Rabu, Oktober 28, 2015

Projek Terbaru Everro

Assalammualaikum.


Pada tanggal 28 Oct saya akan bertemu dengan CMO Everro untuk membincangkan mengenai plan pemasaran Everro ni. Saya dimaklumkan sejak bulan Ogos lagi sistem Everro ini akan dibangunkan.
Namun hingga bulan Oktober masih belum dilaksanakan.


Dalam perihal ini saya mengambil langkah terbaik untuk bertemu dengan beliau.
Semoga pertemuan esok membuahkan hasil yang baik.



Bro Rozek
Pemasaran & Penjual Terbaik

Isnin, Oktober 19, 2015

Misteri Jam 12 semakin membosankan

Adakah anda pengemar MJ12, iaitu rancangan popular radio dari Singapura?
Bagi peminat misteri & seram, rancangan ini telah menjadi satu fenomena kepada mereka.


Misteri Jam 12 ni saya telah dengar sejak tahun 2011, itupun tidak sengaja apabila syarikat lama saya hantar ke Singapura untuk training. Baru saya tahu bahawa di Singapura ada rancangan radio tempatan yang menggunakan bahasa Melayu (oh, ketinggalan sungguh~~~).. Maklumlah, kita ni orang malaysia fikir dekat Singapura guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar..



Misteri Jam 12 Radio Ria



Apapun, sekarang ini MJ12 tidak seseram dulu ketika DJKC kendalikan rancangan ini. Saya layan je yang lama-lama sekarang ini di YouTube.

Nak tahu link nya?


https://www.youtube.com/user/whisperingmj12/videos



Dalam tue ada yang paling latest sehinggalah yang lama-lama..
Layan aje..


Nota: sebagai pendengar free, layan aje apa perubahan radio nak buat. Tak suka, jangan dengar.. hehehehehehe

WeChat Speed

Siapa pernah dengar WeChat Speed?
Yes, itu satu aplikasi GAMES untuk warga WECHAT. Kita akan berlumba dengan orang lain dari segi pungutan mata tau!





Sebenarnya saya dah kategori asyik bermain aje game ini. Hari-hari login.
Nak bermain game ni kena ada Internet, takde Internet tak boleh main.


So, pendek kata WeChat Speed ni boleh jadikan kita ketagih.
Untuk yang nak cari kehidupan sosial, sila jangan main WeChat Speed ini. Ia akan buat anda sentiasa perhatikan screen telefon anda. Jika tidak, akan berlaku kemalangan.


Itu sahaja. Okbai.


Id wechat saya: rozek1987

Ahad, Oktober 18, 2015

Keputusan Penuh Piala Malaysia 18 Oktober 2015



Berikut merupakan keputusan dan penjaring gol setiap perlawanan dalam Piala Malaysia 2015 edisi 18 Oktober 2015


Piala Malaysia

Terengganu 3-1 Kedah
[Nakajima 25' 72' Hasmizan 75' -  Seung-hwan 68']

JDT 4-0 ATM
[Chanturu 11' Safiq  24' Figueroa 36' Nazrin 70']

Sarawak 1-0 Perak
[Jamal Partiban 34']

Felda United 2-2 Kelantan
[T. Augusto 18' 31' - Fakri 27' Badhri 42']

Selangor 2-1 T-Team
[Andik 18' Hazwan 72' - Zarulizwan 28']

Pahang 1-4 PKNS FC
[Zesh 41' - Guerra 17' Pedro 26' Nizam 81' Ronaldinho 90+2']

P. Pinang 2-3 PDRM
[Gil Hoon 67' Faisal 90' - Sumareh 4' 85' Nizam 9']

LionsXII 1-0 JDT II
[Shahdan 49']


#PialaMalaysia
#KeputusanPialaMalaysia