Khamis, Disember 31, 2015

Selamat Tahun Baru dari Everro

Selamat Tahun Baru 2016!


Bagi rakyat Malaysia, tahun 2016 dijangka tahun kenaikan..
Naik harga..
Naik minyak..
Dan akhirnya, naik darah..


Sedikit nasihat:
Kita takkan kaya kalau tidak buat ketiga-tiga perkara ini:-

Buat wang yang banyak
Simpan sebahagian wang yang diperolehi
Laburkan wang untuk peroleh lebih banyak wang

Ingatlah, mereka yang menjadi kaya raya itu ialah mereka yang buat wang.

Mereka ini mampu berfikir untuk buat banyak wang, dan buat wang beranak pinak.

Mereka tak meminta ikan, tapi mereka meminta joran supaya boleh memancing lebih banyak ikan.


============================


Tahun 2016 saya akan fokus pada projek terbaru saya iaitu Everro. Semakin lama semakin mendapat sambutan..
Sepanjang dalam promosi saya, ada yang menolak dengan alasan ada "produk"? Naik pening saya kerana bisnes yang ada produk itulah lebih baik. Sebab syarikat ada bisnes sendiri.


Malah, Everro memberikan jaminan pulangan maksimum 4x ganda daripada nilai modal walaupun pasif, tetapi tiada jaminan tentang masa. Bonus 4x ganda itu diberi sebagai revolusi networking dalam Malaysia.


Bonus itu berdasarkan keuntungan setiap minggu. Benar, jika syarikat tiada keuntungan pada minggu tersebut, maka sebagai ahli yang menyertai pasti tak dapat juga bonus CTO pada minggu tersebut. Itulah sebenarnya real business.


Berlaku OVERPAID?
Tidak, kerana hanya 8-12% sahaja keuntungan syarikat akan diagihkan kepada semua ahli.


Saya galakkan anda berfikir begini:
Jika bisnes lain, syarikat akan kekalkan keuntungan mereka.
Jika money game, penganjur akan pusing duit kemasukan untuk jadikan sebagai modal. Cukup masa, lari.
Bisnes tanpa produk, bagaimana syarikat nak kekalkan pengaliran tunai?


Ada yang takut sebab kena keluarkan modal.
TAKUT KELUARKAN MODAL?
Realitinya, modal itu boleh dicari. Tetapi, mindset yang patut diubah. Orang yang tak faham bisnes je yang jadikan modal sebagai penghalang utama dia nak bermula. Orang begini, sampai ke sudah hidup dalam bayangan ketakutan. RM400 itu besar sangat hingga anda pasti muflis? Ataupun dengan RM400 tersebut anda menjadi JUTAWAN?


Dalam bisnes bercorak networking, menjadi terawal adalah kunci kejayaan. 


Ada tanya dengan saya, bila Everro akan meletup dalam pasaran?
Saya jawab, "Paling lambat dalam bulan 4, dan bulan 5 ramai yang akan berpusu-pusu baru nak join. Masa itu kerja promosi dah menjadi semakin mudah. Ramai networker akan mula fokus dengan Everro.


Bisnes produk ni senang bertahan..
Contoh, Elken. Avon. HPA.
Malah yang semakin popular sekarang ni Kopi Pak Belalang yang di bawah Arba Network pun bisnes yg sudah bertahun-tahun.
Malah UPTREND pun masih ada lagi tau.


Jika anda rasa fakta ini boleh dipertikai, terpulang.
Terus-terang, kalau datang kepada saya projek seperti:
-forex fund manage
-digital point (non-cryhpo)
-derma (konsep muafakat kata mereka)
-ETA Emas
-dll yang saya fikir scam
saya akan reject.


Lebih baik lambat sikit je untung daripada tersilap langkah terus hilang modal. Betul tak?

Ekonomi kita makin parah.
ASB pun jatuh teruk. Tak fikir orang makin terdesak?
Dan orang terdesak, sanggup lakukan apa sahaja.


Fikir, anda mahu terjebak dalam keadaan orang TERDESAK atau BIJAK cari peluang?


Nota:
Saya berada di Kuantan pada 1-3 Januari 2016 ini bagi menjalankan program untuk pelajar KPTM Kuantan. Jika ada yang nak berjumpa dengan saya di Kuantan bagi ketahui tentang Everro, saya alu-alukan. Baru-baru ini saya selesai menjalankan program selama sebulan bersama dengan 500 lebih pelajar bagi program Hafazan dan Penghayatan Al-Quran (Tahfiz) di Perak.


Bagi yang berbincang lebih lanjut tentang Everro atau projek syarikat saya, boleh terus berhubung di +6010-3376956.
Okay, ini sahaja.


Sekali lagi, selamat tahun baru dan semoga tahun mendatang rezeki kita makin bertambah..



Bro Rozek

































Rabu, November 04, 2015

Pertemuan dengan Founder Everro, Co-Founder Everro dan CMO Everro

Pada tanggal 2 November 2015, saya bersama-sama dengan Tok Mat kami membuat temujanji untuk melawat pejabat dan kilang Everro.


Apabila lawatan pertama saya, saya berasa SANGAT TERUJA apabila melihat bangunan 3 tingkat milik founder Everro di Puchong. Kelebihan Everro ini adalah kewujudan pejabat dan kilang milik syarikat Everro. Ini membuktikan syarikat mempunyai kewangan yang SANGAT KUKUH walaupun masih belum lagi beroperasi.



WXY Group merupakan syarikat yang mengasaskan Everro. Syarikat ini telah beroperasi lebih daripada 7 tahun dalam menghasilkan produk kesihatan & kecantikan. Sedikit penerangan tentang bangunan ini. Pejabat ini terletak di Puchong. Di tingkat Ground Floor, dan mempunyai 4 aras tingkat.





Syarikat telah memperuntukan perbelanjaan yang besar untuk sediakan kemudahan ini. Selain itu, syarikat kita juga telah menang dengan pelbagai anugerah. Saya ada bergambar dengan anugerah tersebut tetapi malangnya gambar itu jadi kabur (maafkan saya kerana guna kamera telefon aje..sob sob sob..). Namun, antara anugerah yang syarikat WXY Group terima adalah Super Excellent Brand yang dianugerahkan pada tahun 2015 (boleh check di http://www.globalbrandaward.com/awards-history.aspx).
Bagi kualiti produk PASTI TERJAMIN!




Pada hari tersebut, kehadiran kami disambut sendiri oleh Founder Everro, Co-Founder dan Chief Marketing Everro. Saya dan Tok Mat merupakan kumpulan pertama networker yang jejakkan kaki di pejabat & kilang Everro ini. 




Selepas berbincang lama dengan mereka, maka sesi melawat HQ di mulakan. Sebahagian besar pejabat sudah siap renovate, rasanya boleh siap sehari je tau jika kontraktor sangat rajin. kikiki. Mari cuci mata sikit :P





Seterusnya kami ke kilang pula. Di sana kami disambut sendiri oleh AGM di sana. Di sana saya sempat melihat beberapa proses pembuatan produk, dan bagaimana cara mereka menjaga mesin mereka. Untuk makluman, setiap mesin yang beroperasi WAJIB didaftarkan dan produk WAJIB mendapat kelulusan. 



Di bawah adalah gambar sepanjang saya berada di sana.








Inilah lawatan kami. 

Akhir kalam, saya yakin jika anda BERMULA SEGERA, pasti KEJAYAAN MENDEKATI ANDA.


Bro Rozek
+6010-3376956

Rabu, Oktober 28, 2015

Projek Terbaru Everro

Assalammualaikum.


Pada tanggal 28 Oct saya akan bertemu dengan CMO Everro untuk membincangkan mengenai plan pemasaran Everro ni. Saya dimaklumkan sejak bulan Ogos lagi sistem Everro ini akan dibangunkan.
Namun hingga bulan Oktober masih belum dilaksanakan.


Dalam perihal ini saya mengambil langkah terbaik untuk bertemu dengan beliau.
Semoga pertemuan esok membuahkan hasil yang baik.



Bro Rozek
Pemasaran & Penjual Terbaik

Isnin, Oktober 19, 2015

Misteri Jam 12 semakin membosankan

Adakah anda pengemar MJ12, iaitu rancangan popular radio dari Singapura?
Bagi peminat misteri & seram, rancangan ini telah menjadi satu fenomena kepada mereka.


Misteri Jam 12 ni saya telah dengar sejak tahun 2011, itupun tidak sengaja apabila syarikat lama saya hantar ke Singapura untuk training. Baru saya tahu bahawa di Singapura ada rancangan radio tempatan yang menggunakan bahasa Melayu (oh, ketinggalan sungguh~~~).. Maklumlah, kita ni orang malaysia fikir dekat Singapura guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar..



Misteri Jam 12 Radio Ria



Apapun, sekarang ini MJ12 tidak seseram dulu ketika DJKC kendalikan rancangan ini. Saya layan je yang lama-lama sekarang ini di YouTube.

Nak tahu link nya?


https://www.youtube.com/user/whisperingmj12/videos



Dalam tue ada yang paling latest sehinggalah yang lama-lama..
Layan aje..


Nota: sebagai pendengar free, layan aje apa perubahan radio nak buat. Tak suka, jangan dengar.. hehehehehehe

WeChat Speed

Siapa pernah dengar WeChat Speed?
Yes, itu satu aplikasi GAMES untuk warga WECHAT. Kita akan berlumba dengan orang lain dari segi pungutan mata tau!





Sebenarnya saya dah kategori asyik bermain aje game ini. Hari-hari login.
Nak bermain game ni kena ada Internet, takde Internet tak boleh main.


So, pendek kata WeChat Speed ni boleh jadikan kita ketagih.
Untuk yang nak cari kehidupan sosial, sila jangan main WeChat Speed ini. Ia akan buat anda sentiasa perhatikan screen telefon anda. Jika tidak, akan berlaku kemalangan.


Itu sahaja. Okbai.


Id wechat saya: rozek1987

Ahad, Oktober 18, 2015

Keputusan Penuh Piala Malaysia 18 Oktober 2015



Berikut merupakan keputusan dan penjaring gol setiap perlawanan dalam Piala Malaysia 2015 edisi 18 Oktober 2015


Piala Malaysia

Terengganu 3-1 Kedah
[Nakajima 25' 72' Hasmizan 75' -  Seung-hwan 68']

JDT 4-0 ATM
[Chanturu 11' Safiq  24' Figueroa 36' Nazrin 70']

Sarawak 1-0 Perak
[Jamal Partiban 34']

Felda United 2-2 Kelantan
[T. Augusto 18' 31' - Fakri 27' Badhri 42']

Selangor 2-1 T-Team
[Andik 18' Hazwan 72' - Zarulizwan 28']

Pahang 1-4 PKNS FC
[Zesh 41' - Guerra 17' Pedro 26' Nizam 81' Ronaldinho 90+2']

P. Pinang 2-3 PDRM
[Gil Hoon 67' Faisal 90' - Sumareh 4' 85' Nizam 9']

LionsXII 1-0 JDT II
[Shahdan 49']


#PialaMalaysia
#KeputusanPialaMalaysia

Selasa, Februari 24, 2015

Jadual Perlawanan JDT dan Pahang untuk AFC 2015

JDT dan Pahang mewakili pasukan dari Malaysia dalam merebut peluang ke kejohanan Piala AFC 2015. 


Piala AFC 2015 juga edisi ke-12 menyaksikan kelab dari negara Kuwait iaitu Qadsia SC adalah juara bertahan.


Berikut adalah jadual perlawanan:


Jadual JDT:


Jadual Pahang:



Moga kedua-dua pasukan layak.

Isnin, Februari 23, 2015

Tips Menulis Resume Berkesan

Apa khabar anda semua? Harap-harap semua masih hidup dan masih lagi gembira!

Hari ini saya hadir ke satu temuduga. Malangnya saya telah dihalau keluar dari tempat temuduga dalam tempoh 5 minit sahaja. Sedikit kesal.

