Rabu, September 08, 2010

Perutusan Rozek

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


[*dalam mood berangan menjadi anak raja..hehehe*]

Beta bersyukur pada tahun kita masih lagi dapat menyambut perayaan Aidilfitri dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Beta juga bersyukur kerana Malaysia juga semakin maju, semakin meningkat taraf ekonominya, semakin berkembang dan rakyatnya juga semakin bertambah sihat sejahtera.


Di kesempatan ini, beta ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana selama ini kalian sanggup melayan karenah beta yang manja, cepat terasa, cepat merajuk, cepat sentap, suka bercerita, suka memaksa, suka bergurau, suka marah-marah, suka glamer, suka program, suka aktiviti, suka makan-makan, suka cerita kartun, suka bercakap, suka pengalaman dan macam-macam lagi suka. Sesungguhnya kehadiran kalian dalam kehidupan beta sangat bermakna. Jika kalian tahu yang beta sangat menyayangi kalian, maka beta akan merasa malu.


Untuk bekas sahabat UKM terutamanya TS/TC [epul, icad, ima, ketam, shida, where,mira,lah,sue, ayus, maran, zaza, leha, fila, zam, dan lain2] serta rakan-rakan FTSM, maafkan kesilapan beta yang kadang-kadang keterlaluan, yang menyakiti hati kalian, yang kecoh tidak bertempat, yang marah-marah tanpa sebab, tak hadir kelas yang menyebabkan kalian rindu pada beta (*blushing..blushing*)..halalkan makan minum dan maafkan keterlaluan beta.


Sahabat-sahabat di MRSM PDRM, SMK Sg Layar dan SMK Sg Pasir, sesungguhnya kehadiran kalian memberikan seribu makna dan pengalaman kepada beta mengenai persahabatan, kasih-sayang, hormat-menghormati, saling ingat-mengingati, bergaduh, bertengkar, bertumbuk, buat nakal sama-sama serta yang banyak menyabarkan beta ketika beta dalam kekeliruan. Beta sangat merindui kalian.


Yang paling beta ingin berjumpa adalah sahabat masa kecil beta [Ulul Azmi, Tuan, Zul, Hakim, Ayu, Intan, Asralisa]..terlalu banyak cerita yag beta ingin dengar..terlalu banyak cerita yang beta ingin sampaikan..terlalu banyak sejarah yang ingin dikupas..terlalu banyak..beta masih terkenang ketika kita sama-sama bermain bola sepak, bola jaring, main kejar-kejar, main bola tampar, main rounders, main segala permainan yang boleh dimainkan tanpa memikirkan masalah. Dan ketika kita masih lagi tidak mengerti banyak perkara.


Beta juga ingin memohon seribu kemaafan di atas kedaifan serta kejahilan beta ketika beta memegang tampuk kepimpinan, ataupun ketika beta menguruskan aktiviti, ketika beta melibatkan diri, ketika beta diberikan amanah. Beta juga merakamkan jutaan terima kasih kepada individu serta persatuan yang memberikan beta ilmu mengenai ilmu debat, ilmu fasilitator, ilmu penyayang, ilmu kenegerian, ilmu multimedia, ilmu pengacaraan, ilmu teater, ilmu pengaturcaraan, dan pelbagai lagi ilmu. Halalkan segala ilmu yang diberikan.


Kepada roomate-roomate beta since dari sekolah lagi [terutama Afdhal, Fakhrie, Fitri, Bob, Faizal], kalian merupakan sahabat yang paling terbaik! Ketika beta demam, kalian cuba menghiburkan beta. Ketika beta sakit, kalian susah hati kerana beta. Terlalu banyak perkara yang kalian bantu beta. Ketika beta dalam kesusahan, kalian la orang pertama yang membantu beta. Terima kasih sangat-sangat!


