangan ikut nafsu semata-mata! Ingatan untuk diri sendiri

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.

-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.

-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.

-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.

-ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:

"Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63).

Selasa, Disember 25, 2012

Dengar Masalah

Kadang-kadang bila kawan-kawan baik laki mahupun perempuan berkongsi masalah mereka terasa diri sangat terpilih mendengar dan merenung betapa kayanya Yang Maha Esa mencipta pelbagai persoalan kehidupan. Kalau kawan laki saya berkongsi masalah, nampak diri mereka tidak ego, kawan perempuan pula, nampak mereka sangat comel sebab mcm budak-budak mengadu kat ayahnya.

Jadi, saya tetap memilih untuk mendengar dan membantu walaupun saya sendiri dalam masalah :)

Ahad, Disember 23, 2012

Hijrah


"Assalamualaikum..lama dah masuk dalam group ni
tapi belum ada keberanian nak sher cerita..

cuma malam ni teringin pulak nak sher..
saya melanau muslim..tapi saya membesar bukan dalam persekitaran muslim..
maksud saya jiran2 saya. kebanyakan jiran saya bukan muslim.sehinggakan kawan2 saya hampir kesemuanya bukan muslim.tapi Alhamdulillah keluarga saya masih didik saya sebagai seorang muslim.Apa yang saya nak ceritakan ialah tentang kawan saya.dari tadika hingga sekolah menengah kebanyakan kawan saya kristian.saya pelajar asrama.saya tinggal satu bilik dengan kawan2 kristian saya satu bilik.kami satu bilik 16 orang dimana 15 orang mereka adalah non muslim dan cuma saya sahaja yang muslim.Jadi saya dapat tahu sikit2 tentang agama mereka.Lagipun kami suka sher tentang agama masing2.saya perhatikan setiap malam mereka sebelum tidur mereka rajin membaca kitab.walaupun mereka kristian tapi mereka sangat menghormati agama islam.mereka sangat hormat..bila dah habis sekolah menengah saya berjaya melanjut pelajaran ke universiti.tak sangka sampai universiti pun kawan2 saya kebanyakannya kristian.tak tahu kenapa saya lebih rapat dengan mereka berbanding kawan saya yang muslim.Ha! yang ni lah saya nak cerita. saya pun terkejut.dalam banyak2 kawan saya yang beragama kristian, salah seorang kawan saya ni dia lebih berminat kepada islam.kenapa saya cakap macam tu? sebab.tengah2 saya layan lagi opick tahu kan opick yang dimana lagunya berunsurkan islam.Kawan saya cakap dia sangat minat akan lagu2 opick.Bahkan dia suka menonton cerita berkisar islam.ada satu hari tu.salah seorang kawan muslim saya pernah terdengar dia berzikir menyebut kalimah Allah..dia berzikir!! tapi dia seorang kristian..kami pernah berkongsi cerita mengenai agama masing2. apa yang mengejutkan saya dia mengetahui cerita2 islam.dan paling mengejutkan saya sekarang ni dia tengah mengkaji agama2 yg ada seperti islam,kristian dan yahudi.dia seperti tengah mencari sesuatu.."
copy dari facebook. (https://www.facebook.com/groups/204498413014145/)

Entah kenapa air mata z bergenang bila z baca kisah dia. Bagi sesetengah orang mungkin ini cerita yang sangat biasa, tetapi z jadi seorang yang sangat sensitif semenjak dua menjak ini. Entah r, tak pasti kenapa apatah lagi bila z hadiri kelas agama, dengar ceramah, mudah sangat air mata ini turun. Sedangkan ketika z solat malam pun tersedu-sedu z menangis. 

Mungkin Allah ingin z memahami sesuatu. Z dilahirkan dalam keluarga Islam yang sangat sempurna. Malah rumah keluarga z pun bersebelahan kubur dan masjid yang sentiasa ingatkan kepada kematian. Biarlah perubahan yang berlaku lepas ini menjurus kepada yang lebih baik.

Z lagi selesa berjemaah dan baca al Quran di masjid sekarang berbanding bersendirian di rumah..Sayunya Allah sahaja yang Mengetahui..

Perpisahan Terasing - KRU

Waaaa..Ini lagu fav z masa z belajar kat MRSM dulu. Saja terkenang bila terdengar lagu ini.



Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci
( korus )
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti 
Walau cukup kusedari dia takkan kembali
Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi
( ulang korus )
Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh.. kini 
terasing luka 
Oh... kini terasing luka 
Perpisahan mengasing kita

Lagu KRU memang z minat, sebab banyak maksud yang tersirat..lagipun z ni jenis orang yang tengok pada lirik. Tapi z paling suka dengar penyanyi yang gunakan al quran sebagai dakwahnya..itu lagi baik daripada nyanyi tah lagu pape.

Hati Yang Rapuh

Assalammualaikum..

Saya terfikir tentang sesuatu, dasarnya saya melihat suatu masalah itu sebagai batu lonjatan dan juga kemanisan dalam hidup. Setiap masalah itu saya cuba lihat dari sudut yang sangat berbeza. Saya pasti setiap daripada kita sentiasa berdoa untuk beroleh perkara yang baik-baik dalam hidupnya.

Ketika saya baru putus dengan pasangan saya sebelum ini, saya dapat rasakan pelbagai perasaan. Rasa seperti lelaki tak berguna, tak layak dengan mana-mana perempuan, rasa ego tercabar, malu malah rasa marah yang sangat. Pada masa itu, mujurlah saya ada sahabat yang saya buat saya terfikir tentang sesuatu.

Sahabat saya ni saya kenal ketika kami sama-sama terlibat dalam sukarelawan dulu. Saya email dia menyatakan kesedihan saya. Yang buat saya terfikir bila dia reply email saya, dia cuma hantar, "Sabar itu separuh daripada iman". Saya pelik, kenapa dia tak cuba ceriakan atau beri dorongan kepada saya? Saya hantar balik, "So, what?"..

Dia hantar lagi, " Bersabarlah, Allah ada".

Dalam keadaan amarah ni, kita tak terlintas nasihat dia sangat mendalam. Pada masa itu saya cuma terfikir yang dia cuma tunjuk baik dan tidak memahami masalah saya. Saya pun malas r nak ambil tahu lagi tentang dia.

Beberapa hari lepas itu, saya buka facebook saya. Entah macam mana, saya terbaca status yang orang komen dekat wall dia. "Takziah, semoga ibu bapa kamu ditempatkan dengan orang yang beriman.."
Eh, apa yang terjadi ini? Bergenang air mata saya bila mengetahui hati saya ini melampau terhadapnya.

Tarikh ibu bapanya meninggal sehari sebelum saya email dia. Apa yang buat saya terfikir, dia tetap menyatakan rasa ingatkan Allah kepada saya. Saya mula terfikir, di mana kesabaran saya dalam menjalani kehidupan. Saya terlalu ikut perasaan dan menyalurkan perasaan marah tak kena pada tempatnya. Selepas saya tahu kejadian ini, saya banyak tersenyum dengan masalah. bagi saya, tiada apa pun yang berat melainkan kehilangan agama dan keluarga. Apatah lagi perkara yang menjurus kepada api neraka.

Jadi, kenapa perlu bersedih dalam hidup? Sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Sabtu, Disember 22, 2012

Jamuan Sempena Last Kelas

Alhamdulillah, hari ini merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Waaa, tetiba rasa sayu je, sekejap sahaja masa berlalu. Rasanya baru semalam lapor diri untuk belajar.


Dalam kelas z memang ramai kali ini, dalam 30 orang lebih. Tak sangka pula z jadi Ketua Kelas. Hahaha. Apapun, z cuba beri komitmen dan pegang tanggungjawab dengan baik.

Apa yang z dapat pengajaran dalam sesi kali ini, SPSS tue SANGAT SUSAH! =.="

InshaAllah, semoga kita berjaya dapat apa yang kita impikan.

Ya Allah, permudahkan urusan kami. Jadikan kami bersatu dalam berjuang dalam menuntut ilmu Ya Allah. Amin.

Rabu, Disember 19, 2012

Discussion SPSS lagi

Waaa,,kelas Master ini memang menarik apatah lagi kena belajar SPSS.


ini team yang selalu lepak untuk buat assignment sesama.. memang jem r sampai ke malam bincang. 


Apapun, hidup memang kena enjoy! Kadang-kadang kita sangat intim dengan rakan sekelas kita lebih daripada pasangan kita.

Kalian, semoga kita akan berjaya graduasi sesama. InshaAllah :)

Dan Lelaki Baik Apabila Bercinta


Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, "Untung duri ini menumbuhkan mawar." Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, "Rugi sekali mawar ini mempunyai duri."

Lalu apa mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.
Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, "Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah."
Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.
Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.
Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki celaka di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Jangan sampai ludahku, hinggap di wajah penuh nafsumu.
Soalan saya itu yang saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.
Ibu cantik
Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.
Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata "Kahwini aku", tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.
Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.
Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.
Lelaki baik
Petang baru masuk bersama awan-awan yang berbentuk kasut mary jane. (Bentuk kasut yang saya baru belajar secara tidak sengaja dua hari lepas). Saya pula pada ketika itu dengan wajah yang baru dikesat minyaknya sedang duduk semeja dengan seorang ibu beranak lima yang cantik.
Memang sudah tugas saya, sebagai editor buku bagi bertemu dengan manusia-manusia yang mahu menulis, dan pada petang itu, saya bertemu ibu yang mahu menulis. Menurutnya, dia mahu menulis berkenaan mendidik anak gaya Saiditina Fatimah, dan untuk saya, itu sangat bagus bagi pasaran buku.
Lalu cepat-cepatlah saya bertemu janji dengan dia, dan mulanya, terus-terang sahajalah di sini, saya menyangka akan bertemu perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata, dan membuat saya berasa menjadi anak kepada dia.
Sangkaan saya itu benar pada perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata tetapi dia tidak membuatkan saya berasa menjadi anak kepada dia. Malah, saya berasa dia seperti rakan sebaya walaupun anaknya sudah lima. Semuanya gara-gara wajahnya yang segar itu.
Mulanya hajat mahu berbincang berkenaan buku yang dia mahu tulis, tetapi kerana kagumnya saya kepada dia, saya lebih banyak cuba mencungkil rahsia berkenaan dirinya. Bertanya itu, bertanya ini dan kemudiannya, sampailah saya kepada soalan yang membuat saya rungsing.

Soalan
"Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal," kata saya cuba memancing rahsia.
Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.
"Tidaklah sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk saya batal," kata ibu muda itu pula.
Belum sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik itu menyambung, "Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup. Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama, suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu."
Ibu cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya. Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.
"Bertuahnya lelaki itu," kata saya, spontan.
"Sebenarnya, sayalah yang bertuah," jawab ibu cantik itu pula.
Waktu itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan tuah lalu saya bertanya, "Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang menjadi bertuah?"
Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, "Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?"
Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.
"Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?"
Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, "Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu."
Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.
"Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?" Saya juga mula ikut serius.
"Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.
"Adakah Puan ini ahli sufi?" telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.
Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, "Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya."
Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.
"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."
Jauh
"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."
Mendengarkan sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik sekiranya mereka menjauh dari saya?
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," sambung ibu muda cantik itu lagi.
"Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?" soal saya dengan hati yang sudah gusar.
"Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."
Saya diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup kuat untuk semua perkara ini? Ah... lelaki baik apabila bercinta...

iluvislam

Hijabista - Ustaz Hasrizal

Sudi nak baca tweet dari Ustaz Hasrizal (@saifulislam) kelmarin dan semalam mengenai HIJABISTA? Dan nak lihat kesimpulannya? Silakan..

------------------------------------------------------------------
Ustaz Hasrizal:

Allow me to say in bold and clear, some tudungs make the muslimah looked stupid (its a free country man. Im exercising my freedom of speech).

The responsible is not only to cover the aurah, kita juga ada maruah. Tutup aurat dengan fesyen yang kelihatan bodoh, memalukan Islam.

Pemakaian hijab yang huru hara dengan rupa bentuk yang menyanggah norm, adalah talbis iblis. Tipu daya iblis. Hijab, tetapi ultra tabarruj.

If you want to travel to Mekkah, why transit in Tel Aviv and Las Vegas? Choose Islam. Why confusing people with weird 'islamic fashion'?

Sesungguhnya hijab menjadi permainan wanita skrg. Sesuatu yang suci dan lambang taqwa berubah menjadi laughing stock atas nama open minded.

Hijab milik umat, milik Allah. Sebagai anggota umat, saya menyuarakan bantahan saya kepada fesyen yg memperbodohkan muslimah kita.

Saya bukan kolot, sudah lihat hijab dipakai merata alam. Dari Erzincan ke Tehran, Islamabad dan Nouakchott juga London, Paris dan Singapore.

Dan jauhkanlah diri dari orang yg jadikan agama mereka sbg permainan dan hiburan, dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia (Q6:70).

Mana tudung taqwa, mana tudung nafsu? Lihat di http://t.co/3UAwdh4W dan tanya iman di hati.

Jika pemakai tudung pelik berdegil dgn kata, “biarlah, asalkan tutup aurat”, dia perlu terima kata-kata “biar bodoh, asalkan tutup aurat”.

Fesyen bukan kebodohn. Fesyen adalah seni. Dan Allah sukakan keindahan seni. Tetapi bukan semua kesenian seni. Jangan hina fesyen dan seni!

Saya komen sebab saya cemburu dengan perkataan ISLAM dan MUSLIMAH. Kalau pakai tudung bodoh, dan tidak kaitkan dengan Islam, saya diam.

Yang terus pertahankan tudung pelik2, saya takde kuasa menahannya. Namun audience saya akan terus diberitahu, jgn pakai ia atas nama Islam.

Tajuk baju ketat, lelaki pun pakaian entah apa2 dan lain2, itu tajuk kelas kita akan datang. Minggu ni kelas bersihkan hijab dari penghinaan.

Adik-adikku sayang, demi Allah, buanglah rasa marah, tenangkan diri, tanya isi hati, tudungmu datang dari iman atau dari nafsu?

Jika tudung itu iman, iman itu Quran, bilakah kali terakhir kalian membuka Quran untuk menilai cara diri berpakaian?

Saya sangat kecil dan remeh. Tetapi hijab adalah Quran. Allah memeliharanya 1400 tahun dan Allah akan hancurkan penghancur hijab.

Jika pejuang hijab pelik mahu bersatu menentang kita, moga Allah segera zahirkan akhlaq sebenar mereka di sebalik hijab fitnah itu.

Wallahi saya tidak kenal majalah, tak tahu vlog dan tidak personalize teguran saya kepada mereka. Jika 'mereka' marah, Allah bantu maknanya.

Kalau JAKIM tegur, nanti JAKIM dituduh kolot, ortodoks, outdated. Biar saya bersuara. Lagi pun ia hanya di Timeline saya. Anda yang sebarkan.

Anda nak dengar nasihat siapa bab tudung? Allah tidak akan bercakap. Rasulullah saw dah wafat. Cakap orang yang setuju? Yang tak setuju?

Saya tidak usik tubuh badan kamu. Saya tegur pakaian kamu. Tubuh milik kamu. Pakaian kamu kita kongsi dalam society.

Sekularis suruh ustaz buang tajuk hudud dari Surah an-Nur, hijabister suruh ustaz buang tajuk hijab dan aurat dari surah yang sama. Nafsu!

I respect women. My mom, my wife, my daughter, my prophet's wife and all solehaat. I love them and fight against those who corrupt them.

'Hijabisters' should know, some who hate you might laugh at you. I dont make fun out of you. Im advising what I believe is the truth.

If any of hijabister meet me, I dont judge you, you're my ikhwah. If you feel unease, meaning that you're battling your ownself. Not me.

Ya Allah, ramaikanlah syaitan menangis malam ini, ramaikan malaikat rahmat meneman kami. Fitnah akhir zaman amat perit, bagai bara digenggam.

hanguskan nafsu kami yang gelojoh mahukan dunia. hiasi kami dengan keenakan iman. lindungi kami dengan kebencian terhadap kemungkaran.

Semoga leteran semalam menyedarkan kita bahawa di era tudung jadi industri dan norm, masih ramai yg belum menutup aurat dan mengaibkan Islam.

Saya doakan yang terbaik buat Karangkraf. Majalah Hijabista boleh terus berkembang dalam inovasi FUNGSI di sisi fesyen, bukan lagi TABARRUJ.

Siri Tweet Hijab semalam menunjukkan cabaran dalam beragama kita bukan sekadar ilmu, tetapi mental distortion, iaitu kesalahan cara berfikir.

Overall, hijabister is only a presenting problem. The real problem involves belief system, worldview & value system. Back to Surah al-Kahf.

Pendakwah juga tidak mempunyai privilege untuk pilih nak buat kerja dakwah yang elegan atau memalukan. Sebab itu, hijabisters perlu disentuh.

“Only women should talk about woman’s stuff” is Jahiliah paradigm. Q9:71 commands us to take care each other, male and female, believers!

Saya tak rasa kecil hati, tertekan, malu, terhina, kelakar apabila diperli dan dikutuk hijabisters. Yg penting mereka 'terdengar' kata2 saya.

Support from Sis @WardinaSafiyyah was very meaningful. Wardina did. Surely the rest will follow insha Allah.

------------------------------------------------------------------

Conclusion:

Wardina Safiyyah : I don't know but I HAVE to agree with @saifulislam on the hijabisterrr issue. I am proudly declaring I am NOT a HIJABSTER! (dah taubat).

Warkah Untuk Isteriku


Assalammualaikum..

Apa khabar isteri abang? Abang di sini sihat-sihat sahaja. Terasa rindu dengan masakan sayang, walaupun hanya baru beberapa hari sahaja kita berpisah sebab urusan kerja abang. Anak-anak sudah makan? Abang pasti sayang akan jaga mereka dengan sempurna. Kalau mereka buat salah, nasihati mereka. Jangan bagi mereka tinggal solat! Ehem, isteri abang pun sama. Tapi abang yakin sepanjang perkahwinan kita, sayang tidak tinggalkan solat pun melainkan bendera jepun dikibarkan. Hihi, ini yang buat abang makin sayangkan sayang.

Sayang,
Abang tahu abang banyak kekurangan, tetapi sayang sudi terima abang dalam hidup sayang. Abang impikan jalan ke arah kebahagiaan. Terbukti abang tidak salah memilih sayang sebagai pasangan hidup abang. Sayang terlalu banyak berkorban dan berikan kasih sayang terhadap abang. Terima kasih sayang atas segalanya.

Abang tidak tahu apa yang layak untuk membalas kasih sayang tetapi apa yang abang tahu, abang akan bimbing sayang ke jalan Syurga. Abang harap Allah akan sentiasa bersama dalam hidup kita. Hidup dan mati kita kerana Allah, abang menyintai sayang juga kerana Allah. Jika abang buat kesilapan, maafkan abang.

Marilah kita kecapi nikmat hidup bahagia bersama.

Ikhlas dari,
Suamimu

Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelaki yang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Benar, aku amat menyayangi. Aku pernah tergelincir kerana nafsuku, kerana ketamakanku, namun ku lepaskan kamu kepada jalan yang diredhaiNya. Apa yang aku lakukan ini adalah kerana niatku kepada Allah. jauh di sudut hatiku ingin melihat kamu bahagia di jalannya..Amin..

OPICK: Allah Maha Cahaya

Lagu nasyid ini sentiasa bermain-main dalam fikiran z. Paling kerap bermain masa z nak tidur.Lagu ni sebenarnya z tahu masa z jadi fasilitator untuk Fitrah Power Resources. Kadang-kala Allah beri petunjuk kepada hambaNya melalui pelbagai cara. Diutuskan kepada z dalam perkara yang z sangat minat, yakni menjadi pembimbing kepada masyarakat. Namun, dalam masa yang sama, z belajar sesuatu. Hayati liriknya, kita sebagai orang yang banyak berdosa, akan tersentuh dengan lagunya. Mana tahu lagu begini akan menjadi doa dalam hidup kita?

Allah Maha Cahaya
sumber: www.rozekmulia.blogspot.com

Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

chorus**

Allah bukalah hatiku
bimbing dijalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah

**Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah

Begitu lirih tanpa sadar air mata menjadi saksi banyak waktu sia sia
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh...

chorus**

Allah bukalah hatiku
bimbing dijalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah..
Allahu Allah..Allahu Allah

**Allah terangi jiwaku

Allah beri petunjukMu
Allahu Allah..Allahu Allah
Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku

**Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah (2x)

Jauh melangkah berharap hidup tak sia-sia
Jauh berjalan, harapkan ku dapat ampunan..

note: Setiap kali z terkenang lagu ni, air mata z pasti bergenang..

JODOH: Mencari atau Perlu?


Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.
Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"
Pada mulanya saya tersenyum.
Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.
Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.

Ramai yang keliru
Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?
Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka hangat bercinta.
Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.
Namun, mengapa semua ini berlaku?
Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?
Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?
Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.
Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar.
[HR. Muslim]
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?

Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.
Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?
Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.
Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.
Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.
Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?
Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.
Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.
Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Jika sudah mampu
Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.
Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.
Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.

Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?
Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.
Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.
Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?
Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.
Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.
Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.
Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.
Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.
Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.
Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.
Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.
Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.
Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.
Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?
Sudah tentu tidak.
Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.

Jika redha Allah yang dicari...
Sudah nampak apa yang harus dilakukan?
Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).
Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.
Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?
Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?
Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.
Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?
Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.
Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.
Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.
Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?
Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.
Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.
Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.
Wahai hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

sumber: iluvislam.com