Jumaat, Jun 07, 2013

Homeless Programme at Malaysia

Hahaha.

Okay, just as short notice. If anyone want to join this programme, you just go to LRT Komuter Masjid Jamek, Thursday and Friday night, every week.

If you go, just said you want to meet with Rozek (thats me) and if possible, can you inform me earlier as possible at my social facebook (Rozek Suka DiTag).

Thank.

Jumaat, Mei 10, 2013

Cadangan Penambah baikkan utk PRU

Pilihanraya 13 dah tamat kan..maka dengan ini saya ingin cadangkan beberapa pkara yg boleh dpertimbangkan dlm pru akan datang.

1. harap tol ditutup 3 hari sebelum dan 2 hari selepas mengundi..ini memudahkn rakyat menunaikan tanggungjawab mereka terutama pekerja di selangor yg balik mengundi di kedah, perlis mahupun di penang..begitu juga negeri2 yg lain..

2. patutkah diharamkan poster, risalah dan bendera parti? pada pengamatan saya, terutamanya di jalanraya, bendera itu dilihat sangat bahaya, malah ada yg hampir kemalangan apabila bendera yg dipasang menutup pandangan pemandu dan laluan. apatah lagi bendera2 itu menelan kos yg tinggi..apa kata kos itu diberi kepada pihak tol, mana la tau leh pujuk2 plus tutup 5 hari je kan dlm tempoh 5 tahun kaut untung..

3. SPR katanya tidak telus..pada pru akan datang, boleh tak kita gantikan kerani yg btugas di kaunter dengan seorg wakil BN dan seorg wakil PR utk btugas kat situ..senarai nama dberi..maklum r, kalau ada dua2 parti yg btugas, sekiranya seorg buat masalah, yg seorg lagi terus lapor la..xde la isu duit atas kaunter..kan? kan? tetapi syaratnya adalah tempat2 panas..

4. masa mengundi dari jam 8pg hingga 3ptg shj..proses kiraan boleh dilakukan pada jam 3.30ptg..utk elakkn lampu terpadam..

5. kita dah ada teknologi mesin cap jari dan ic yg dgunakan di bank2..bukankah negara kita nk jadikan mykad sebagai teknologi perintis segalanya? masa mengundi, bagi ic, cap jari, lulus semak, undi! takut gangguan internet? jangan lupa kita boleh sistem offline..data peribadi hanya dipecahkan kepada pusat mengundi tertentu shj..data diambil dari pusat pendaftran negara..hanya pusat pendaftaran negara shj yg ada data sebenar..

#biometrik#

6. beri voucher minyak masa pilihanraya..caranya? di laluan tol petugas tol plus boleh beri satu kereta terhad 1 voucher minyak yg bnilai rm10. utk menebusnya terhad rm10 bg 1 stesen. boleh tebus bermula sehari selepas dan sebelum mengundi.barulah terasa bukan tggjwb pengundi je, kerajaan pun kena faham masalah wang rakyatnya..


letak dua option kat tol nanti..yg pertama ada tol bagi voucher, yg kedua tak perlu voucher..ibarat satu laluan tunai, dan satu lagi laluan smarttag..kalau xnak voucher, guna laluan smarttag..ala, rm10 je pun, kan?
 
7. mmg benar ad duit saguhati diberi pada pengundi yg balik mengundi..tp pd pengamatan saya, yg hairannya, mengapa hanya dberi pd org tertentu? siap ada list nama lg? wow..be fair la kan, tak kisah a sokong parti mana, janji balik undi..tp hanya pada keloni? siap beratur panjang lagi..

8. umumlah cuti umum pada pekerja..kesian bagi pekerja yg tinggal jauh..

hurm..saya bukan ahli politik, saya juga bukan org yg mahir ekonomi..tp, negara tak rugi andai mereka bijak mentadbir..kuasa bukan segalanya jika amanah tak dijaga..memang pasti ada kekurangan cadangan saya, tapi boleh dibincang..kaji..kaji..dan kaji..

tak guna bersorak kemenangan andai kampung tergadai..

Khamis, Mei 09, 2013

ITM di Bank Negara

Assalammualaikum.

Wah, sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun aku menjalankan kerja di Bank Negara ini. Aku sekadar semut kecil yang membantu menyiapkan kerja yang ditugaskan kepada aku sebagai Solution Engineer ini.

Memang aku akui dalam lapangan ini sangat mencabar apatah lagi berhadapan dengan kumpulan manusia yang mempunyai pelbagai pengalaman kerja. Alhamdulillah, kerja di sini hampir pada penamatnya. Doakan semoga dipermudahkan urusan dalam menyiapkan kerja ini untuk masa depan yang lebih cemerlang. In shaa Allah.

Note: Arini sepatutnya berjumpa dengan klien untuk deal bagi close projek, tapi tak boleh nak buat disebabkan masalah teknikal. Kalau esok tak boleh nak solve juga, nampaknya terpaksalah berhadapan kemungkinan akan dimarahi.

Rabu, Mei 08, 2013

Bisikan Syaitan | Keceriaan Berganda

Assalammualaikum..

Walawei, sempena meraikan kegembiraan dalam hati, maklumlah tak lama lagi akan tinggalkan zaman bujang ini..hahaha..apakah aku sudah bersedia? Aish, nak menyimpan duit tue seksa bebenar..huhu..

Apapun, pada 7 Mei lalu z g tengok wayang. Cerita "Bisikan Syaitan"..Ah..tak best pun..sama je cam cerita Azazil aritu. Z memang kaki wayang. Dah jangka memang tak best tapi sebab takde cerita lain dah, setiap minggu kuar tengok, makanya tengok jelah kat TGV Sunway itu..

Hehehe.. Gambar kat bawah ni sesaje tangkap kat ruangan Sunway tue..







Aktiviti semalam
- Makan kat Secret Recipes
-Main Game kat Arcade
-Tengok wayang Bisikan Syaitan kat TGV
-Popular (Beli Iqra)
-Minum air Strawberi Smoothie kat Chattime
-McD - Set Bubur Ayam McD

Khamis, Februari 14, 2013

Kembara di Kelantan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Allah masih memberikan kesempatan terhadap diriku untuk bernafas lagi. Ehem, penulisan kali ini berkisarkan tentang pengalaman ke Kelantan. Sempena Cuti Raya Cina baru-baru ini, z berpeluang ke negeri yang digelar serambi Mekah, Kelantan. Sayu sebenarya hati ini bila ke sana, kerana banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini.

Perjalanan melebihi 8 jam dari Puncak Alam, memang melelahkan. Kehadiran disambut sangat baik satu keluarga di sana. Tinggal di sana 7 - 12 Februari 2013. Entah kenapa, setiap malam aku menangis di sana, mungkin terkenangkan kesilapan lalu. Aku panjat syukur ke hadrat Allah sejak bulan Januari lalu, setiap malam aku tidak tinggalkan solat malam. Aku berasa seperti ada kekuatan dalam hidup aku saat ini.

Puncak Alam --> Binjai --> Kenduri kahwin -->Wakaf Che Yeh --> Rantau Panjang --> Jeram ape tah--> Jeli --> Puncak Alam.

Jika diikutkan, banyak tempat yang pergi melawat, tetapi sayang sekali gambar tak tangkap, sebab nak elakkan hati terasa sayu. Dan banyak juga cerita yang boleh diceritakan, tetapi biarlah ia menjadi kenangan di dalam hati ini.

Terfikir, inikah saat aku mencari zaujahku kembali?

Selasa, Februari 05, 2013

Coretan Malam - Allah beri yang terbaik

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, panjat syukur ke hadrat Ilahi masih lagi berkesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Coretan kali ini sekadar meluahkan sedikit perasaan. Mungkin ini sebagai coretan penghibur hati.