Ini disebabkan kegagalan saya menghasilkan resume yang baik.
Selepas pulang, saya telah Google cara menghasilkan resume yang berkesan.
Antaranya:
1. WAJIB tulis nama penuh.
Dalam resume sebelum ni saya cuma letak nama panggilan sahaja. Bajet famous, tapi rupanya itu cara SALAH! Kena letakkan nama penuh mengikut IC.
2. Objektif resume
Perkara ini tidak wajib, tetapi SUNAT dalam menulis resume. Objektif permohonan pula janganlah copy paste sahaja dari Internet, tetapi biarlah selari dengan objektif syarikat.
3. Susunan pengalaman.
Kena letak mengikut tahun (paling latest) dan sebaiknya huraikan sedikit pengalaman tersebut tetapi WAJIB sesuai dengan permohonan kerja yang dipohon.
4. Tak terlalu FANCY
Bajet konon-konon bila kreatif bakal majikan akan suka, tapi kena terima hakikat ada bakal penemuduga ini tidak gemar melihat resume yang serabut. Biar simple tapi JELAS.
5. GAJI!!
Logik la sikit.. Kalau Fresh Graduate janganla pulak mohon gaji sebulan hingga RM100,000. Sesuaikan gaji permohonan anda dengan jawatan yang dipohon. Boleh GOOGLE atau semak di JobStreet untuk purata gaji.
Harap tips mudah ini membantu anda.

Nota:Ada rujukan menghasilkan resume yang baik, rujuk http://jvsecurepay.com/access/239mt/5029?camp_id=3199


Terima Kasih!

Selasa, Februari 03, 2015

Lirik Lagu Separuh Mati - KRU






Lirik Lagu Separuh Mati - KRU


Seksaan yang paling menikam di jiwa
Adalah bila kau enggan untuk berbicara
Hukuman yang paling membunuh harapan
Adalah bila kau tidak sudi berdampingan

Katakan padaku di mana silapnya
Hingga kau dan aku tidak bersemuka
Bertentang mata

Korus
Kasih kenapa sekarang
Kau sudah berubah
Tinggalku dalam resah

Kasih..
Jangan biar ku separuh mati
Merindu

Kuperlukanmu masih
Mengisi ruang hati ini kasih

Kasih
Sejak kau tiada
Hatiku kacau
Dan sering tertanya
Ke manakah dikau

Aku kini mengharapkan dirimu kembali
Menghidupkan semula jiwa
Yang separuh mati

Detik paling sukar
Untuk ku lalui
Adalah bila kita dah 
Tak bertegur lagi

Katakan padaku di mana kurangnya
Kan kucuba untuk menjadi sempurna
Demi cinta kita

Ulang korus
Kuperlukanmu kasih..



Khamis, Januari 29, 2015

Kisah Pokok dan Mancis



Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,
Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar.
Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.


Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.
Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.


Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.


Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.


Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.


Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.


Bro Rozek..

Khamis, Januari 15, 2015

Anda Penerima Brim 3.0?

Apa khabar?
Tahniah jika permohonan anda telah lulus. Permohonan yang lulus daripada website rasmi Brim 3.0 berbentuk begini;



Bagi penerima dalam akaun Maybank bentuknya begini;


Itu je yang saya tahu.

Bagi yang tidak dapat, mungkin bukan rezeki anda. Boleh cuba lagi nanti.

Ahad, Januari 11, 2015

Misteri Jam 12

Ini salah satu rancangan radio yang sangat menarik untuk didengar!

Bagi pengemar siaran seram ini adalah channel terbaik untuk anda dengar.
Recommended! Saya dah dengar sejak tahun 2011 yaaa



kalau anda di Malaysia boleh dengar di link ini:

Radio Ria
liveradio.toggle.sg/player/?station=897fm


Jam 12 malam yaaaaa.. hari Selasa - Jumaat

Sabtu, Januari 10, 2015

[Drama Review] A Moment to Remember (2004)

Wah, cerita ini memang best.

Secara ringkas:
Cerita ini mengisahkan percintaan antara pasangan suami isteri.

Si isteri mengidap penyakit pelupa manakala sang suami sangat romantik.
Yang buat touching bagaimana cara sang suami mempertahankan cinta dia dan cinta isteri dia.

Serius, very recommended!

Apa lagi.
Walau sinopsis ni sangat pendek, tapi dah menerangkan objektif drama ini.