Sabtu, Ogos 16, 2014

Cerita Tentang Perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Saya tertarik apabila ada sahabat saya berbincang mengenai apa kelebihan perkahwinan ini? Kagum dengan kepetahan dia bercerita mengenai perkahwinan yang bahagia itu bagaimana. Cuma, satu kelemahan dirinya, dia masih belum berkahwin. Pelik bukan?

Dalam hidup kita ini penuh dengan pengalaman yang tersendiri. Dalam bab perkahwinan ini telah acap kali diceritakan orang-orang yang beragama, akan hadir rezeki yang lain dalam perkahwinan itu. Allah itu maha adil dan maha saksama.

Nilailah diri anda dan pasangan anda dalam perkahwinan itu.

Ada ketikanya rezeki suami berkurang, rezeki si isteri bertambah.
Ada saatnya rezeki suami bertambah, tetapi isteri pula sakit.
Ada ketikanya rezeki keluarga bertambah, tetapi anak pula bermasalah.
Ada ketikanya ditawarkan kerja yang lain, tetapi isteri pula sarat mengandung.
Ada ketikanya keluarga suami berbalah, keluarga isteri pula rapat-rapat.
Ada ketikanya pelajaran isteri jauh lebih baik dari sang suami.
Pelbagai lagi.

Kerana itu, lebih baik kita hentikan menilai sesuatu yang bukan pun kita ketahui. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Kakak saya bercerita;
Apa salahnya menghabiskan masa dan cuti yang panjang bersama ibu bapa bila susah pulang ke rumah akibat jauh bekerja di bandar? Ada juga sindiran yang tidak memahami apa yang berlaku dalam keluarga itu.
"Amboi, lama cuti?".Menariknya yang kata begitu hampir setiap minggu pulang ke rumah ibu bapanya? Adilkah begitu?

Jaga tutur bahasa kita.


Ikhlas daripada;
Bro Rozek
Motivator
ToneExcel

Tiada ulasan :

Catat Ulasan