Allah akan berikan yang terbaik kepada kita jika bersabar

Saya masih teringat lagi, kata-kata ini sering menjadi bahasa saya ketika menyampaikan motivasi. Kerana itu juga ia sering menjadi ingatan kepada saya. Adakalanya saya sebagai manusia yang hatinya sangat lemah, tidak mampu bersabar dalam semua perkara. Mulalah saat itu berderai air mata saya, sujud terakhir menjadi peneman saya sentiasa. Mereka yang tidak mengenali saya, mungkin melihat saya sebagai seorang yang sangat ceria, tetapi saya cuma ini pemendam orangnya.

Maafkan hati jika tidak sempurna mengingatiMu..

Jujurnya hingga kini saya masih lagi risau kondisi si dia. Setiap masa saya terfikir untuk hubungi dia, namun saya gagahkan diri untuk bersabar. Saya yakinkan diri, dengan hubungi dia mungkin saya akan bebankan dia dengan masalah. Saya pujuk hati saya, jika dia dalam kesusahan dan perlukan pertolongan saya, dia akan hubungi. Saya juga letakkan dalam diri, pasti dia ada orang yang akan bantu dia segalanya.

Cinta Manusia Itu..

Saya pernah bahagia, ketawa dan sedih. Banyak pengajaran yang saya dapat. Tiada yang sempurna di dunia ini. Saya masih lagi sempat bertaubat. Sempat lagi bertahajjud, sempat lagi berbakti. Dan segalanya Allah yang tentukan. Saya yakin percaturan Allah sangat adil untuk saya. Cukuplah saya khianati AMANAH yang telah diberikan selama ini.

Saya tidak lagi kecewa..

Apabila tiada yang melayan, tiada lagi yang membantu, tiada lagi yang bertanya. Kesunyian itu timbul, tetapi cepat-cepat saya ke tempat saya boleh lakukan pekerjaan. Jika tidak, berderai air mata ini. Siapa saya untuk menyalahkan takdir andai saya sendiri yang rosakkannya. Cukuplah solat tahajjud peneman saya, cukuplah Allah untuk mendengar kesedihan saya. Saya tidak perlukan lebih daripada apa yang saya ada sekarang.

Keluarga adalah masa depan saya..

Banyak yang saya boleh lakukan. Saya cuba bangkit daripada kesedihan ini. Ini janji saya kepada diri saya sendiri. 

Saya ikhlas keranaMu Ya Allah.

Jumaat, Februari 01, 2013

Cerpen: Mencari Sinar Ilahi

Haha. Nurkilan ini dibuat untuk seorang sahabat Z yang bertemu saat sama-sama sertai bengkel penulisan dulu. Wah, semenjak ini berani pula Z post karangan. Dulu terasa segan sebab takut idea diciplak, dan rugi la pula sebab cerpen-cerpen dulu banyak dipadam dan hilang akibat kerosakkan komputer. Lupakan, hidup sebagai penulis harus diteruskan. Woot woot..hihi..Neway, terimalah;

Tajuk: Mencari Sinar Ilahi

Anak,
Berderu angin pagi ini, sejuknya hingga terasa di tulang sum-sum Papa ini... Alhamdulillah, Papa memanjat syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.
Awan mendung berarak seperti gelora hati Papa. Hati Papa merasa kagum atas kebesaran ciptaanMu ya Allah, yang kekuasaanNya tiada bandingan.

"Papa, mengapa Mama tinggalkan kita", soalmu suatu ketika dulu.
"Allah sayangkan dia, nak. Mama kembali kepada Penciptanya. Tapi, suatu masa nanti dengan izin Dia kita dapat bertemu kembali dengan Mama". Ku harap kata-kataku dapat dimengerti insan kecil ini.

Anakku, maafkan Papa kerana tidak menjadi Papa yang sempurna, dan maafkan Papa kerana permintaan Anak tidak dapat Papa tunaikan. Ketahuilah anakku, Mama pergi dalam wajah yang begitu tenang sekali.

"Papa, mengapa kita miskin?" Tanyamu lagi.
"Anak, rezeki itu milik Allah. Tengok Papa ini, setiap hari bekerja kan? Dan anak papa ini setiap hari dapat makan makanan yang sedap-sedap. Dan dapat pakai baju cantik-cantik"

Anakku, Papa mencari rezeki adalah untukmu dan kepenatan Papa akan hilang setelah melihat senyumanmu. Jika Papa memiliki banyak harta sekalipun, itu tidak bermakna jika tidak dapat melihat senyumanmu kelak.

"Papa, dalam kereta ini panaslah". Rungutmu di dalam kereta.
"Anak, ini baru je sikit kepanasannya. Di Akhirat sana nanti, siapa yang sentiasa buat baik, tak tinggal solat, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, akan diberikan Syurga. Ehem, memang la kereta ini panas Nak, Papa lupa pasang aircondnya" Candaku.

Anakku, Papa selalu mendoakan keluarga Papa akan ditempatkan di golongan orang-orang Mukmin.

"Papa, mengapa Papa sakit?"
"Anak, bersabar ya! Setiap kesakitan itu penghapus dosa. Banyakan berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kesihatan kepada kita."

Anakku, andai inilah nurkilan terakhir untukmu.

Maafkan Papa di atas kelemahan Papa. Papa sentiasa mendoakan kesejahteraan Anak. Suatu masa nanti, kita akan bertemu jua, dihimpunkan bersama-sama di tempat yang sungguh indah.
Anakku, nyawa Papa bila-bila masa akan tiada. Andai surat ini sampai ketika saat itu, usahlah bersedih. Kita akan bertemu jua kelak.
Namun, hingga saat itu, izinkan Papa bersujud memuji Allah.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ikhlas dari,
Papa.

Note: Nampak tak kemalasan tue. Nampka tak? Haha :D

Khamis, Januari 31, 2013

Status: Kenapa Wanita Kahwin Lambat

..Hihi..Ada topik yang Admin "Bercinta Lepas Nikah" berikan.



Z pun respon begini;

 
Hihi..Amboi,tak lama post terus banyak yang like. Semua perempuan pula tue. InshaAllah, kita sama-sama ambil pengajaran, ya?

Rabu, Januari 30, 2013

KERANA DIA SEORANG AYAH

KERANA DIA SEORANG AYAH

Seorang LELAKI datang ke kedai KOMPUTER, melihat2 seperti pelanggan lain.. Dari kedut wajahnya, gelap warna kulitnya, dan pakaiannya, dia bukanlah seorang yang berada.... Mungkin dia seorang pesawah, atau pekebun di kampung...
Pembantu kedai menegurnya.. “Nak beli laptop Pakcik? Untuk anak ke?"...
Jawab Pakcik: "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar, biarlah dia belajar - yang mana yang bagus?"..
Pembantu kedai menunjukkan beberapa jenis laptop dan harganya sekali... dia mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus, mahal pakcik - tapi kalau setakat nak belajar, yang ni lah, Dell - seribu seratus lebih je..."... Pakcik itu terdiam, dan seperti sedang berfikir.... Kemudian dia berkata: "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." – Pakcik itu pun pergi...

BEBERAPA HARI KEMUDIAN, Pakcik itu datang lagi... Kali ini dengan anaknya – perempuan.... "Laptop yang hari tu, ada lagi tak?".. "Ada pakcik... Yang nie, Dell haritu..”...
Pakcik itu bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke nak?" - "Ermmm, ok ke nie? Murah je - karang rosak, susah..." jawab anaknya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang Acer nie boleh tak, ayah?", Ayahnya terdiam seketika..
"Yang Acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..."... Pakcik itu menoleh kepada anaknya... "Oklah, yang inilahh.." jawab anaknya...
Pakcik itu pun mengeluarkan satu envelop terpakai dari poket seluarnya, yang digunakan untuk mengisi wang.... Dia menyerahkan duit kepada pembantu kedai - "Saya jual pakcik, Terima Kasih ya..."...
Dia dan anaknya meninggalkan kedai...
Sambil mengira duit yang diberikan, pembantu kedai rasa sebak.. dia menahan airmata - Wang kertas RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50... Pembantu kedai itu membayangkan, berapa lama Pakcik itu menyimpan wang untuk membiayai pengajian anaknya... – Dia terus mengalirkan air mata, mengenangkan dia juga seorang ayah... Susah payah hendak menanggung keluarga..

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku dari semenjak aku masih kecil... Amiinnnnn."..

Cinta Ulu Yam

Cinta Ulu Yam

"Semalam kanda kira ada 100 bintang, tetapi hari ini kanda kira cuma nampak 99 bintang sahaja! Dinda tahu kenapa? Sebab kanda belum kira lagi bintang di hadapan kanda ini. Yang sentiasa menyinari hidup kanda. I love you"

Tersenyum aku apabila teringat peristiwa itu. Saat itu kami sedang berbulan madu di Ulu Yam, menghabiskan cuti bersama di mana tempat kali pertama kami berjumpa. Terimbas kenangan pertama kali berjumpa. Entah kenapa hati ini tertarik melihat kelakuannya, melayan karenah adik-adik kumpulannya. Jeletahnya selalu membuat onar di dalam dewan membingit suasana, dan saat itulah aku mengenali sikapnya. Seorang yang periang, suka mengusik, kelakuannya sedikit aneh tetapi ada juga sikap buruknya, tidak menepati masa! Tetapi dia bijak memberikan alasan, entah apa jampi yang dia gunakan. Memang ketika itu ada masanya timbul rasa geram, ah sebenarnya rasa cemburu melihat kepetahannya berkata!

"Al-fadil Sheikh Rozek, boleh tak anta datang awal sikit? Kesian kumpulan menanti kehadiran anta! Mana tanggungjawab anta sebagai pembimbing mereka?" Itulah bicara pertama aku ketika berbual dengannya.
"Ehem, ya sayang Cik Puan Sri Datin Hana! Bukan tidak mahu awal, tetapi Beta mahu mengajar anak-anak didik Beta menjadi bertanggungjawab terhadap kumpulan ketika ketiadaan Beta. Bukankah kita mahu mendidik mereka menjadi pemimpin yang bijaksana kelak? Nah, di sinilah permulaan segalanya!" Jawabnya sambil tersenyum.

Berdebar hatiku ketika mendengar dia memanggilku "sayang". Dalam sejarah hidupku, dialah orang pertama yang menggelarkan diriku. Ah, ini semua permainan hati! Sudah pasti dia selalu memanggil orang lain sebegitu, dasar lelaki buaya darat! Say NO to COUPLE before MARRIAGE! Itulah pegangan yang aku pegang dari dulu, takkan mahu dilanggar dek seekor buaya ini? Eh, kenapa aku berfikir sejauh ini? Dia tiada pula kata ingin menjadikan aku pasangannya?

"Ehem, boleh saya bergerak ya Cik Puan Rimau?" Tiba-tiba katanya mematikan lamunanku.
"Ye Tuan Buaya! Tiada siapa nak menghalang anta untuk kembali ke sungai. Tahu kan jalannya?" Meluap-lupa amarahku apabila dia memanggilku Sang Harimau.
"Saya tahu, kalau Tuan Puteri nak ikut menyelam sekalipun tiada masalah. Hihihi!" Katanya sambil berlalu pergi.

Begitulah perbualan kami yang pertama berakhir. Mulanya aku tidak mengerti mengapa aku sering mencari kesalahannya, tetapi secara perlahan-lahan aku menyedari sebenarnya aku mengagumi kebolehannya. Terdengar aku bila dia berkata kepada kumpulannya, "Abang tiada harta yang boleh bagi melainkan kasih sayang abang kepada adik-adik sekalian." Dengan suaranya yang sebak itu turut meruntut hati aku mendengarnya. Dan dalam diam-diam aku menyintainya. "Eh, menyukai seseorang diam-diam tiada masalah!" Pujuk hatiku.

