Sabtu, Januari 12, 2013

Elak-Elak (Episod Bohong)

Elak-Elak 10 Januari 2013

Sketsa (Tipu dalam bergurau)
Cerita dimulakan dengan Yasin tengah memandu kereta bersama Ustaz Hassan. Yasin kata dia sanggup bawa Ustaz ke mana sahaja termasuk 7 petala langit dan bumi, Ustaz menasihati jangan berbohong walaupun bergurau.

Sketsa 2 (Tipu Mengenai Pekerjaan)
Anuar (Apek) datang masuk kedai mamak, terserempak dengan seorang Nizam. Nizam dan Anuar ni kawan lama, Nizam bercerita kepada anaknya Anuar ni penyangak. Anuar bercerita sekarang dia pensyarah di UK. Manakala Nizam ni pula pemandu teksi. Anuar memandang rendah kepada Nizam. Tiba-tiba Anuar dapat panggilan, dia terpaksa pergi ke kerja. Anuar masuk dalam tandas, dia tukar pakaian yang sebelum itu berkot kepada uniform pakaian kilang.

Sketsa 3 (Soalan)
Yasin mengajukan soalan kepada Ustaz Hassan berkaitan bohong sunat. Ustaz Hassan menjawab soalan itu dengan memberi contoh. Bohong sunat dalam rumahtangga, suami ajukan soalan kepada isterinya ada kekasih tak sebelum ni, isteri menjawab tiada walaupun hakikatnya sebelum itu ada. Bohong wajib, contoh perompak masuk dalam rumah.

Sketsa 4 (Tipu mengenai pendidikan)
Rahim dan Apek tengah memandu. Apek watak seperti pekerja kepada Rahim. Apek menipu Rahim dalam perbualannya mengenai latar belakang pendidikan dan pengalaman.

Sketsa 5 (Contoh Sirah)
Dalam sirah Nabi, ada seorang penyampai agama kepada kaum bukan Islam, namun pemimpin sana menolak. Dia akan dipancung jika masih Islam. Disebabkan itu, dia mengubah kenyataan . Sebaliknya di Mekah, dia ikat diri di Masjid, dia malu dan tidak akan lepaskan diri sehingga Rasulullah itu lepaskan ikatannya. Tingginya akhlak dia.

Sketsa 6 (Tipu dalam kelas)
Apek berbohong dalam kelas, dia berpura-pura pernah menjadi pensyarah. Sebab itu diajukan soalan berkaitan tamadun dan bangsa-bangsa norm.

Ini yang saya faham daripada episod kali ini..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan