Rabu, Oktober 31, 2012

Temuduga Polis

Aiseh, surat tawaran untuk menghadiri temuduga polis itu z dah hilang, hancur terkena hujan.

Okay, mungkin ada yang ingin tahu apa yang berlaku semasa temuduga polis kan? Ini z kongsikan pengalaman semasa menghadiri temuduga ini.

Setiap calon yang berjaya melalui ujian fizikal (dahulu diikuti oleh ujian lisan) akan ditawarkan untuk ke ujian seterusnya yakni ujian temuduga. Semasa ujian ini, calon akan diuji kebolehan dalam menjawab soalan, keberanian secara lisan serta kepetahan dalam berbahasa terutamanya bahasa Inggeris. Dalam ujian temuduga yang saya lalui, ada 3 panel (kesemuanya DSP berpangkat Dato') dan diperhatikan oleh Setiausaha. Soalan yang diajukan boleh dalam bentuk sejarah, isu semasa, Islam, peranan polis dan sebagainya.

Ketika saya ditemuduga, saya diajukan soalan sebegini,
-Europe and Middle East have a war, can you give the name of countries?
-Apa maksud negera berpelembagaan?

Itu antara soalan yang saya jawab ikut suka, tak pasti betul atau tidak. Ada je soalan berkaitan latar belakang diri. Kebiasaannya setiap calon akan ditemuduga dalam tempoh 10 minit. 

Setiap calon akan diajar bagaimana cara ketika masuk ke temuduga, kata sapaan dan gelaran setiap panel. Yang penting, ketika itu, calon hendaklah bertenang, rilex dan yakinkan diri panel juga seperti anda suatu masa dahulu.

Keputusan temuduga akan diketahui pada hari itu juga. Pegawai yang bertugas akan menghimpunkan calon-calon dan seterusnya mengumumkan keputusan lulus atau gagal. Suasananya macam AF tue. (Jika ada calon yang gagal mengawal perasaan, pasti air mata akan jatuh ke bumi.) Calon yang melepasi ujian temuduga ini akan melalui ujian air kencing dan sekiranya layak ke peringkat seterusnya dikehendaki mencari dua orang yang mengenali diri calon lebih daripada 4 tahun untuk pengesahan identiti dan latar belakang. (Bukan ahli keluarga).

Saya dikhabarkan, jumlah calon yang berjaya ke peringkat akhir sebanyak 1500+ tetapi jawatan Inspektor kali ini akan ditawarkan hanya kepada 1000 orang pegawai.Keputusan akan diumumkan melalui surat ke rumah. Selagi surat tawaran jawatan Inspektor belum dikeluarkan, maka calon itu belum pasti menjadi Polis.

Rumit bukan untuk menjadi Inspektor? Tetapi itu yang buat satu keyakinan Inspektor pada awalnya adalah orang-orang yang suci, tetapi adakah pegawai itu mampu bertahan apabila dia mula bertugas? Sama-sama kita boleh menilai.

10 ulasan :

  1. salam,,nak tanye.adek sy nak g interview 19 nov ni...so nak mintak tips sikit bleh?..contoh2 soalan ke?memg semua soklan kna jwab in english ke?kalau bantai ckp bm ok x?thanx a lots!

    BalasPadam
  2. 'Keputusan temuduga akan diketahui pada hari itu juga. Pegawai yang bertugas akan menghimpunkan calon-calon dan seterusnya mengumumkan keputusan lulus atau gagal. '
    - so awk lulus or gagal?hehehe.nway, pandai ckp srawak x ?

    BalasPadam
  3. Contoh2 soalan? Untuk persiapan sekarang, baca berkaitan sejarah dan pentadbiran Malaysia, then kena la tau sikit2 isu semasa..

    Tentang BM/BI tue, dalam skor pemilihan ada diletakkan penguasaan bi juga..ada markah r..kalau x cakap BI, peluang tue agak tipis..

    BalasPadam
  4. Soalan d ajukn dalam bhs bi 100?

    BalasPadam
  5. Boleh x saye nk thu slepas ujian bertulis n lisan dijalankan adkh ujian medical checkup dibuat disitu terus atau buat sndri dihospital?

    *calon temuduga polis ingin tahu.

    BalasPadam
  6. Blh x kongsikan sdikit soalan utk ujian lisan?? Tq.

    BalasPadam
  7. Oh, dah berkarat page ni..

    1. Soalan berkaitan kebolehan cakap Melanau.
    Tak..hehehe..

    2. Lepas ujian bertulis dan lisan, bagi calon yang lulus akan dijalankan ujian air kencing dan pengesahan identiti pada hari tersebut juga. Itu yg saya alami.

    3. Ujian lisan?
    Selalunya isu semasa, lagi terbaik jika boleh kaitkan isu tersebut dengan tugasan polis.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Apakah jenis soalan ujian bertulis?? tentang isu semasa? boleh beri contoh tak? tq

    BalasPadam
  9. Soalan bertulis tue kebanyakan tentang perlembagaan Malaysia, Undang-Undang Malaysia. Saya nak beritahu terperinci pun saya tak mampu kerana bukan saya yang sediakan soalan.

    Untuk pengetahuan sahabat semua, saya berjaya sehingga ujian air kencing tetapi saya menolak melaporkan diri kerana sambung belajar Master. Saya ingin kejar masa depan saya pada masa itu. :)

    BalasPadam
  10. pengesahan identiti tu mcm mne??? klu sy dtg seorang sja tnpa teman mcm mne plak???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...