Selasa, Januari 08, 2013

Nak jadi bapa mithali


Sahabat sekalian, jauhi bercinta sebelum perkahwinan. Apa yang saya ingin ceritakan, walaupun kita sudah selesa dan memahami pasangan kita, belum tentu itu adalah jodoh kita. Dan sekiranya pasangan kita ada orang lain, tidak perlu kejar dia lagi. Lepaskan dia. Cinta tidak perlu dipaksa. Kesedihan itu perkara biasa, namun dengan masa semuanya akan berubah.

Ketahuilah, Allah takdirkan kepada kita tulang rusuk yang ingin kita cari. Saya pernah berbual dengan pelbagai orang, pengalaman mereka, dari pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai usia. Ada yang bahagia, tidak kurang juga ada yang derita. Ada yang boleh terima kekurangan, ada juga yang tidak. Perkahwinan ini rumit jika tiada persiapan yang kita buat tidak sesuai. Di sini saya ada tanggapan, jadilah seorang yang memahami dan elak pertengkaran yang tidak patut.

Azam saya mudah je, saya ingin bahagiakan isteri dan anak-anak saya kelak. Apa caranya?
Berikan hak mereka, yakni agama dan keselamatan. Saya akan pastikan rumah saya adalah tempat yang paling selamat mereka berada. Pertahanan diri, keseronokkan bersama keluarga, makanan dan akhlak mereka akan dijaga. Sebelum itu, saya yang kena berubah. wajib menjadi contoh tauladan kepada mereka. Isteri akan menyayangi suaminya yang menjadi imam kepada dia, anak-anak akan menghormati bapa yang menjaga solatnya, bapa yang menjaga tutur katanya, bijaksana dalam membantu mereka menjalani hidup. Memang tidak mudah menjadi suami dan bapa mithali, kerana itu kita kena belajar dan banyak bertanya pada orang lain. Bersiaplah wahai suami dan bapa, kerana isteri dan anak kamu adalah tanggungjawab kamu. :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan