Khamis, Januari 14, 2016

TIPS LULUS PTD 2016 KERJA KERAJAAN

PTD 2016 19 JANUARI 2016

Peperiksaan PTD 2016 bakal diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sektor kerajaan. Menurut SPA, seramai 70,000 calon ditawarkan bagi menduduki peperiksaan online yang bakal diadakan pada 19 Januari 2016 ini. Sebagai calon, adakah anda bersedia?


Berdasarkan pengalaman beberapa sahabat saya yang menduduki peperiksaan PTD, ada beberapa format yang patut diketahui.


RUJUKAN EXAM PTD 2016


SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya  agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Jika anda mahu rujukan bagi peperiksaan PTD, anda boleh dapatkan di sini: KLIK SINI
Pakej ini akan sentiasa di update selama 3 tahun! Sangat berbaloi untuk anda!!



Terima kasih..

Misteri Jam 12 14 Januari 2016

MISTERI JAM 12 (MJ12)


VIDEO MISTERI JAM12 - 14 JANUARI 2016




Pertukaran Jadual RIA 89.7FM

RIA 89.7FM


Pertukaran rancangan bermula 4 Jan 2016 diudara Ria 897FM



6 pagi -10 pagi - Ro t i Bakar Teh Tarik Bersama KC
10 pagi - 2 ptg - The Ow-some Show Bersama Fiza O
2ptg - 6 ptg - i-Overdose Bersama Azlin Ali
6 ptg - 10 mlm - Singa Maksima Bersama Dzar Ismail
10 mlm - 2 pagi - Dyn-gerous & MJ12 Bersama Dyn Norahim





Nota: DJ Misteri Jam 12 pun dah bertukar. Terima kasih Dzar kerana sudi dikritik kami :)

Rabu, Januari 13, 2016

22 Alasan Bercerai Yang Tidak Masuk Akal dan Merepek

ALASAN BERCERAI






Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendedahkan 22 alasan bercerai yang tidak masuk akal dan merepek. Peliknya bagi Bro Rozek, tetapi bagi anda mana yang lebih pelik. Antara 22 alasan tersebut adalah:


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju. 
  22. Berebut rancangan televisyen.

Mungkin sahabat sekalian merasakan ini sangat melucukan tetapi itulah realiti pada zaman sekarang.



JANAM JANAM JANAM

REVOLUSI MUZIK JANAM JANAM DI MALAYSIA


Hello Guys!!


Sekarang ni lagu JANAM JANAM JANAM menjadi satu viral terbaru di Malaysia hinggakan ramai vblogger menghasilkan video klip mereka. Antara vblogger dan artis Malaysia antaranya Sheryl Shazwanie, Shila Amzah, Amira,


1. Sheryl Shazwanie



2. Shila Amzah







4. Wazuwardi





Setiap hari makin bertambah video-video JANAM JANAM ni. Well, biasanya video DIWALI ni tengah popular lagi. Dan saya rasa pastinya akan wujud video PARODY kelak. Kikikiki..


Terima kasih..


Bro Rozek
www.ruzaini.com.my