Jumaat, Februari 01, 2013

Cerpen: Mencari Sinar Ilahi

Haha. Nurkilan ini dibuat untuk seorang sahabat Z yang bertemu saat sama-sama sertai bengkel penulisan dulu. Wah, semenjak ini berani pula Z post karangan. Dulu terasa segan sebab takut idea diciplak, dan rugi la pula sebab cerpen-cerpen dulu banyak dipadam dan hilang akibat kerosakkan komputer. Lupakan, hidup sebagai penulis harus diteruskan. Woot woot..hihi..Neway, terimalah;

Tajuk: Mencari Sinar Ilahi

Anak,
Berderu angin pagi ini, sejuknya hingga terasa di tulang sum-sum Papa ini... Alhamdulillah, Papa memanjat syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.
Awan mendung berarak seperti gelora hati Papa. Hati Papa merasa kagum atas kebesaran ciptaanMu ya Allah, yang kekuasaanNya tiada bandingan.

"Papa, mengapa Mama tinggalkan kita", soalmu suatu ketika dulu.
"Allah sayangkan dia, nak. Mama kembali kepada Penciptanya. Tapi, suatu masa nanti dengan izin Dia kita dapat bertemu kembali dengan Mama". Ku harap kata-kataku dapat dimengerti insan kecil ini.

Anakku, maafkan Papa kerana tidak menjadi Papa yang sempurna, dan maafkan Papa kerana permintaan Anak tidak dapat Papa tunaikan. Ketahuilah anakku, Mama pergi dalam wajah yang begitu tenang sekali.

"Papa, mengapa kita miskin?" Tanyamu lagi.
"Anak, rezeki itu milik Allah. Tengok Papa ini, setiap hari bekerja kan? Dan anak papa ini setiap hari dapat makan makanan yang sedap-sedap. Dan dapat pakai baju cantik-cantik"

Anakku, Papa mencari rezeki adalah untukmu dan kepenatan Papa akan hilang setelah melihat senyumanmu. Jika Papa memiliki banyak harta sekalipun, itu tidak bermakna jika tidak dapat melihat senyumanmu kelak.

"Papa, dalam kereta ini panaslah". Rungutmu di dalam kereta.
"Anak, ini baru je sikit kepanasannya. Di Akhirat sana nanti, siapa yang sentiasa buat baik, tak tinggal solat, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, akan diberikan Syurga. Ehem, memang la kereta ini panas Nak, Papa lupa pasang aircondnya" Candaku.

Anakku, Papa selalu mendoakan keluarga Papa akan ditempatkan di golongan orang-orang Mukmin.

"Papa, mengapa Papa sakit?"
"Anak, bersabar ya! Setiap kesakitan itu penghapus dosa. Banyakan berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kesihatan kepada kita."

Anakku, andai inilah nurkilan terakhir untukmu.

Maafkan Papa di atas kelemahan Papa. Papa sentiasa mendoakan kesejahteraan Anak. Suatu masa nanti, kita akan bertemu jua, dihimpunkan bersama-sama di tempat yang sungguh indah.
Anakku, nyawa Papa bila-bila masa akan tiada. Andai surat ini sampai ketika saat itu, usahlah bersedih. Kita akan bertemu jua kelak.
Namun, hingga saat itu, izinkan Papa bersujud memuji Allah.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ikhlas dari,
Papa.

Note: Nampak tak kemalasan tue. Nampka tak? Haha :D

Tiada ulasan :

Catat Ulasan