Kepada rakan-rakan SUKSIS, you all are superb! Tidak dapat beta hendak gambarkan bagaimana perasaan beta kepada kalian. Kalian merupakan orang terpenting bagi beta. Walaupun adakalanya beta sangat-sangat beremosi, tetapi tahukah kalian andai ada peristiwa yang berlaku pada kalian maka beta adalah orang yang paling ingin ketahui? Kerana beta tidak mahu kalian menderita di depan mata beta. Terima kasih kepada Mama kerana sanggup bersabar dengan kami selama 3 tahun. Yang bersusah-payah kerana kami. Beta tahu mereka sangat hargai dan hormati jasa-jasa yang mama lakukan. Dan beta juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas sikap beta kepada Mama. Sampai sekarang beta malu ingin berjumpa


Kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang pernah mengajar beta [SKKLT, SMKSL, SMKSP, MRSM MDRM, PMC, UKM], beta sangat berterima kasih kerana sudi mengajar beta dengan kesabaran serta penuh kasih sayang. Jasa kalian beta tidak dapat balas untuk selamanya. Beta sangat menghormati serta kagum dengan kalian. Beta juga ingin memohon maaf kepada pensyarah UKM atas kekurangan beta sebagai seorang pelajar terutama Dr K.O, Dr. Mimi, Dr. Azuraliza, En. Tarmizi, En Zamri, serta pensyarah yang mengajar beta. Beta mengaku kadang-kadang kelakuan beta melukai hati kalian. Tetapi sesungguhnya beta menghormati kalian sepertimana beta menghormati ibu bapa beta.


Kepada kipas susah-hidup-FB (*aka FBians), beta mohon maaf andai ada perkara dan post2 yang melukakan hati kalian. Jika berlaku salah-faham atas komen beta, maafkan beta.


Privacy sikit..Dan untuk bakal isteri beta, beta mengaku beta bukanlah lelaki yang terbaik, bukanlah lelaki terhebat, bukanlah lelaki yang dapat memuaskan hati, bukanlah lelaki yang paling hensem walaupun ade la sikit hensem tue..hihi..tetapi beta pasti tidak akan mengabaikan dinda, yang cuba mencukupkan walaupun beta terpaksa berkorban, yang akan melayan dinda sepertimana layaknya seorang isteri kepada beta. Yang akan menegur kalau dinda melakukan silap, yang akan melindungi ketika dinda dalam kesusahan. Kerana beta tahu dan yakin dinda sentiasa teringat kepada beta, penat melayan beta, cuba memuaskan hati beta, berkorban untuk beta dan menangis kerana beta. Percayalah, beta amat-amat-amat-amat-amat MENYAYANGI dinda. Beta rasa dinda pun sudah mengerti dari kelakuan beta. Dan maafkan beta jika kata-kata beta selama ini melukai hati dinda. [*erk]


Untuk keluarga beta, kalian merupakan orang yang paling berharga bagi beta. Kalian sentiasa menyokong beta. Memberikan pertolongan ketika beta dalam kesusahan. Yang menjaga beta. Yang membelai beta. Yang memberikan kekuatan kepada beta untuk tidak berputus asa. Yang sentiasa bimbang kepada beta. Yang sentiasa menegur andai beta melakukan kesalahan. Yang sentiasa menyayangi beta. Yang sentiasa menerima beta. Yang sentiasa mencari beta. Yang sentiasa mendoakan kebaikan pada beta. Yang sentiasa mengharapkan beta dalam keadaan yang terbaik. Yang boleh menyebabkan beta menitiskan air mata bila terkenangkan kalian. Jauh di sudut hati beta, beta tidak tahu apa yang beta ingin lakukan andai kalian tiada. Tiada pengganti kalian di dunia ini. Tiada siapa yang mampu menjadi seperti kalian. Dan tiada siapa yang mampu bersabar sepertimana kalian bersabar dengan beta.


Akhir kata, beta amat MENGHARGAI kehadiran kalian semua. I LOVE YOU ALL!!!!


p/s:: Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin