Ahad, Januari 09, 2011

Mengawal Api Kemarahan

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Tidur yang harus dikejutkan

Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis.

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.

3. Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid.

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.

7. Jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh.

8. Jika tidur selepas azan.

9. Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh.

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh.

11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu ?tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SAW bersabda :?Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya.

Mengapa Suami Suka Makan Luar

Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Kes makan luar ini boleh melibatkan orang ketiga termasuklah mamak, makcik mee rebus ataupun peniaga tomyam.
 
Kadangkala isteri telah bersusah payah menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan tetapi suami tetap nak makan luar. Berbagai cara telah dicuba termasuklah menukar resepi hampir setiap hari dengan hiasan pinggan yang exotic dan dianggap boleh membuka selera suami. Namun suami tetap bernafsu dengan masakan kedai dan suka makan diluar.
 
Hasil dari satu kajian dikalangan suami, antara sebab-sebab mengapa suami suka makan luar ialah :
 
1. Suasana sekeliling dan cuaca


Jika makan atau minum dikedai mamak suasananya lebih membuka selera walaupun keadaan lebih bising dan kelam kabut dengan jerik pekik dan bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Kadangkala terpaksa berpindah tempat duduk dua tiga kali disebabkan oleh hujan yang tempias. Itupun dikira masih selesa dan boleh menambah selera.
  
2. Minuman

Teh tarik kedai mamak lebih sedap dan lemak kerana susu yang digunakan dikedai mamak berbeza cap nya dari susu yang digunakan dirumah. Cara mamak menarik teh lebih panjang dan lebih tinggi dari cara isteri menarik teh tersebut dirumah.

Dikedai juga terdapat variety teh seperti teh tongkat ali, kopi jantan ataupun kopi radix. Dirumah teh hanyalah campuran teh, gula dan susu. Tidak seperti teh dikedai yang kadangkala boleh mencapai 30 dalam 1.
 
3. Makanan

Nasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.
  
4. Masakan

Tomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh "adik-adik" yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.
  
5. Cawan dan gelas

Minuman yang dihidangkan dikedai lebih sedap walaupun dihidangkan didalam cawan atau gelas yang berminyak dan telah dikongsi entah berapa orang pelanggan sebelum kita meneguknya.
  
6. Pinggan mangkuk

Makanan yang dihidangkan dikedai lebih sedap dan membuka selera walaupun pinggan tanpa jenama tersebut hanyalah berharga tidak lebih dari RM3 sekeping dan tiada sebarang bunga atau ukiran sebagai penghias. Sedangkan makanan dirumah dihidangkan didalam pinggan mangkuk yang berjenama mahal serta penuh dengan bunga dan hiasan yang menarik.
  
7. Kerusi meja

Makan dikedai lebih menyelerakan walaupun diatas kerusi dan meja plastik. Padahal dirumah sendiri kerusi yang empuk serta meja yang teguh penuh dengan hiasan bungaan dan ukiran.
  
8. TV dan layar besar

Makan diluar boleh sambil-sambil menonton TV atau tayangan dilayar besar, walaupun ketika itu hanya ditayangkan perlawanan gusti yang memang tak minat untuk ditonton. Makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap.
  
9. Pelayan

Diluar lebih berselera makan walaupun dilayan oleh mamak yang pure dari India atau bangla yang bau ketiaknya bercampur baur dengan rempah kari. Padahal dirumah sendiri isteri sentiasa wangi dan berpakaian seolah-olah nak masuk tidur.
 
10. Jarak perjalanan

Sanggup berjalan berbatu-batu hanya kerana ingin sangat nak makan diluar. Biar hujan, biar ribut, biar panas terik, sanggup basah kuyup atau berlenggeng peluh semata-mata untuk segelas teh tarik.
  
11. Hiruk pikuk

Dikedai lebih hiruk pikuk dengan sorakan manusia, tambah-tambah lagi dimusim piala dunia. Tidak pulak sisuami merungut bising dan terlekat atau tidak selesa. Dirumah sendiri walaupun suasana waktu makan yang syahdu serta romantik, masakan tetap tidak sedap.
  
12. Kena bayar mahal

Teh tarik sanggup dibayar dengan harga RM2 segelas, padahal kosnya tak sampai 40 sen. Itu belum lagi termasuk bayaran parking dan "sedekah" pada kanak-kanak yang datang menjual tisu atau kalendar.
  
Memang tak boleh nak buat apa.... memang dah tabiat dia camtu.

  
Jadi... jika suami anda suka makan luar walaupun sudah puas dileterkan, biarkan saja. Tak guna anda terus berleter, buat kering tekak saja. Tindakan yang terbaik ialah teruskan menyediakan makanan. Biarpun hanya anda dan anak-anak yang menikmatinya.

 Suami memang cepat jemu dengan hidangan dirumah. Tambah-tambah lagi jika asyik-asyik makan ayam goreng, daging masak kicap dan sayur taugeh.
  
Sekali sekala cubalah pulak masak daging goreng, ayam masak kicap dan goreng taugeh.
  
Setelah penat memasak jangan lupa menghidangkannya diatas pinggan yang berbunga-bunga dan penuh ukiran.
  
Akhir sekali jangan lupa menyediakan tuala untuk lap tangan dan mulut.
  
SELAMAT MEMASAK UNTUK KERUKUNAN RUMAHTANGGA..




"Hahaha..artikel ini sekadar hiburan. Hargailah isteri anda selagi berkesempatan"

Petua Menjaga Hati Perempuan

1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatuyang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Petua Mengasihani Isteri

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

Petua Mengasihani Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

Isnin, Januari 03, 2011

Perihal Lelaki Yang Jatuh Cinta

Bagaimana mengetahui betapa seorang lelaki menyintai pasangannya..? Itulah yang merungsingkan hati perempuan apabila dia cuba mengetahui hati pasangannya. Penulisan di bawah ini cuba menguraikan beberapa perkara yang memberi jawapan kepada tindakan seorang lelaki yang benar-benar menyintai diri anda.

1. Mengambil berat

Lelaki akan menjadi seorang yang gentle terhadap pasangannya. Beliau akan cuba sedaya upaya mengambil tahu apa yang berlaku terhadap pasangannya. Kadangkala dia akan
menjadi terlebih mengongkong walhal perempuan tersebut cuma keluar dengan rakan sekerjanya! Itu tanda normal dan itu sebaiknya. Cuma jangan terlebih mengongkong sehingga mengabaikan hak sosial perempuan tersebut. Sebab lelaki yang terlalu mengongkong neh sudah pasti akan ditinggalkan. Percayalah.

2. Cepat marah dan terasa

Selalu kan teman wanita ditegur oleh kekasihnya? Biasa la. Seorang lelaki akan berasa lebih hebat daripada pasangannya. Perkara ini normal. Tentu jelik kan bila melihat lelaki dimarahi perempuan kan? Sebab hakikat kejadian lelaki dijadikan sebagai khalifah. Kerna itulah apabila seorang perempuan ingin menasihati pasangannya haruslah menggunakan perkataan yang tidak merendahkan pasangannya. Memanglah lelaki tidak sempurna tetapi ingatlah! Apabila perempuan sudah berkahwin, perempuan itu harus taat kepada suaminya lebih daripada ibu bapanya. Tahu kan? Jadi, buangkan emosi keterlaluan terhadap dia. Lihatlah dia dengan teliti dan cuba fahami betapa besar tanggungjawab dirinya apatah lagi ketika dia cuba memujuk hati anda yang merajuk tanpa sebab.

3. Mengharapkan pasangan mudah memahami hatinya.

Ini yang sebenarnya punca mengapa seorang lelaki mudah merajuk dengan pasangannya. Pelik tak kalau saya katakan, lelaki mempunyai masalah tetapi malu untuk luahkan tetapi mengharapkan pasangannya mengetahui kesusahannya? Saya faham mengapa lelaki susah difahami. Sebenarnya, mudah sahaja membaca hati lelaki. Bila dia mendiamkan diri tanpa menegur anda itulah tanda dia mempunyai perkara yang perlu difikirkan. Perempuan lebih utamakan perasaannya. Bayangkan lelaki cuba mengelak daripada bergaduh apabila mempunyai masalah lain, tetapi pasangannya menganggap dia telah diabaikan. Dan tentunya berlaku salah faham di situ. Perempuan seharusnya bertenang, kerna perempuan yang tenang itu mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi daripada perempuan yang terlebih emosi.

4. Banyak bercerita kejayaannya.

Orang pertama yang dia akan beri signal sekiranya dia berjaya beroleh sesuatu. Itulah tanda seorang lelaki sudah bersedia berkongsi segalanya dengan perempuan tersebut. Orang yang berjaya di luar sana ramai namum mengapa cuma pasangan sahaja yang lebih mengagumi pasangannya? sebab itu silalah jangan pandang rendah terhadap kejayaan seseorang. Tidak  berharga bagi anda tetapi sangat berharga bagi dirinya.

5. Suka menyembunyikan kesusahan hatinya.


Oh, jangan mudah menerima apabila lelaki mengatakan dia boleh mengatasi masalah walhal ketika itu anda mengetahui dia mempunyai masalah berat. Pertimbangkan perihal ego lelaki. Lelaki merasa dipandang rendah apabila orang mengetahui kesusahannya. sebab itu mereka lebih banyak sembunyikan masalahnya terutama dengan orang yang disayanginya. Cuba fahami kekasih anda. Dan bayangkan perasaan dia. Bila dia ceritakan masalah dia kepada anda (perempuan), sudah pasti anda akan risau kan? Dan bayangkan anda menangis kerana kesusahannya? Ketahuilah, mungkin itu akan menjadikan dia lebih berhati-hati menceritakan masalah dia. Orang lelaki akan berasa bersalah melihat air mata perempuan mengalir kerana dia.

6. Tidak mudah melepaskan pasangannya pergi.


Ini yang berat. Walaupun kadangkala hubungan tersebut tidak mampu diselamatkan lagi, namun dek kerana hati lelaki tersebut masih terbuku nama perempuan itu, maka dia pasti akan mencuba pelbagai cara untuk mendapatnya kembali walaupun perkara di luar jangkaan! Nasihat saya mudah. Bila ingin tinggalkan seorang lelaki, pastikan anda sudah mempunyai pasangan yang lain. Jika tidak, dia pasti menanti anda sehingga akhir hayat. Ingat, kesetiaan seorang lelaki adalah di luar jangkaan. Jika dia setia, sudah pastinya pasangan dia akan bahagia walaupun perempuan itu sebelum ini tidak menyintainya.

7. Sanggup lakukan apa sahaja terhadap pasangannya.

Yang ini patut anda mengerti sendiri.

Itu sahaja yang rajin ditaip penulis. Sekarang penulis tengah menaip tajuk;

"Sifat kebiasaan yang dilakukan oleh seorang perempuan yang dikecewakan oleh lelaki."