"Boleh saya tahu facebook awak, Cik Hana?" Tanya Si Buaya itu.
"Untuk apa?" Bidasku, walaupun hakikatnya hati aku rasa gembira!
"Ehem, bukan saya ingin menggoda, tapi nak merapatkan silaturrahim, kan Nabi.."
"Sinari Nuur Insani, itu nama fb ana", pintasku sebelum dia habiskan hujahnya. Dah tahu sangat jika dilayan pasti berjela ceramahnya. Tetapi entah kenapa hati aku berasa gembira!

Tanpa diduga, perkara pertama yang aku buat bila sampai di rumah adalah Facebook. Tetapi malangnya, hari pertama berlalu tanpa berita. Begitu jua hari kedua, ketiga dan seterusnya. Ah, aku dipermainkannya! Mengapa hatiku tertarik kepadanya? Adakah dia menggunakan jampi untuk memikat hatiku? Getusku. Menyesal pula aku tidak bertanyakan apa nama FB dia. Dan berhari-hari juga aku lakukan solat Istikharah semoga diberikan petunjuk oleh Allah. Aku pun tidak tahu mengapa aku jadi begini.

Aku pun tidak pasti tiba-tiba aku teringin nak check message yang di dalam fail "SPAM". Eh, kebetulan ada satu message dan secara kebetulannya, gambar FB itu sama seperti Rozek . Hatiku dipalu keriangan dan perasaan berdebar ingin melihat apa yang dihantar. Terpaku mata aku melihat apa isinya!

"Bismillahirohmanirohim. Assalammualaikum. Saya, Rozek dengan rasa rendah hati ingin melamar Cik Hana sebagai teman hidup saya yang sah, sudikah menjadi zaujah hingga ke Jannah?"

Terasa seperti dunia ini berputar dengan lajunya.

The End.

Selasa, Januari 29, 2013

Kenapa Baca Al Quran Sedangkan Tidak Memahaminya

Sedikit pengkongsian cerita: Cedok dari Internet. Nice story, jadikan pengajaran ye.

Seorang rakyat Amerika Muslim yang telah berusia tinggal di sebuah ladang di pergunungan timur Kentucky dengan seorang cucu lelakinya. Setiap pagi beliau duduk awal di meja dapur membaca Al-Quran. Cucu beliau mahu menjadi sepertinya dan cuba untuk meniru dalam setiap cara datuknya selagi yang termampu.
Suatu hari cucunya bertanya, "Datuk! Saya cuba untuk membaca al-Quran seperti datuk, tetapi saya tidak faham, dan apa yang saya faham saya terlupa sebaik sahaja saya menutup al-quran itu. Jadi, apa yang baiknya dengan membaca Al-Quran itu? "

Datuknya dengan perlahan berhenti daripada meletakkan arang batu di dalam dapur dan menjawab, "Ambil bakul arang ini turun ke sungai dan bawakan datuk kembali sebakul air. Lalu cucunya bergegas melakukan seperti yang diarahkan oleh datuknya, tetapi semua air telah terkeluar dari bakul tersebut sebelum dia dapat kembali ke rumah. Datuknya ketawa dan berkata, "Lain kali awak patut berjalan lebih pantas," lalu menghantar cucunya kembali ke sungai dengan bakul tersebut untuk mencuba sekali lagi.

Pada kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tetapi sekali lagi bakul tersebut kosong sebelum dia sempat pulangke rumah. Di dalam keaadaan termengah-mengah keletihan, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul ini, lalu dia pergi untuk mendapatkan baldi sebagai ganti.

Lelaki tua itu berkata, "Saya tidak mahu sebaldi air, Saya mahu sebakul air. Awak patut berusaha lebih bersungguh-sungguh, " lalu dia keluar ke pintu untuk memerhatikan cucunya melakukanya sekali lagi.

Pada ketika ini, cucunya itu tahu ia adalah mustahil untuk melakukanya, tetapi kali ini dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun jika dia berlari secepat munkin sekalipun, air tetap akan mengalir keluar dari bakul tersebut sebelum dia sempat kembali ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi mencedok bakul ke dalam sungai dan berlari dengan lebih pantas, tetapi apabila dia sampai ke datuknya bakul tersebut sekali lagi kosong. Dengan keadaan lelah keputusan nafas, dia berkata, "Lihat datuk, ia adalah tidak berguna!"
"Jadi awak fikir ini semua adalah sia-sia sahaja?" Orang tua itu berkata lagi, "Lihatlah bakul itu!"

Budak lelaki itu menoleh melihat pada bakul itu dan untuk pertama kalinya sedar dan perasan bahawa bakul tersebut kelihatan berbeza. Ia telah berubah dari sebuah bakul arang batu lama yang kotor dan kini bersih, di luar dan di dalam. “Cucu, itulah yang akan berlaku apabila awak membaca al-Quran. Awak mungkin tidak memahami atau ingat segalanya, tetapi apabila awak membacanya, awak akan berubah, di dalam dan di luar. Itu adalah kekuasaan urusan Allah di dalam kehidupan kita

Ahad, Januari 27, 2013

Status Comel Saya

Bismillah..

Selamat membaca :)






Semoga bermanfaat :)

Bengkel Penulisan Kontemporari Telaga Biru 2013

Assalammualaikum.

Sekali lagi pena berlari di atas blog ini. Kali ini sekadar catatan ringkas aktiviti saya minggu ini. Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyertai bengkel penulisan anjuran Telaga Biru di HQ utamanya. Bila ditanya mengapa memilih Telaga Biru, saya akan jawab, "Saya yakin Telaga Biru akan berikan orang yang terbaik dalam menyampaikan ilmu penulisan ini".

Yang paling penting adalah bagaimana proses menjadi penulis itu sendiri, disampaikan oleh mereka yang menceburi bidang ini. Bukan calang-calang penyampai, malah penerbit, penulis dan ketua editor sendiri turun padang. Terbukti betapa cintanya mereka dalam bidang ini, dengan bayaran RM50 diberi makan minum, dewan, dua hari kelas dari 9pg - 6ptg, nota, sijil, adakah ia terlalu mahal? Sejujurnya, RM50 itu adalah sekadar mencukupi makan dan minum sahaja tanpa kos lain selama dua hari. Nah, tidakkah kita melihat keikhlasan hati mereka dalam menyampaikan ilmu?


 Sesi bersama ketua editor Gen-Q( Generasi Al-Quran), Solusi dan Al-Ustaz.
Sesi bergambar bersama Ustaz Umar M.Noor
Sesi bergambar bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Sijil Penyertaan Dan Hadiah Sampingan, buku yang di sain oleh penulisnya, Ustaz Umar M. Noor (Takwil Hadis)


InshaAllah, semoga bengkel ini memberikan manfaat dan kekuatan kepada kita untuk terus menulis dan menyumbangkan sesuatu yang baik dalam menyebarkan agama kita.

Sabtu, Januari 26, 2013

Andai Punyai Seorang Kekasih

Assalammualaikum.

Dah lama tak update blog ni. Alhamdulillah, tadi selamat menjalani Bengkel Penulisan Kontemporari anjuran Telaga Biru hari pertama. Penyampainya Ustaz Umar Mohd Noor dan Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Tapi, post ini z cuma ingin kongsikan berkaitan status Vice Canselor UiTM Dato' Prof Ir. Dato' Sahol Hamid Abu Bakar. Alhamdulillah, apabila seorang yang hebat bila berbicara banyak pengajarannya.

Terlintas tadi untuk melemparkan pandangan Z.



Memang benar, setelah berbulan-bulan akhirnya Z kembali sedar. Hihi. Apapun, Z bersyukur ke hadrat Allah atas penghijrahan ini. Hati z sekarang sangat tenang!

Note: Kesedihan itu menunjukkan Z adalah manusia biasa yang sangat lemah. Pengalaman menjadikan Z semakin matang. Semoga masa hadapan Allah akan pelihara iman Z menjadi lebih kuat. Senyuman Z menjadi sangat ikhlas sekarang :)

Jumaat, Januari 18, 2013

Cinta - Rahsia Kasih Sayang berdasarkan Bulan Kelahiran

Bila sebut sahaja cinta atau hubungan percintaan pasti anda akan terbayang saat-saat indah dan manis bukan? Tapi tidak kurang juga ada yang membayangkan kesakitan dan kelukaan terhadap cinta yang tidak berkekalan dan berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda tidak semua yang bercinta itu mempunyai personaliti dan sikap yang sama. Mungkin sekarang ini atau dahulu anda bercinta dengan seseorang, orang itu berpesonaliti begini dan anda tidak sukakannya. Tetapi jangan pula anggap orang yang anda ingin menjalinkan hubungan akan datang sama juga personalitinya.
Setiap orang ada personaliti-personalitinya tersendiri dan setiap orang berbeza-beza. Tiada yang sama. Tetapi anda harus ingat. Bukan semua manusia itu sempurna.
Jom kita ketahui apakah rahsia kasih sayang atau pesonaliti anda atau pasangan anda berdasarkan bulan kelahiran. Bagi yang tak tahu apakah bulan kelahiran pasangan atau orang anda minati itu, cepat-cepat bertanya pada si dia.

Bulan Januari

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Sukar setia pada yang satu
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11
  • Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini

Bulan Februari

  • Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan
  • Amat hormat kepada pasangan
  • Amat suka memikat pasangan
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
  • Kurang beremosi terhadap pasangannya
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya
  • Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Bulan Mac

  • Mudah menawan hati pasangannya
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  • Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
  • Perasaan cemburu yang minima
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan
  • Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
  • Berprasangka terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12
  • Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini

Bulan April

  • Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
  • Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • Sentiasa ingin diberi perhatian
  • Amat cemburu dalam perhubungan
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • Romantik dan terlalu romantik
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan
  • Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
  • Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini

Bulan Mei

  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Kurang suka untuk sentiasa bersama
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Bulan Jun

  • Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
  • Cerewet dalam hubungan
  • Selalu beremosi
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk
  • Cepat rasa bosan dalam percintaan
  • Kurang yakin dalam perhubungan
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
  • Elok untuk menjadi Ibu yang baik
  • Dahagakan pujian dari pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8

Bulan Julai

  • Amat suka didampingi pasangan
  • Sukar dimengerti oleh pasangan
  • Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih
  • Suka merajuk dan dipujuk
  • Setia terhadap pasangan
  • Suka mendengar dan tidak suka membantah
  • Cemburu terhadap pasangan
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Bulan Ogos

  • Tidak serius dalam perhubungan
  • Mengambil mudah dalam perhubungan
  • Kesetiaan di ragui
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan
  • Romantik, Pengasih dan Penyayang
  • Kelam kabut dalam perhubungan
  • Sering bertukar pasangan
  • Sukar mencari pilihan yang tepat
  • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima
  • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
  • Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini

Bulan September

  • Bersopan dalam hubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Amat memilih pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Bulan Oktober

  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Sukar menerima pandangan pasangan
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan
  • Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12
  • Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini

Bulan November

  • Banyak helah dalam menghadapi pasangan
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
  • Degil dan engkar dengan pasangan
  • Tidak suka dikongkong oleh pasangan
  • Mudah ambil berat terhadap pasangan
  • Tidak menghargai perhubungan
  • Sambil lewa dalam perhubungan
  • Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
  • Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
  • Kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan
  • Kurang bersama dengan pasangan
  • Pasangan Ideal: 4, 7

Bulan Disember

  • Pemurah terhadap perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan
  • Benci dikongkong
  • Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
  • Suka mempengaruhi pasangan
  • Curang dalam percintaan
  • Kurang berkerjasama dengan pasangan
  • Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12
Sila ambil perhatian. Apa yang disenaraikan di atas ini tidak semestinya 100% betul. Terserah pada anda untuk mempercayainya ataupun tidak. Ia hanya untuk suka-suka sahaja.