Jumaat, November 21, 2014

SUBSIDI RON95/DIESEL TIADA SELEPAS 1 DEC 2014

Kerajaan telah mengumumkan bahawa subsidi untuk minyak jenis RON95 dan DIESEL ditarikbalik selepas ini.
Keputusan ini dibuat bagi memastikan harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Nota kaki:
Puuiihhhh. Habis tue ke mana cukai-cukai yang dibayar rakyat pergi, MANGKUK!
Nak tak nak memang kena buat bisnes!


Khamis, November 06, 2014

Cite ni boleh la layan

Yo geng..

Cite ni genre seram yang baru ditayangkan di pawagam bulan Oktober.
Macam cerita hantu. Gabung hantu Melayu, Cina dan India.

Tajuk cerita: Mistik Syirik Tahyul.

Bintang: 3/5 bintang

Nanti klik link kat bawah ye untuk menonton..

Note: Ada banyak link kena klik.
Benda free kena sabar la sikit..
Link tue bukan saya punya. Kalau dah kena remove maaf la ye.

http://adf.ly/tgTcQ

Catatan ini ditaip pada 6 November 2014 jam 10.50pm

Ahad, Oktober 26, 2014

[Movie Review] Nang Nak Thailand

NANG NAK


Tahun:  1999
Asal: Thailand
Pelakon : Intira Jaroenpura, Winai Kraibutr
Tempoh : 100 min

SINOPSIS NANG NAK (credit to Google)


Nang Nak merupakan legenda di Thailand berkisah tentang sepasang suami istri yang tinggal di pedalaman Thailand. Sang suami, Mak(Winai Kraibutr) harus meninggalkan Nak (Intira Jaroenpura) sang isteri yang tengah hamil untuk berperang. Nak sebenarnya tak rela Mak pergi. Setiap hari Nak menunggu kepulangan Mak dengan setia yang disajikan melaluimontage sequence yang menarik hingga Nak yang tengah hamil kini telah menggendong bayinya.  Perubahan cerita dimulai ketika Mak pulang ke kampung halamannya. Intensitas ketegangan sedikit demi sedikit terus bertambah. Ketegangan memuncak ketika penonton tahu bahwa ternyata Nak sudah meninggal sewaktu ia melahirkan. Dan Mak ternyata tinggal bersama arwah Nak dan bayinya.


Visualisasi yang meyakinkan membuat penonton sempat tak percaya bahwa sang istri telah meninggal karena adegan-adegan Nak bersama Mak di rumahnya terlihat begitu nyata seolah tak terjadi apa-apa. Perbedaan visualisasi sudut pandang yang membuat filmnya menarik, seperti ketika pimpinan biksu desa setempat datang menyambangi Mak, para biksu melihat kondisi dan suasana rumah yang kotor dan tak terawat sedangkan Mak justru melihat sebaliknya. Tidak seperti film horor kebanyakan, penonton juga dibuat bersimpati dan berempati dengan sang hantu. Nak tampak menderita dan terpojok,  tak tahu harus berbuat apa dan yang ia tahu adalah Nak mencintai dan tak mau lepas dari suaminya.


Nyaris tak ada bentuk hantu yang menakutkan namun cerita, suasana, dan nuansa yang dibangun cukup membuat bulu kuduk penonton merinding. Tercatat adegan yang paling mengerikan adalah ketika Nak masuk ke ruangan para budha yang sedang berdoa mengelilingi Mak. Nak tiba-tiba datang mengejutkan mereka dan berdiri di langit-langit diatas mereka dengan posisi terbalik sambil menggendong anaknya. Walaupun sosok Nak terlihat wajar namun posisi berdiri yang tidak wajar mampu membuat kengerian yang luar biasa.

Setting sangat mendukung cerita dengan membangun suasana mencekam. Pilihan setting di hutan belantara pedalaman Thailand yang kental dengan nuansa budaya lokal membuat suasananya lebih mistik. Ilustrasi musik juga menyatu dengan cerita dan tiap adegannya untuk menambah unsur ketegangan dan suasana yang mencekam.

Nang Nak merupakan kisah horor mencekam memadu dengan drama dan tragedi yang dikemas dengan baik. Tanpa sosok hantu yang menyeramkan film ini mampu menyajikan ketakutan serta kengerian luar biasa, yang jarang kita temui di film-film horor masa kini. Kisah Nak membawa pesan akan kesetiaan seorang istri pada sang suami, kesetiaan yang dibawa hingga liang kubur. Film ini secara spritual juga berbicara tentang arwah yang tersesat dan ia harus menyelesaikan masalah duniawinya sebelum menemukan ketenangan di alam baka.


PENDAPAT TENTANG FILEM NANG NAK

Kisah cinta yang tragis dan sangat menyentuh hati. Elemen seram dalam filem ini sangat menarik dan mantop bagi zamannya (1999).

Tidak sesuai bagi mereka yang bawah umur.


Berapa bintang?

6/10



Rabu, September 17, 2014

Cerita Selepas Dinner: Keistimewaan ToneExcel

Murahnya hati Tone excel byk betul keistimewaan yg akn di tambah baik.
Update dari annual dinner 2014
1. Syarikat akan beroperasi di banggunan baru 3 tingkat lengkap dengan kafe di Endah Parade pada suku ke 2, 2015

2. Bermula dari Oktober 2014, setiap pengguna Kad TE akan menikmati layanan Pelaggan Utama apabila menggunakan penerbangan AirAsia yg mana harga ditawarkan kepada pengguna TE adalah termasuk:
A. HotSeat (tempat duduk depan)
B. Percuma Makanan di dalam penerbangan
C. Kaunter khas sewaktu checkin
D. Tiada caj tambahan jika membuat pertukaran jadual penerbangan tidak kurang dari 2 jam sebelum berlepas.

3. ToneGroup akan bekerjasama dengan tunemoney yg mana setiap pengguna akan mendapat kat debit VISA/Master.

4. Bermula 16/09/2014, kepada yg menaja 11 org setiap bulan layak menyertai cabutan bertuah yg memberikan hadiah wang tunai seperti berikut:
A. Tempat pertama RM5000
B. tempat kedua RM3000
C. Tempat ketiga RM2000
Peraduan akan berakhir pada September 2015

5. Grand prize bagi penajaan terbanyak membolehkan anda memenangi hadiah tunai berupa
A. Tempat pertama RM120,000
B. Tempat kedua RM50,000
C. Tempat ketiga RM30,000

6. Incentif perlancongan tahun 2015 ialah ke Philipine dan Beijing

7. Syarikat akan melebarkan sayap ke Philipine melalui kerjasama dengan GlobeTelecom. Kini anda boleh membuat penajaan dan membina rangkaian di sana bermula 2015 (akan diberitahu kelak)

8. Syarikat menjanjikan harga caj panggilan lebih rendah dari RM0.28 seminit bermula dari 1 Oktober 2014. Pakej combo yg Data+Sms+panggilan akan diperkenalkan untuk mmberikan lebih penjimatan dan tambah nilai kepada pengguna.

9. Pembelian tiket airasia kini boleh dilakukan di semua Branch TE bermula Oktober
Xtda sebab lg untuk anda join simple jer guna Line Tone Excel da bakal dpt semuanya... xkan nk tgk jer....
"Biar puting tulang jangan putih mata"


Hubungi saya untuk dapatkan segera simkad anda

012-4196956

Ahad, Ogos 24, 2014

[Movie Review] - Lucy

MOVIE REVIEW - LUCY


Apa khabar?
Well, saya dah berjaya menonton cerita Lucy. Komen ringkas saya, cerita ni boleh dianggap sebagai hiburan sahaja. Mana ler manusia boleh menjangkau 100% penggunaan otak.


Ceritanya begini. Lucy (watak utama dalam cerita ini) berkenalan dengan seorang lelaki di bar nama Richard. Pastu dia disuruh jumpa dengan Mr. Jang. Masa tue memang ada adegan tembak dan bunuh ler. Bila je Lucy dibawa jumpa dengan Mr. Jang, dia disuruh buka beg yang ada kandungan CPH4 (ibarat bom atom katanya). Pendekkan cerita Lucy dimasukkan CPH4 itu. Selepas itu dia mendapat kuasa mendasarkan peningkatan otaknya. Dia mampu mengingati pelbagai peristiwa walaupun perkara yang berlaku pada zaman kecilnya.

Pelbagai peristiwa berlaku. Lucy pergi ke Perancis untuk bertemu Prof untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Dalam cerita ini menggambarkan bila otak dapat digunakan semaksimum;

  • boleh mengingati perkara lampau
  • boleh mengawal badan
  • boleh mengawal atom
  • kemahiran berfikir sangat tinggi
  • boleh meramal pergerakan manusia
  • menjadi sangat berani
dan paling terakhir bila mencapai 100%, kebolehan mengawal masa. Ibarat kuasa Tuhan.

Kesimpulannya, hanya Tuhan yang berkuasa!

Rabu, Ogos 20, 2014

[Movie Review] Into The Storm

[Movie Review] INTO THE STORM

Assalammualaikum.

WOW!!! itu yang boleh saya olah tentang cerita ni! Gempak seh.. Lepas je program Stabilo di SK Taman Bandar Putera kami terus ke TGV AEON Station 18.

Genre: Action
Pelakon: 
Richard Armitage
Sarah Wayne Callies
Matt Walsh
Alycia Debnam-Carey

Arlen Escarpeta


SINOPSIS INTO THE STORM


Cerita tentang pencari storm dan kisah bagaimana seorang ayah yang nak selamatkan anaknya daripada torpedo itu. Standard cerita omputeh ler..

Tapi seriuosly cite ni buat rasa macam kita sendiri dalam torpedo.

Comedy + Action! Nice...


Berapa bintang?


7/10

Selasa, Ogos 19, 2014

TEMPAHAN TSHIRT I AM HARGA TERMURAH DI PASARAN MALAYSIA


TEMPAHAN TSHIRT I AM
( HARGA TERMURAH DI PASARAN MALAYSIA )

MARI ORDER ! MARI ORDER ! MARI ORDER !

BOLEH TEMPAH DARI SEHELAI KE SEPULUH RIBU HELAI…

DAPATKAN TSHIRT I AM DAN ANDA BOLEH CETAK NAMA SENDIRI ATAU BOLEH PILIH PERKATAAN YANG ANDA INGINKAN. SEBARANG TULISAN. MAKSIMUM PERKATAAN ADALAH 7 HURUF.

TEMPAH SEKARANG !!!

TEMPOH PRE ORDER : 15/8/2014 – 21/8/2014

TEMPAHAN AKAN DI POSTLAJU PADA 23/8/2014 - 25/8/2014

TSHIRT WARNA HITAM

ADA LENGAN PENDEK DAN LENGAN PANJANG.

KAIN BERKUALITI DAN MATERIAL 100% COTTON

SIZE XS , S, M , L, XL, XXL, XXXL ( IKUT SIZE ASIA )

HARGA :

1-10 HELAI – RM27 ( TERMASUK POSTLAJU )

10-20 HELAI – RM25 ( TERMASUK POSTLAJU )

21-30 HELAI – RM23 ( TERMASUK POSTLAJU )

31-50 HELAI – RM20 ( TERMASUK POSTLAJU )

51-100 HELAI – RM18 ( TERMASUK POSTLAJU )

*SABAH & SARAWAK – TAMBAH RM5 UNTUK POSTLAJU

*LENGAN PANJANG – TAMBAH RM5

UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI :

WHATSSAP / SMS / CALL : 012 - 4196956

JANGAN LUPA BERITAHU :

1.NAMA, ALAMAT DAN NO TELEFON

2.NAMA @ PERKATAAN YANG INGIN DITULIS ATAS BAJU (HENDAKLAH TIDAK MELEBIHI 8 HURUF)

3.MEMBUAT PEMBAYARAN.

*KAMI AKAN CUBA MEMBALAS SEGALA TEMPAHAN DAN PERTANYAAN SECEPAT MUNGKIN.

BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN JUALAN KAMI UNTUK TSHIRT I AM INI, HARGA TERBAIK AKAN KAMI BERIKAN KEPADA AGEN YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA, SILA HUBUNGI WHATSSAP / SMS/ CALL : 012 - 4196956

JANGAN LUPA WHATSSAP / SMS/ CALL : 012 - 4196956




Segera!

Ahad, Ogos 17, 2014

RAWATAN KANSER BOLEH MENJEJASKAN KESUBURAN


RAWATAN KANSER BOLEH MENJEJASKAN KESUBURAN

Bagi pesakit kanser yang masih muda, belum berkahwin atau yang telah berkahwin dan belum mempunyai anak, rawatan kanser terutamanya chemotherapy sangat merisaukan mereka.

Rawatan kanser ada kalanya boleh menyebabkan kemandulan atau sukar untuk mendapatkan zurita.

Tidak kira pesakit itu lelaki atau wanita, mereka akan mengalami kesan yang sama.

Kesan yang menyebabkan ketidaksuburan ini mungkin jadi bersifat sementara atau kekal, boleh berlaku serta-merta atau mengambil masa yang agak lama selepas rawatan chemotherapy.

Ia juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya termasuk jenis kanser, ubat anti-kanser yang digunakan dalam rawatan dan umur pesakit ketika rawatan dilakukan.

Kesuburan lelaki boleh dirosakkan oleh pembedahan buah zakar (testis) atau dengan rawatan chemotherapy, atau radiation yang merosakkan kuantiti, kualiti atau DNA sperma dalam air mani.

Kesuburan pada wanita pula terganggu apabila rawatan kanser yang melibatkan kesan kepada telur, tahap hormon, atau fungsi ovari, rahim atau pangkal rahim.

Pesaki wanita boleh mendapat menopaus pramatang selepas rawatan kanser akibat kerosakan kekal pada kelenjar ovary.

Jadi sebelum mendapat rawatan kanser, pesakit sewajarnya berbincang dengan doctor yang merawat.

Menolak rawatan kanser kerana takut pada kesan sampingannya bukanlah langkah yang bijak kerana ramai pesakit yang telah meninggal dunia akibat serangan kanser yang tidak dirawat dengan sempurna.

Wallahu a’lam


-----------------------------------------------------------------------
Dapatkan simkad ajaib ToneExcel! Hubungi 012-4196956 utk lebih lanjut!
Bro Rozek
012-4196956

BERAPA LAMA SPERMA BOLEH HIDUP SELEPAS EJAKULASI


BERAPA LAMA SPERMA BOLEH HIDUP SELEPAS EJAKULASI

Jangka hayat sperma selepas ejakulasi bergantung pada keadaan. 

Sperma yang dipancutkan (ejakulasi) ke dalam faraj wanita boleh hidup dalam lendiran mukus serviks, dalam rahem wanita dan saluran fallopian selama tiga hingga lima hari. 

Persenyawaan akan berlaku selagi sperma kekal hidup. 

Sperma yang dipancutkan di luar tubuh pula hanya akan hidup ketika berada dalam air mani, selalunya hanya beberapa jam.

---------------------------------------------------------
Dapatkan simkad ajaib ToneExcel! Hubungi 012-4196956
Bro Rozek

HARI YANG TERBAIK UNTUK HUBUNGAN INTIM


HARI YANG TERBAIK UNTUK HUBUNGAN INTIM 

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAH hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid.

Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri.

Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mempunyai peluang yang cerah untuk hamil.

Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk meninggikan peluang untuk hamil.

Melakukan hubungan intim haruslah dilakukan pada kitaran yang mendatang dan diteruskan sehingga hamil.

Jangan mudah berputus asa dengan rahmat ALLAH.

-------------------------------------------------

Dapatkan simkad ajaib ToneExcel! Sila hubungi 012-4196956.
Bro Rozek

Sabtu, Ogos 16, 2014

Cerita Tentang Perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Saya tertarik apabila ada sahabat saya berbincang mengenai apa kelebihan perkahwinan ini? Kagum dengan kepetahan dia bercerita mengenai perkahwinan yang bahagia itu bagaimana. Cuma, satu kelemahan dirinya, dia masih belum berkahwin. Pelik bukan?

Dalam hidup kita ini penuh dengan pengalaman yang tersendiri. Dalam bab perkahwinan ini telah acap kali diceritakan orang-orang yang beragama, akan hadir rezeki yang lain dalam perkahwinan itu. Allah itu maha adil dan maha saksama.

Nilailah diri anda dan pasangan anda dalam perkahwinan itu.

Ada ketikanya rezeki suami berkurang, rezeki si isteri bertambah.
Ada saatnya rezeki suami bertambah, tetapi isteri pula sakit.
Ada ketikanya rezeki keluarga bertambah, tetapi anak pula bermasalah.
Ada ketikanya ditawarkan kerja yang lain, tetapi isteri pula sarat mengandung.
Ada ketikanya keluarga suami berbalah, keluarga isteri pula rapat-rapat.
Ada ketikanya pelajaran isteri jauh lebih baik dari sang suami.
Pelbagai lagi.

Kerana itu, lebih baik kita hentikan menilai sesuatu yang bukan pun kita ketahui. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Kakak saya bercerita;
Apa salahnya menghabiskan masa dan cuti yang panjang bersama ibu bapa bila susah pulang ke rumah akibat jauh bekerja di bandar? Ada juga sindiran yang tidak memahami apa yang berlaku dalam keluarga itu.
"Amboi, lama cuti?".Menariknya yang kata begitu hampir setiap minggu pulang ke rumah ibu bapanya? Adilkah begitu?

Jaga tutur bahasa kita.


Ikhlas daripada;
Bro Rozek
Motivator
ToneExcel

Majlis Perasmian Branch Seri Kembangan ToneExcel

Gambar masa majlis perasmian branch ToneExcel Seri Kembangan...
15 Ogos 2014

Kek masa perasmian

 Antara krew BisnesJaya yang hadir..


Perkongsian.. 
 Perkongsian oleh Kak Jah

Barisan HQ yang hadir... 


okbai.. tak larat nak post lebih-lebih.. eekeke :D

Gambar family masa raya

Gambar masa raya..

Okbai..

Sabtu, Ogos 09, 2014

kisah seram tandas dan berus baju

bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayangan
mahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita
sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..


Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh 
di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..
Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..
Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..



Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..
Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..
Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku..


Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..
Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..

Aku memasuki bilik air seperti biasa..
bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..
Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..
Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..
Jadi,senang untuk ke tandas..

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,
seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..
Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..
Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..

Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..
tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..
aku mengintai dari dinding ..
aku terkejut!!



YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..
bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku..
aku lihat dia menggunakan baldi aku..

YA ALLAH!!
hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..
badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu
aku terus lari ke dorm..
Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..
Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..
terasa ada benda mengelilingiku..

Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..
tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..
aku takut ia datang lagi..

Petua Tambah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Isteri Mati Disamun

KUANTAN: “Ketika memusingkan tubuh isteri yang tertiarap di atas katil, saya lihat mukanya lebam dan dia tidak sedarkan diri.
“Saya cuba mengejutkan dan memanggil namanya beberapa kali namun tiada tindak balas,” kata peniaga restoran, Sallehudin Mohd Yatim, 59, ketika menceritakan detik menyedihkan apabila dia menemui mayat isterinya, Fatimah Zaharah Sulong, 53.
Wanita itu ditemui mati dibunuh dipercayai bermotifkan samun di Perkampungan Sungai Isap II, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian antara jam 2 hingga 4 pagi itu, mangsa tinggal berseorangan manakala empat anaknya ada di Kuala Lumpur.
Dia dipercayai bergelut dengan penyerangnya yang menceroboh melalui pintu belakang sebelum muka mangsa dipercayai ditekup dengan bantal sehingga sesak nafas.
Sallehudin yang berniaga di Arked Jalan Kemunting, di sini, berkata sebelum itu dia menghubungi mangsa pada jam 3 pagi untuk menukar giliran menjaga gerai.
Menurutnya, selepas mangsa tidak menjawab panggilan telefon walaupun dihubungi hampir setengah jam, dia mengesyaki kejadian buruk berlaku lalu bergegas pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu belakang rumahnya terbuka sebelum melihat isterinya tertiarap di atas katil dalam bilik tidur.
“Tiada apa lagi yang mampu dikatakan kecuali menitis air mata selepas mendapati isteri tidak bernyawa.
“Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya tidak akan maafkan perbuatan penjenayah terbabit sampai akhirat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sallehudin berkata, sebelum keluar dari rumah untuk ke gerainya pada jam 9 malam kelmarin, dia tidak melihat sebarang perubahan aneh serta ganjil pada isterinya.
Katanya, dalam tempoh bulan lalu rumahnya dua kali dipecah masuk namun tidak membabitkan kerugian, tetapi kali ini dia percaya kejadian berkenaan membabitkan suspek sama.
Menurutnya, dalam kejadian itu dia tidak dapat memastikan jumlah kerugian sebenar selepas menyedari telefon bimbit serta beg tangan milik mangsa dilarikan.
Katanya, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, di sini, sebaik bedah siasat selesai dijalankan di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata sepasukan anggota Jabatan Forensik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan membuat siasatan di tempat kejadian bagi mengumpul bukti kejadian.
Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan dan polis percaya kejadian terbabit bermotifkan samun.
Katanya, polis memerlukan maklumat dan meminta orang ramai tampil di IPD Kuantan bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Cerita Seks Di Internet

Akhirnya aku curang terhadap suamiku; Isteri diperkosa orang lain; berbomoh; Dirogol tukang rumah dan Tini janda muda antara tajuk cerpen panas dalam sebuah laman web lucah yang menjadi tumpuan penggemar ilusi seks melampau.
Laman web yang dikesan kewujudannya sejak beberapa tahun dulu dipercayai susulan daripada sebuah laman web yang pernah dibongkarkan sebelum ini.
Kewujudan laman web itu didedahkan seorang sumber Harian Metro yang risau bahan bacaan itu bakal merosakkan minda orang ramai terutamanya golongan remaja.
Sumber itu berkata, berbeza dengan laman web sebelum ini, hanya mereka yang mahir dan orang tertentu saja dapat mengakses laman web itu memandangkan ia lebih rumit berbanding sebelum ini.
Menurutnya, beratus-ratus cerpen lucah dipercayai disumbangkan pembaca yang didakwa pengalaman mereka melakukan perbuatan itu itu sebelum ‘dibukukan’ untuk dikongsi bersama.
“Kebanyakan cerita yang dipaparkan menggunakan alunan bahasa yang mengghairahkan sehingga boleh menarik pembaca menghayati semua cerpen yang dipaparkan.
“Cerpen panas itu antara lain mengisahkan seorang isteri yang tidak dapat menahan gelora nafsu selepas ditinggalkan suaminya yang bertugas di luar kawasan sanggup berlaku sumbang dengan lelaki lain,” katanya.
Menurutnya, turut dimuatkan perilaku buruk seorang bapa mentua yang sanggup meniduri menantunya sendiri sehingga wanita itu mengandung.
Katanya, kisah seorang janda gersang yang melakukan aksi seks dengan tiga lelaki di rumahnya juga dipaparkan dalam cerpen pendek laman web ini.
“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada cerita yang dimuatkan itu berdasarkan pengalaman yang dilalui penulis atau hanya sekadar ilusi semata-mata.
“Malah, bagi menaikkan keghairahan penggemar laman web terbabit, pengendalinya turut memuat turun beberapa komik lucah memaparkan lelaki sedang ghairah melakukan hubungan seks dengan pasangannya.
“Sedar atau tidak, kewujudan cerpen lucah itu boleh mempengaruhi pelakuan remaja yang mungkin mendorong mereka untuk merasai pengalaman melakukan hubungan seks itu,” katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak orang ramai terutamanya remaja daripada terus hanyut dalam dunia ilusi yang boleh mendorong mereka melakukan perkara negatif.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, berkata kegiatan tidak bermoral berkenaan perlu dibendung segera bagi mengelak menjadi ikutan remaja yang mudah terdedah dengan perlakuan buruk itu.
“Mereka dipercayai menulis bahan itu hanya berdasarkan kepada ilusi semata-mata kerana seronok dan mendapat kepuasan melakukannya.
“Pada pandangan saya, mereka (penulis) itu mungkin ‘sakit jiwa’ kerana sanggup menghasilkan bahan berkenaan,” katanya ketika mengulas mengenai kewujudan cerpen lucah dalam laman web di sini, semalam.
Menurutnya, beliau bimbang bahan berkenaan akan menjadi ikutan remaja memandangkan golongan terbabit mudah terpengaruh dengan gejala seumpama itu.
Katanya, pengaruh bahan berkenaan mungkin boleh menyebabkan remaja terjerumus untuk melakukan jenayah seperti rogol dan mencabul kehormatan

Sayang Ibu Sanggup Berkorban

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sayang ibunya, seorang jurujual sanggup berkorban sehingga menyebabkannya maut dihempap tiang lampu apabila sempat bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal yang dinaiki mereka bagi menyelamatkan wanita itu.
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali Mohd Azlie Mohd, 20-an, dikatakan menunggang motosikal bersama ibunya, Jamnah Johari, 45, dari rumah mereka di Salak Selatan, Sungai Besi menghala pusat bandar untuk pergi ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah.
Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Loke Yew berhampiran sebuah sekolah menengah, sebatang tiang lampu secara tiba-tiba dikatakan rebah sebelum menghempap motosikal dinaiki anak beranak itu.
Panik dengan keselamatan ibunya, anak kedua daripada tiga beradik berkenaan dikatakan bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal berkenaan.
Dalam keadaan cemas itu, Jamnah yang dikatakan cedera selepas terjatuh dari motosikal akibat tolakan itu, hanya dapat melihat sahaja kejadian berkenaan tanpa berdaya menghulurkan sebarang bantuan.
Difahamkan, tiang lampu berkenaan tidak stabil dan bergoyang kerana ia pernah dilanggar kenderaan, baru-baru ini.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa bersama ibunya kebetulan lalu di kawasan itu ketika tiang berkenaan tiba-tiba rebah.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan mangsa bertindak pantas menolak ibunya jatuh dari motosikal sebelum tiang berkenaan menghempap dirinya sendiri.
“Kami yang melihat kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan dan membantu mangsa,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Khamis, Julai 24, 2014

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita PERLU Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik


Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Jurutera Jawab Cemuhan Pengkritik Kereta Proton

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.


Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.

Rahsia Tahi Lalat

1. Tahi Lalat di kepala

Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala

Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.

3. Tahi lalat di dahi

Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.

4. Tahi lalat di bulu kening kiri

Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.

5. Tahi lalat di bulu kening kanan

Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerd
as dan cekap.

6. Tahi lalat di bawah mata

Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.

7. Tahi lalat di hidung

Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.

8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan

Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.

9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)

Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.

10. Tahi lalat di alur dagu

Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.

11. Tahi lalat di telinga

Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.

12. Tahi lalat di tengkuk

Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.

13. Tahi lalat di leher

Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.

14. Tahi lalat di bahu kiri

Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.

15. Tahi lalat di bahu kanan

Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.

16. Tahi lalat di dada

Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.

17. Tahi lalat di belakang badan

Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).

18. Tahi lalat di bawah payudara

Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.

19. Tahi lalat di atas pusat

Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.

20. Tahi lalat di bawah perut

Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).

21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.

Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.

22. Tahi lalat di Kemaluan

Tahi lalat di kemaluan Wanita :

Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.

Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.

Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.

Tahi lalat di kemaluan Lelaki

Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.

Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.

23. Tahi lalat di betis

Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.

24. Tahi lalat di kaki

Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.

25. Tahi lalat di tangan kiri

Dipermudah rezekinya.

26. Tahi lalat di tangan kanan

Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.

27. Tahi lalat di pinggang

Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.

28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh

Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.

29. Tahi lalat atas bibir, di bibir

Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.