Isnin, Mei 17, 2010

Perasaan bosan

Yeah..kembali lagi dengan catatan melibatkan hati.
Perasaan bosan sebenarnya adalah perkara lumrah bagi setiap manusia. Disebabkan itu wujudlah personaliti yang digambarkan sebagai "Inginkan perubahan", "anjakan paradigma" dan lain-lain. Namun yang peliknya dalam perhubungan, kadang-kadang kita akan rasa bosan tapi kadang-kadang perasaan bosan itu tiada. Bagaimana keadaan ini terjadi? Ini disebabkan faktor "Keutamaan Kehadiran"..Di sini ada beberapa huraian ringkas yg boleh dikongsi berdasarkan dari bacaan buku personiliti diri anda;

1. Perbandingan
Sebagai manusia biasa, kita sering membanding-bandingkan apa yang berlaku di sekeliling kita. Hinggakan diri pasangan kita juga dibandingkan. Bila kita melihat perbandingan yang ketara seperti kekayaan, maka kita akan mudah jemu dengan mereka yang tidak memiliki harta.

2. Hobi
Bagi mereka yang memiliki hobi yang sama, akan wujud satu suasana saling membantu ataupun bersaing. Situasi ini akan mewujudkan kepentingan kehadiran pasangan itu sendiri. Namun, kehadiran yang menyusahkan akan mengakibatkan pasangan mudah berubah. Hobi yang berbeza pula memungkinkan dua situasi berlaku. Jika pasangan terlalu utamakan hob sendiri sehingga mengganggu pasangannya, ini akan mengakibatkan pasangan membantah hobi tersebut. Namun, sekiranya hobi itu menyebabkan pasangannya gembira seperti hobi menjahit, mengemas rumah, dah tentulah pasangan akan merasa kepentingan kehadiran pasangan.

3. Jenis layanan
A: "Aku dah layan pasangan aku sebaik mungkin. Tapi nape beliau tinggalkan aku?"
B: "Aku nak tinggalkan pasangan aku. Tapi nape beliau tidak mahu lepaskan aku?"

Ini yang kompleks dihuraikan. Banyak penilaian yang harus dilakukan sebelum diberi huraian. Apa maksud layanan baik? Apa maksud ingin tinggalkan? Apa makna kasih sayang sebenarnya? Ada pendapat mengatakan jika mengongkong maka pasangan akan rimas namun jika diberi kelonggaran dikatakan tidak mengambil berat. Jadi, apa strateginya? Post akan datang akan beri huraian mengenai strategi "Mengongkong dan Mengabaikan Pasangan"..

4. Kelibat orang ketiga
Ini yang kes berat. Jika berlaku kehadiran orang ketiga yang cuba menanam racun, sebagai contoh "Engkau kan cantik, nape ko kena setia dengan dia?"..ataupun "pasangan ko tue macam ada orang lain"..ini sedikit sebanyak akan menyebabkan wujud perasaan syak wasangka. Tahukah anda perasaan sebegini adalah platform kepada kemungkinan wujudnya perasaan bosan kelak?

5. Tiada cabaran atau terlalu banyak cabaran.

Kes ini mudah dilihat tapi susah diselesaikan. Ada pasangan yang hubungan mereka terlalu lancar. Nak bertengkar pun susah. Namun naluri manusia perlukan sedikit cabaran untuk merasa kehadiran orang. Jika terlalu mudah dipikat, tidak mustahil mudah ditinggalkan. Jika mudah menyerah, tak mustahil nanti mudah diserah. Timbulkan suasana yang sedikit mencabar seperti isu "Tidak cukup duit utk keluar tapi nak kuar juga"..Cari suasana yang susah supaya kita rasa kehadiran pasangan sangat bermakna apatah lagi dapat diimbas kembali bersama.

Namun, jika terlalu banyak masalah juga tidak baik kerana pasangan akan rasa terganggu. Kehidupannya akan rasa rumit dan juga akan wujud perasaan rimas. Ini yang akan timbul bila setiap masa ada masalah yang tidak berkaitan.

Jadi tips yang sesuai adalah berkongsi masalah yang melibatkan hubungan seperti "pasangan bergaduh ngan org lain, kita back up dia", "saling tegur menegur mengenai layanan dia dengan pasangan" dll..

6. Jarang berjumpa.

Manusia perlukan komunikasi untuk rasa dihargai. Luangkan sedikit masa untuk bermesra dengan dia.

7. Sering dihina atau diejek.

Ini memang melibatkan sikap individu. Elakkan dari sentiasa menegur pasangan berkaitan kesilapannya atau menghina mana-mana kesukaan pasangannya. Ini akan mewujudkan perasaan rasa terpinggir dan hilang keserasian itu sendiri. Nak menegur ada caranya. ini akan disambung dalam tajuk yang lain.

8. Melakukan perkara yang tidak disukai pasangan.

Banyak pasangan putus akibat perkara ini. Pasangan mereka merasa jemu dengan sikap tidak ambil endah apa yang tidak digemari pasangannya. sebagai contoh, ada lelaki yang sering berbual mengenai perkara seks serta melakukan sentuhan-sentuhan namun pasangannya tidak menyukainya. Jika dilanjutkan lagi, kemarahan yang melampau akan mewujudkan perasaan jemu. Ada juga pasangan yg suka diberi belaian sentuhan atau rangsangan namun pasangan tidak melakukan. Ini juga mewujudkan perkara yang sama.


P/S:: rozek rasa cukuplah sekadar kali ini. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikatakan namun keletihan untuk menaip ini memungkinkan untuk berkongsi banyak ini sahaja. Still cheers

Tiada ulasan :

Catat Ulasan