Rabu, Januari 30, 2013

Cinta Ulu Yam

Cinta Ulu Yam

"Semalam kanda kira ada 100 bintang, tetapi hari ini kanda kira cuma nampak 99 bintang sahaja! Dinda tahu kenapa? Sebab kanda belum kira lagi bintang di hadapan kanda ini. Yang sentiasa menyinari hidup kanda. I love you"

Tersenyum aku apabila teringat peristiwa itu. Saat itu kami sedang berbulan madu di Ulu Yam, menghabiskan cuti bersama di mana tempat kali pertama kami berjumpa. Terimbas kenangan pertama kali berjumpa. Entah kenapa hati ini tertarik melihat kelakuannya, melayan karenah adik-adik kumpulannya. Jeletahnya selalu membuat onar di dalam dewan membingit suasana, dan saat itulah aku mengenali sikapnya. Seorang yang periang, suka mengusik, kelakuannya sedikit aneh tetapi ada juga sikap buruknya, tidak menepati masa! Tetapi dia bijak memberikan alasan, entah apa jampi yang dia gunakan. Memang ketika itu ada masanya timbul rasa geram, ah sebenarnya rasa cemburu melihat kepetahannya berkata!

"Al-fadil Sheikh Rozek, boleh tak anta datang awal sikit? Kesian kumpulan menanti kehadiran anta! Mana tanggungjawab anta sebagai pembimbing mereka?" Itulah bicara pertama aku ketika berbual dengannya.
"Ehem, ya sayang Cik Puan Sri Datin Hana! Bukan tidak mahu awal, tetapi Beta mahu mengajar anak-anak didik Beta menjadi bertanggungjawab terhadap kumpulan ketika ketiadaan Beta. Bukankah kita mahu mendidik mereka menjadi pemimpin yang bijaksana kelak? Nah, di sinilah permulaan segalanya!" Jawabnya sambil tersenyum.

Berdebar hatiku ketika mendengar dia memanggilku "sayang". Dalam sejarah hidupku, dialah orang pertama yang menggelarkan diriku. Ah, ini semua permainan hati! Sudah pasti dia selalu memanggil orang lain sebegitu, dasar lelaki buaya darat! Say NO to COUPLE before MARRIAGE! Itulah pegangan yang aku pegang dari dulu, takkan mahu dilanggar dek seekor buaya ini? Eh, kenapa aku berfikir sejauh ini? Dia tiada pula kata ingin menjadikan aku pasangannya?

"Ehem, boleh saya bergerak ya Cik Puan Rimau?" Tiba-tiba katanya mematikan lamunanku.
"Ye Tuan Buaya! Tiada siapa nak menghalang anta untuk kembali ke sungai. Tahu kan jalannya?" Meluap-lupa amarahku apabila dia memanggilku Sang Harimau.
"Saya tahu, kalau Tuan Puteri nak ikut menyelam sekalipun tiada masalah. Hihihi!" Katanya sambil berlalu pergi.

Begitulah perbualan kami yang pertama berakhir. Mulanya aku tidak mengerti mengapa aku sering mencari kesalahannya, tetapi secara perlahan-lahan aku menyedari sebenarnya aku mengagumi kebolehannya. Terdengar aku bila dia berkata kepada kumpulannya, "Abang tiada harta yang boleh bagi melainkan kasih sayang abang kepada adik-adik sekalian." Dengan suaranya yang sebak itu turut meruntut hati aku mendengarnya. Dan dalam diam-diam aku menyintainya. "Eh, menyukai seseorang diam-diam tiada masalah!" Pujuk hatiku.

"Boleh saya tahu facebook awak, Cik Hana?" Tanya Si Buaya itu.
"Untuk apa?" Bidasku, walaupun hakikatnya hati aku rasa gembira!
"Ehem, bukan saya ingin menggoda, tapi nak merapatkan silaturrahim, kan Nabi.."
"Sinari Nuur Insani, itu nama fb ana", pintasku sebelum dia habiskan hujahnya. Dah tahu sangat jika dilayan pasti berjela ceramahnya. Tetapi entah kenapa hati aku berasa gembira!

Tanpa diduga, perkara pertama yang aku buat bila sampai di rumah adalah Facebook. Tetapi malangnya, hari pertama berlalu tanpa berita. Begitu jua hari kedua, ketiga dan seterusnya. Ah, aku dipermainkannya! Mengapa hatiku tertarik kepadanya? Adakah dia menggunakan jampi untuk memikat hatiku? Getusku. Menyesal pula aku tidak bertanyakan apa nama FB dia. Dan berhari-hari juga aku lakukan solat Istikharah semoga diberikan petunjuk oleh Allah. Aku pun tidak tahu mengapa aku jadi begini.

Aku pun tidak pasti tiba-tiba aku teringin nak check message yang di dalam fail "SPAM". Eh, kebetulan ada satu message dan secara kebetulannya, gambar FB itu sama seperti Rozek . Hatiku dipalu keriangan dan perasaan berdebar ingin melihat apa yang dihantar. Terpaku mata aku melihat apa isinya!

"Bismillahirohmanirohim. Assalammualaikum. Saya, Rozek dengan rasa rendah hati ingin melamar Cik Hana sebagai teman hidup saya yang sah, sudikah menjadi zaujah hingga ke Jannah?"

Terasa seperti dunia ini berputar dengan lajunya.

The End.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan