Selasa, Januari 08, 2013

Rancangan


Alhamdulillah, hampir 6 bulan perkara ini berlalu. Akhirnya tergerak hati juga untuk ceritakan apa yang direncanakan sejak dulu lagi.
Sebagai seorang lelaki yang biasa, saya selalu idamkan kehidupan yang penuh bahagia dan romantik. Saya juga harus terima kadang-kadang kita sudah beri yang terbaik, namun ada kesilapan dan kesalahan yang kita tidak boleh elak dan dimaafkan.
Apa yang saya ketahui, saya sudah lambat untuk bertindak ketika saya ketahui perkara ini. Namun catatan saya ini mungkin boleh digunakan untuk pengajaran.
Perempuan, yang kita panggil kekasih atau isteri, mereka secara lazimnya tidak memerlukan seseorang yang terlalu sempurna, mereka mahukan lelaki yang baik, sentiasa menjaga mereka, melindungi mereka, menyayangi mereka, malah menghiburkan hati mereka. Pengalaman lampau membuatkan saya terfikir, wajarlah mengapa kita digalakkan untuk berkahwin terus tanpa jangka masa yang lama. Semakin kita mengenali seseorang, hati kita makin menerima segala kelemahannya. Namun, itu juga bakal menjadi racun sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Jujurnya, citarasa saya sangat unik. Saya sukakan wanita yang berdikari, bijak berbicara, pandai menghiburkan hati, penyabar dan sukakan kanak-kanak. Pendek kata, watak yang sangat "comel". Namun, saya diberikan seorang yang terlalu lurus, tidak pandai bersosial, tidak tahu selesaikan masalah sendiri dan terlalu bergantung. Permulaannya, saya fikir saya mampu atasi perkara ini. Namun, akhirnya saya sedar mengapa nasihat "carilah pasangan yang sekufu" timbul. Apabila terjadi soal begini, saya mempertikaikan kehadirannya walaupun dia adalah seorang yang sangat baik dan bertimbang rasa. Semakin tahun, hati saya makin keras untuk menerima kelemahan diri dia. Jika tidak disebabkan WD, saya pasti sudah lama give-up dengan dia.
Mei 2012, bulan yang tidak akan dilupakan oleh saya sampai bila-bila. Saat ini segala kesabaran saya sudah sampai kemuncak. Entah mengapa, selama ini saya banyak memendam rahsia dan perasaan, akhirnya saya ceritakan segala-galanya. Kesilapan demi kesilapan akhirnya terbuka. Memang saya sangat perlukan teman, tetapi hati saya susah terima dia sebagai isteri. Apa yang saya rasa pada masa tersebut adalah tanggungjawab dan impian ingin berkahwin pada usia itu. Alhamdulillah, mungkin Allah memudahkan urusan kami. Mungkin benar selama ini kami sendiri yang memaksa hati untuk menyintai, perasaan tawar dan kecewa selalu muncul dalam hubungan kami. Tidak perlu dipertikaikan, memang antara kami banyak kenangan manis, namun secara jujurnya itu adalah PENGALAMAN lampau yang saya gunakan kembali untuk hiburkan hati kami.
Namun, timbul perasaan sayang kepada dirinya saat itu. Saya ingin pamerkan pada dia apa akan jadi jika ada lelaki yang benar-benar menyintai dia. Semua saya rencanakan. Saya selalu guna istilah, "Saya harap jika saya mati jangan sesekali menangis". Namun, semakin lama kata-kata itu akan membuatkan dia menjadi seorang yang lupakan tentang diri saya.
Pelbagai cara saya buat supaya dia menjauhi diri saya. Apa yang saya lakukan itu dengan harapan jika ada lelaki lain menghampiri dia, dia akan terima lelaki itu. Simple kan?
Dan saya yakin, lelaki yang dia pilih kali ini pasti seorang yang jauh lagi baik dari saya. Sebab saya yakin, Allah akan ganti pasangan yang jauh lagi baik untuk saya. Niat saya ikhlas, untuk melihat dia bahagia kerana saya dapat rasakan cinta dia bukan untuk saya. Saya belajar untuk menghasut dia sedikit demi sedikit, malah usaha saya banyak dibantu oleh kawan-kawan dia sendiri. Bukan mudah untuk lepaskan seseorang yang kita sayang, tetapi demi kebahagiaan yang saya kejar, saya kuatkan hati.
Bila kita dalam kesedihan, siapa yang kita akan cari? Tentulah teman. Bila saya mengenali sahabatnya, baru saya mengetahui apa perubahan dalam diri dia. Mudah sahaja untuk memahami wanita sebenarnya. Namun, saya tetap yakin dia tidak tahu apa yang saya rasakan. Jika dia sedar, bermula pada bulan Mei 2012, saya ajar kepada dia satu-persatu bagaimana dia harus menjaga diri.
1. Bagaimana dia merancang perbelanjaan
2. Bagaimana dia menjaga hati orang lain.
3. Bagaimana dia menerima nasihat orang lain.
4. Bagaimana dia berhadapan dengan orang yang berniat jahat kepadanya.
5. Bagaimana dia melakukan kerja.
6. Bagaimana dia belajar untuk terima kebaikan orang lain.
7. Bagaimana dia mencari kebahagiaan.
8. Bagaimana dia menerima keluarga orang lain.
9. Bagaimana dia menjaga nama baik pasangan.
10. bagaimana dia menghargai cinta.
Disebabkan sikap dia yang lurus itu, mudah sahaja dia berubah.

Ramai yang pasti tertanya, kenapa sampai begitu sekali sanggup lakukan?

Saya sayangkan dia sepenuh hati, kerana itu saya sanggup lepaskan dia pergi. Saya tidak berebut cinta, kerana saya yakin jodoh itu ketentuan Allah. Saya harap segala yang buruk itu biar orang lihat pada diri saya.
Biarlah saya dikatakan jahat, keji malah zalim sekalipun, kerana saya mahu lihat kebahagiaan yang dia ingin kecapi. Berbulan-bulan saya dalam kesedihan dengan apa yang saya buat, tetapi saya tetap senyum dengan dunia. Pengajarannya, jangan takut kehilangan seseorang daripada kehilangan pegangan agama. Bersama dengan dia menyebabkan saya menjadi terlalu lalai. Dan itulah yang dinamakan HIJRAH :)

Note: Orang yang bercinta ini akan tunjukkan yang baik-baik sahaja. Lelaki akan menjadi pembimbing, hero bagi segalanya. Manakala wanita akan tunjukkan keayuannya.
Nasihat saya, bila putus cinta kena rilex je. Pegang pegangan ini, kita tidak perlu bersedih pun bila orang tidak mahu kat kita. Patutnya dia yang bersedih sebab dia kehilangan orang yang benar-benar cintai dia :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan