Hidup ini umpama
roda. Ada masanya kita akan berada di bawah, ada masanya kita berada di atas.
Saat kita di atas, jangan sesekali lupa diri, bersiaplah menghadapi sebarang
kemungkinan yang mendatang. Dalam catatan saya kali ini kisah seorang pakcik
yang kesunyian.
Saya teringat suatu
peristiwa di mana saya berkenalan dengan seorang lelaki tua ini di pusat jagaan
orang-orang tua. Orangnya sangat pendiam, namun pertanyaan akan djawab jika
ditanya. Bagi saya itu sudah cukup untuk mulakan perbualan. Dalam tempoh 30
minit kami sudah sangat mesra, dan pakcik itu tidak berhenti-henti ketawa
dengar cerita saya. Tiba-tiba terpancul ayat, “Alangkah untungnya ada anak seperti
kamu nak”. Saya terdiam.
Terdetik dalam hati
saya, mungkin ada cerita yang ingin disampaikan. Saya berusaha memahami apa
yang berlaku dalam hidup dia. Macam trademark saya, “Jalan hidup setiap manusia hampir sama, cuma watak dan masa itu sahaja
yang berbeza”. Tidak mustahil jika saya tidak ambil pengajaran kejadian
yang sama dan menyakiti akan terjadi.
Saya pun menjawab, “Jika
saya adalah anak pakcik, apa yang pakcik ingin sampaikan pada saya? Kalau saya,
saya nak pakcik ketawa macam sekarang walaupun pakcik tiada rambut!” Jenaka
saya ketika itu.
“Dulu pakcik ni
kerja kebun. Isteri pakcik pula meninggal masa anak pakcik lahir. Pakcik ada
dua orang anak, sorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun tanpa ibu, pakcik
jaga mereka, bagi makan dan minum, sekolah, duit. Bila mereka dah besar, mereka
lupakan pakcik!”.
Tidakkah kita
melihat itu seperti kejadian yang biasa? Di mana anak-anak mereka? Saya mula
terfikir, adakah saya juga akan menjadi seperti mereka apabila saya sibuk
kelak? Yang memandang rendah kepada isu begini walaupun hati mereka wajib kita
jaga.
Dengan tersenyum
saya kata, “Ada hikmah untuk setiap apa yang terjadi. Mungkin anak pakcik
sangat sibuk? Masa mereka sangat kurang, oleh itu pakcik, sentiasalah berdoa
supaya hati mereka terbuka. Saya pasti mereka sentiasa ingatkan pakcik. Takpe,
sementara itu saya kan ada? Hehehe”.
“Ah, kamu tue jarang
jenguk pakcik. Ada je kerja nak buat!” Perli pakcik.
“Saya kan kacak!
Hehe.”
Pembaca sekalian,
ibu bapa ini tempat kita bermanja. Berbaktilah kepada mereka selagi mampu. Bagi
saya, biarlah ibu bapa nak memarahi anaknya, tetapi jangan pula anak memarahi
ibu bapanya. Belajarlah memujuk hati dan jaga hati mereka. Ganjaran pahala yang
Allah janjikan sangat besar bagi mereka yang memelihara ibu bapanya!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan