Jumaat, Oktober 29, 2010

Ciri-ciri bakal isteri rozek

Hahaha..kali neh beta nak senaraikan ape ciri-ciri wanita idaman beta..memandangkan beta neh hot stuff walaupun tak tough maka haruslah demand kaaannn? hahaha..berikut merupakan top10 ciri-ciri bakal isteri beta.

1. Umur
Haruslah sebaya ataupun lagi muda dari beta. Taknak la tua sangat..bukan ape, tak pasal-pasal t bangkit tido nampak muka dah kedut sedangkan umur beta muda je lagi. Tak pasal-pasal t kena bermadu..Tapi beta juga tak mau yang terlalu muda..satu faktor sebab mereka neh pra matang..susah nak jaga..satu lagi faktor, yang bawah umur neh, tak pasal2 beta masuk penjara!

2. Bulan kelahiran.
Yang neh tak penting sangat tapi berdasarkan zodiak dan tilikan dari Nujum Pak Belalang, beta lagi suka kalau calon beta lahir antara bulan Mei, Jun atau Julai..sebab? xde sebab..saje nak tambah syarat..hahaha..


3. Pendidikan
Calon-calon yang berminat haruslah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah SarjanaMuda dalam mana-mana IPTA/IPTS yang diiktiraf tak kira apapun bidang. CGPA? Asalkan atas dari 2.0..

4. Suka ketawa dan senyum
Ehhh, harussss.. Ini syarat wajib! Muka yang tak suka senyum neh wat sakit hati je kan..penat-penat balik kerja sambut beta dengan wajah mencuka neh, memang cari nahas leerr..

5. Tahan dileterkan.
Ok, ini pun wajib. Beta kan suka bercakap dan suka berleter. Apatah lagi pernah menang anugerah lelaki paling kuat berleter..alaaa..beta leter untuk kebaikan..tapi sekarang beta dah semakin pendiam..

6. Kebolehan memasak
Bab ini sebenarnya kritikal sangat. Harus difahami, lagi elok kan kalu isteri dan ibu boleh sediakan makanan kepada suami dan anaknya? Lagipun yang pandai memasak ni mampu kendalikan ekonomi rumah tangga. Apatah lagi nak layan beta yang mannnjaaaa ni..hahaha

7. Al-Quran
Ingat test Imam Muda je ade bacaan Al-Quran..?beta pun memiliki sijil tamat pengurusan masjid tau! dah ditauliahkan pun..sekarang masih mencari masa nak wat cari sijil nikah..disebabkan itu beta akan wat ujian lisan yakni bacaan al-Quran..hah, yang mana tergagap-gagap nak baca tue haruslah faham-faham sendiri, kan?

8. Tak bleh degil
Oh, kenapa? Orang yang jenis keras kepala ni jenis tak bleh dengar nasihat. Aduyai! Wahai bakal isteri beta, tahukah anda andai beta menjadi suami anda maka beta akan menanggung segala-galanya berkaitan diri anda! Jika anda keras kepala, beta akan gigit-gigit anda! Berwaspada lah..hahaha..

9. Pakaian tak bleh ketat-ketat
Sebab beta tak suka berkongsi hak beta dengan orang lain..kalau sebelum kahwin dah terpakai, pastu lulus pula temuduga, tapi masa kahwin dengan beta haruslah pakai yang tutup semua..kalau boleh, purdah lagi TERBAIK!

10. Terima beta seadanya
Manusia banyak kelemahan. Beta tak sanggup komen lebih-lebih

p/s:: masih mencari ><"

6 ulasan :

  1. wah,purdah??? wooo,jauhhhhh sgt2,huhu =p

    BalasPadam
  2. lorr..aku lahir bulan 4 neh..ok.dah kne reject awal2....

    BalasPadam
  3. ulul azmi di sini...

    bro...syarat no. 9 klu ko jumpa...tnya dia ada kwn karib yg sama pakai purdah x...klu ada knalkn aku...hehehe...

    BalasPadam
  4. suke syarat no.9 tu.... kalo lah semua laki macam tu kan best....

    BalasPadam
  5. sy rs kamu sgt comell...weeee~~~
    like this entry...>_<

    BalasPadam