Selasa, Januari 17, 2017

Aplikasi Mobile Mungkin Menjadi Trend 2017 di Malaysia

Hi semua!


Di Malaysia kita jarang dengar mengenai promosi tentang bina Aplikasi ini.
Bagi saya, ia memerlukan seseorang yang menjadi ikon barulah market akan berkembang.


Contohnya:
Sebelum Tuan Azizan Osman menjadi pembakar semangat 'Bangkit" dalam perniagaan, jarang kita dengar orang Melayu nak mula berniaga.

Memang ada insan-insan lain yang berjuang sebelum itu, tetapi apa responnya?

Selepas keupayaan Tuan Azizan Osman barulah muncul pelbagai sifu dan siput lain dalam pasaran kita. "Dari Kerdil Sekarang Raksasa", "7 Tarikan Magnet Duit" dan sebagainya.


Saya meraikan semua orang,buatlah asalkan niat membantu orang lain. Jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Trend aplikasi ni bila akan bermula?

Dunia teknologi semakin cepat berkembang.
Sangat-sangat cepat!

Dulu kalau nak buat aplikasi ini macam-macam kena buat.
Kadang-kadang rasa macam nak give up je (yup, sebab susah sangat!)

Tapi lepas 2 tahun bermain dengan Android Studio, akhirnya ia membuahkan hasil.
Realitinya ada potensi yang sangat besar!

Ada berbilion orang gunakan aplikasi di telefon mereka.

So, apa strategi nak guna di aplikasi ini?
Contoh termudah bagi pemilik website (blogger tegar)
Pemilik website ini boleh menggalakkan pengunjungnya supaya sentiasa mengikuti perkembangannya. Caranya?
Dengan meletakkan fungsi Push Notification, blogger boleh menghantar notifikasi kepada semua pembaca yang telah install. Menarik bukan?

Selasa, Oktober 04, 2016

Enterwip2016 SANGAT MERIAH!

ENTERWIP2016


Enterwip2016 kali ini dibuat di PWTC. Memang best giler kali ni.
Menghimpunkan 47 Internet Marketer yang berjaya.
Antaranya:
Tuan Faisal Abdullah (MB2000 - Mari Bermula RM2000 Geng STP)
Tuan Muaz Abdul Hadi (Affiliate niche InfoKerjaya)
Tuan Jamal (FBads)
Tuan Khairi (LikeMethod)
dan ramai lagi.. (nanti saya update ya!)
Korang boleh Google nama mereka..


(sesi bersama Tuan Muaz)

Sesi bersama dengan Tuan Faisal Abdullah).

Nak tahu..
Kos tiket masuk cuma:
RM20  untuk 2 hari!!


MURAH! MURAH! MURAH!

Lebih murah daripada makan di kedai.


Tapi jangan disangka event murah kualitinya hebat..



Sebenarnya event Enterwip ini diuruskan oleh PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia) yang diketuai oleh Tuan Gero. Projek ini dibayar oleh kerajaan..


Selain itu, ketika event ini dijalankan juga terdapat beberapa penyampai memberikan hadiah yang sangat best seperti DVD panduan Insta, duit ringgit dan pelbagai lagi.


Fuh, sangat bertuah bagi sesiapa yang dapat!
Kalau begini caranya, rasanya tahun hadapan dan seterusnya wajib lagi diadakan Enterwip lagi!!

Sabtu, September 03, 2016

Timbalan Menteri Pendidikan Korea Utara Dihukum Bunuh

Kim Yong-Jin, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Korea Utara telah dihukum bunuh oleh Perdana Menteri Kim Jong-Un menerusi pasukan bersenjata.


Terkejut dan teruja apabila terdengar berita di TV1 pada 1 September lalu.


"..Jika di Malaysia amalan tembak menteri yang tidak bertanggungjawab ni, rasanya berapa ramai yang mampu bertahan jadi menteri?".. Tanya sahabat baik saya.


Saya cuma mengambil langkah berdiam.
Well, mungkin menteri di Malaysia ni mampu berubah.
Siapa tahu kan?



Malaysia Masih Aman dan Tenteram