Khamis, Januari 14, 2016

TIPS LULUS PTD 2016 KERJA KERAJAAN

PTD 2016 19 JANUARI 2016

Peperiksaan PTD 2016 bakal diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sektor kerajaan. Menurut SPA, seramai 70,000 calon ditawarkan bagi menduduki peperiksaan online yang bakal diadakan pada 19 Januari 2016 ini. Sebagai calon, adakah anda bersedia?


Berdasarkan pengalaman beberapa sahabat saya yang menduduki peperiksaan PTD, ada beberapa format yang patut diketahui.


RUJUKAN EXAM PTD 2016


SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya  agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Jika anda mahu rujukan bagi peperiksaan PTD, anda boleh dapatkan di sini: KLIK SINI
Pakej ini akan sentiasa di update selama 3 tahun! Sangat berbaloi untuk anda!!



Terima kasih..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan