Rabu, Januari 13, 2016

22 Alasan Bercerai Yang Tidak Masuk Akal dan Merepek

ALASAN BERCERAI






Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendedahkan 22 alasan bercerai yang tidak masuk akal dan merepek. Peliknya bagi Bro Rozek, tetapi bagi anda mana yang lebih pelik. Antara 22 alasan tersebut adalah:


  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju. 
  22. Berebut rancangan televisyen.

Mungkin sahabat sekalian merasakan ini sangat melucukan tetapi itulah realiti pada zaman sekarang.



Tiada ulasan :

Catat Ulasan