Khamis, Februari 14, 2013

Kembara di Kelantan

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Allah masih memberikan kesempatan terhadap diriku untuk bernafas lagi. Ehem, penulisan kali ini berkisarkan tentang pengalaman ke Kelantan. Sempena Cuti Raya Cina baru-baru ini, z berpeluang ke negeri yang digelar serambi Mekah, Kelantan. Sayu sebenarya hati ini bila ke sana, kerana banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini.

Perjalanan melebihi 8 jam dari Puncak Alam, memang melelahkan. Kehadiran disambut sangat baik satu keluarga di sana. Tinggal di sana 7 - 12 Februari 2013. Entah kenapa, setiap malam aku menangis di sana, mungkin terkenangkan kesilapan lalu. Aku panjat syukur ke hadrat Allah sejak bulan Januari lalu, setiap malam aku tidak tinggalkan solat malam. Aku berasa seperti ada kekuatan dalam hidup aku saat ini.

Puncak Alam --> Binjai --> Kenduri kahwin -->Wakaf Che Yeh --> Rantau Panjang --> Jeram ape tah--> Jeli --> Puncak Alam.

Jika diikutkan, banyak tempat yang pergi melawat, tetapi sayang sekali gambar tak tangkap, sebab nak elakkan hati terasa sayu. Dan banyak juga cerita yang boleh diceritakan, tetapi biarlah ia menjadi kenangan di dalam hati ini.

Terfikir, inikah saat aku mencari zaujahku kembali?

Selasa, Februari 05, 2013

Coretan Malam - Allah beri yang terbaik

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, panjat syukur ke hadrat Ilahi masih lagi berkesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Coretan kali ini sekadar meluahkan sedikit perasaan. Mungkin ini sebagai coretan penghibur hati.

Allah akan berikan yang terbaik kepada kita jika bersabar

Saya masih teringat lagi, kata-kata ini sering menjadi bahasa saya ketika menyampaikan motivasi. Kerana itu juga ia sering menjadi ingatan kepada saya. Adakalanya saya sebagai manusia yang hatinya sangat lemah, tidak mampu bersabar dalam semua perkara. Mulalah saat itu berderai air mata saya, sujud terakhir menjadi peneman saya sentiasa. Mereka yang tidak mengenali saya, mungkin melihat saya sebagai seorang yang sangat ceria, tetapi saya cuma ini pemendam orangnya.

Maafkan hati jika tidak sempurna mengingatiMu..

Jujurnya hingga kini saya masih lagi risau kondisi si dia. Setiap masa saya terfikir untuk hubungi dia, namun saya gagahkan diri untuk bersabar. Saya yakinkan diri, dengan hubungi dia mungkin saya akan bebankan dia dengan masalah. Saya pujuk hati saya, jika dia dalam kesusahan dan perlukan pertolongan saya, dia akan hubungi. Saya juga letakkan dalam diri, pasti dia ada orang yang akan bantu dia segalanya.

Cinta Manusia Itu..

Saya pernah bahagia, ketawa dan sedih. Banyak pengajaran yang saya dapat. Tiada yang sempurna di dunia ini. Saya masih lagi sempat bertaubat. Sempat lagi bertahajjud, sempat lagi berbakti. Dan segalanya Allah yang tentukan. Saya yakin percaturan Allah sangat adil untuk saya. Cukuplah saya khianati AMANAH yang telah diberikan selama ini.

Saya tidak lagi kecewa..

Apabila tiada yang melayan, tiada lagi yang membantu, tiada lagi yang bertanya. Kesunyian itu timbul, tetapi cepat-cepat saya ke tempat saya boleh lakukan pekerjaan. Jika tidak, berderai air mata ini. Siapa saya untuk menyalahkan takdir andai saya sendiri yang rosakkannya. Cukuplah solat tahajjud peneman saya, cukuplah Allah untuk mendengar kesedihan saya. Saya tidak perlukan lebih daripada apa yang saya ada sekarang.

Keluarga adalah masa depan saya..

Banyak yang saya boleh lakukan. Saya cuba bangkit daripada kesedihan ini. Ini janji saya kepada diri saya sendiri. 

Saya ikhlas keranaMu Ya Allah.

Jumaat, Februari 01, 2013

Cerpen: Mencari Sinar Ilahi

Haha. Nurkilan ini dibuat untuk seorang sahabat Z yang bertemu saat sama-sama sertai bengkel penulisan dulu. Wah, semenjak ini berani pula Z post karangan. Dulu terasa segan sebab takut idea diciplak, dan rugi la pula sebab cerpen-cerpen dulu banyak dipadam dan hilang akibat kerosakkan komputer. Lupakan, hidup sebagai penulis harus diteruskan. Woot woot..hihi..Neway, terimalah;

Tajuk: Mencari Sinar Ilahi

Anak,
Berderu angin pagi ini, sejuknya hingga terasa di tulang sum-sum Papa ini... Alhamdulillah, Papa memanjat syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.
Awan mendung berarak seperti gelora hati Papa. Hati Papa merasa kagum atas kebesaran ciptaanMu ya Allah, yang kekuasaanNya tiada bandingan.

"Papa, mengapa Mama tinggalkan kita", soalmu suatu ketika dulu.
"Allah sayangkan dia, nak. Mama kembali kepada Penciptanya. Tapi, suatu masa nanti dengan izin Dia kita dapat bertemu kembali dengan Mama". Ku harap kata-kataku dapat dimengerti insan kecil ini.

Anakku, maafkan Papa kerana tidak menjadi Papa yang sempurna, dan maafkan Papa kerana permintaan Anak tidak dapat Papa tunaikan. Ketahuilah anakku, Mama pergi dalam wajah yang begitu tenang sekali.

"Papa, mengapa kita miskin?" Tanyamu lagi.
"Anak, rezeki itu milik Allah. Tengok Papa ini, setiap hari bekerja kan? Dan anak papa ini setiap hari dapat makan makanan yang sedap-sedap. Dan dapat pakai baju cantik-cantik"

Anakku, Papa mencari rezeki adalah untukmu dan kepenatan Papa akan hilang setelah melihat senyumanmu. Jika Papa memiliki banyak harta sekalipun, itu tidak bermakna jika tidak dapat melihat senyumanmu kelak.

"Papa, dalam kereta ini panaslah". Rungutmu di dalam kereta.
"Anak, ini baru je sikit kepanasannya. Di Akhirat sana nanti, siapa yang sentiasa buat baik, tak tinggal solat, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, akan diberikan Syurga. Ehem, memang la kereta ini panas Nak, Papa lupa pasang aircondnya" Candaku.

Anakku, Papa selalu mendoakan keluarga Papa akan ditempatkan di golongan orang-orang Mukmin.

"Papa, mengapa Papa sakit?"
"Anak, bersabar ya! Setiap kesakitan itu penghapus dosa. Banyakan berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kesihatan kepada kita."

Anakku, andai inilah nurkilan terakhir untukmu.

Maafkan Papa di atas kelemahan Papa. Papa sentiasa mendoakan kesejahteraan Anak. Suatu masa nanti, kita akan bertemu jua, dihimpunkan bersama-sama di tempat yang sungguh indah.
Anakku, nyawa Papa bila-bila masa akan tiada. Andai surat ini sampai ketika saat itu, usahlah bersedih. Kita akan bertemu jua kelak.
Namun, hingga saat itu, izinkan Papa bersujud memuji Allah.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ikhlas dari,
Papa.

Note: Nampak tak kemalasan tue. Nampka tak? Haha :D