Sabtu, April 24, 2010

Apa khabar pembaca sekalian?Masih ingatkah dengan rozekmulia?hihi..topik yang akan dibicara sekarang adalah masalah hati yang melibatkan remaja. Remaja sekarang memang tidak lari dari masalah percintaan. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Melihat pada masalah ini, suka saya berkongsi pengalaman yang dialami oleh saya. Percintaan boleh lahir daripada pelbagai faktor.

Antaranya;

1. Pengaruh rakan.
2. Pengaruh persekitaran.
3. Desakan daripada teman yang memikat.
4. Perasaan ingin mencuba.
5. Tidak mahu dipandang rendah rakan-rakan yang lain.
6. Pelbagai lagi faktor lain.

Apa yang ingin saya huraikan di sini adalah masalah percintaan itu sendiri. Cukupkah sekadar perasaan saling menyayangi? Apakah sebenarnya perasaan anda?

Jika dihuraikan secara psikologi, perasaan sayang akan lahir apabila kita menemui kesamaan dlm individu, apabila kita memerlukan perhatian dan apabila kita kesunyian. Cuba anda lihat dalam diri anda. Pernahkah anda terfikir untuk meninggalkan dia?Sudah pasti anda pernah terfikir kerana kebiasaannya masalah ini akan lahir apabila wujud ketidaksefahaman antara pasangan dan perasaan bosan itu sendiri. Untuk faktor ketidaksefahaman, saya pasti ada tahu jawapannya. Perasaan bosan akan wujud apabila hilangnya seri dalam bercinta. Bagaimana perkara ini boleh muncul walhal suatu masa bercinta bagai nak rak?

Perkara tersebut saya akan berikan pada catatan yang mendatang. Selamat bergembira!

regards,
rozekmulia

3 ulasan :

  1. lor...punye smgt ak nk bce... mukadimah jek?

    BalasPadam
  2. LOL! ingat dah tak hidup lagi blog ni... rupanya cuma koma...

    BalasPadam
  3. helmi::hahaha..aku aktif facebook jah..

    shida::hihihihi

    BalasPadam