Ahad, Oktober 17, 2010

Aku Sakit?

Aku pelik r badan aku neh..setiap kali habis je sesuatu program, mesti badan jadi lemah..terus demam..bukan setakat itu sahaja, duduk sahaja tanpa buat sebarang kerja juga leh wat badan jadi demam..adakah aku neh kategori "ORANG YANG KENA BEKERJA?"Setiap masa kena ada kerja atau aktiviti?

Aku teringat ada orang dulu memekak kat aku, "ASYIK-ASYIK BUZY! SIBUK! TAKDE MASA!"..Tapi hakikatnya aku selalu je luangkan masa.. Normal r sebab perkara yang kita berikan atau lakukan kadang2 orang tak hargai..bukan sebab dia tak rasa tetapi ada perkara lain yang dia utamakan..contoh paling mudah r, kita setiap hari massage "Goodnite, tidur baik2" tetapi ade je orang lain massage dia terus dia anggap orang itu sangat istimewa (walaupun cuma sekali)..alaaa..macam cerita yang ramai dok share2 tue kat facebook sekarang..kisah Suami sayang kat isteri dia lagi ke x..walhal kisah tue aku dapat email masa tingkatan lagi..tapi sharing is loving kan?hihi

Aku sebenarnya berpegang ngan prinsip buatlah kebajikan walaupun orang tak nampak, orang tak tau, orang tak pandang, orang tak bantu..sebab itu sahaja kebahagiaan yang aku rasa..setiap orang ada cara dia..ada yang utamakan hidup dia sendiri, ada yang mengejar impian, ada yang rasa ingin mengejek je, malah ada juga yang selalu pandang rendah kat orang lain.

Tapi sedarkah kita setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya? aku sedar aku tak berpeluang dapat tawaran kerja sekarang bukan kerana Allah menyeksaku tetapi ada perkara yang Dia ingin tunjukkan pada aku. Aku sombong ketika berada di atas, aku perlukan orang untuk ringankan bebanan aku..Dan akhirnya, aku kena berusaha seikhlas yang mungkin..

p/s::ketika aku susah hati, aku akan pegi rumah anak2 yatim.. ataupun aku akan bermain dengan kanak-kanak..kerana aku sukakan ketawa mereka..sikap aku memang seperti kanak-kanak..anda bagaimana?

3 ulasan :

  1. owh,patot la org kata z mcm kanak2 la,baby face la,ini ke rahsianya??? hihihi...nak try gak la =p

    BalasPadam
  2. ida: itulah rahsianyeee..hihihi..

    doyah::yo sis..lama xdgr cite

    BalasPadam