بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
MashaAllah, saya tergamam tadi bila rakan lama saya telefon meluahkan isi hatinya!
"Rozek, saya tak tahu kenapa hati saya tidak terbuka kepada orang lain, dari dulu hingga kini saya memang sayangkan awak!"
Saya terdiam.
Tak lama lepas tue, terlintas dalam kepala saya, "Ya Allah, jangan Kau tarik hati aku makin menjauhi dariMu. Tetapkan keimanan dalam hati aku. Jika menyintai dia mampu merapatkan rasa cinta aku kepadaMu, maka permudahkan urusan kami. Jika tidak, jauhkan dia dariku".
Terpancul dari mulut saya, "Maafkan saya, awak! Bukan saya tidak sudi, tetapi saya ingin habiskan belajar Master saya dahulu. Jika kita memang takdir bersama, InshaAllah, jodoh kita tidak ke mana! Banyakkan beristighfar ye!"
Bila saya menaip ini, saya tidak pasti apa sebenarnya perasaan saya. Jika dahulu saat zaman sekolah, memang saya mengelak kerana saat itu saya ada orang yang saya minat. Tetapi, ketika di Universiti, saya mula mencari banyak kenalan. Entah la apa kesudahannya. Yang saya pegang, saya berserah kepada Allah. Apapun, saya pasti akan bertenang dan redha. Apa gunanya bersedih jika isteri tidak sempurna dan banyak kesilapan lampau? Kitalah masa depannya. InshaAllah, semoga dipermudahkan. Barakallah :)
Nota: 3 Januari 2013
Tiada ulasan :
Catat Ulasan