1. Mengambil berat
Lelaki akan menjadi seorang yang gentle terhadap pasangannya. Beliau akan cuba sedaya upaya mengambil tahu apa yang berlaku terhadap pasangannya. Kadangkala dia akan
menjadi terlebih mengongkong walhal perempuan tersebut cuma keluar dengan rakan sekerjanya! Itu tanda normal dan itu sebaiknya. Cuma jangan terlebih mengongkong sehingga mengabaikan hak sosial perempuan tersebut. Sebab lelaki yang terlalu mengongkong neh sudah pasti akan ditinggalkan. Percayalah.
2. Cepat marah dan terasa
Selalu kan teman wanita ditegur oleh kekasihnya? Biasa la. Seorang lelaki akan berasa lebih hebat daripada pasangannya. Perkara ini normal. Tentu jelik kan bila melihat lelaki dimarahi perempuan kan? Sebab hakikat kejadian lelaki dijadikan sebagai khalifah. Kerna itulah apabila seorang perempuan ingin menasihati pasangannya haruslah menggunakan perkataan yang tidak merendahkan pasangannya. Memanglah lelaki tidak sempurna tetapi ingatlah! Apabila perempuan sudah berkahwin, perempuan itu harus taat kepada suaminya lebih daripada ibu bapanya. Tahu kan? Jadi, buangkan emosi keterlaluan terhadap dia. Lihatlah dia dengan teliti dan cuba fahami betapa besar tanggungjawab dirinya apatah lagi ketika dia cuba memujuk hati anda yang merajuk tanpa sebab.
3. Mengharapkan pasangan mudah memahami hatinya.
Ini yang sebenarnya punca mengapa seorang lelaki mudah merajuk dengan pasangannya. Pelik tak kalau saya katakan, lelaki mempunyai masalah tetapi malu untuk luahkan tetapi mengharapkan pasangannya mengetahui kesusahannya? Saya faham mengapa lelaki susah difahami. Sebenarnya, mudah sahaja membaca hati lelaki. Bila dia mendiamkan diri tanpa menegur anda itulah tanda dia mempunyai perkara yang perlu difikirkan. Perempuan lebih utamakan perasaannya. Bayangkan lelaki cuba mengelak daripada bergaduh apabila mempunyai masalah lain, tetapi pasangannya menganggap dia telah diabaikan. Dan tentunya berlaku salah faham di situ. Perempuan seharusnya bertenang, kerna perempuan yang tenang itu mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi daripada perempuan yang terlebih emosi.
4. Banyak bercerita kejayaannya.
Orang pertama yang dia akan beri signal sekiranya dia berjaya beroleh sesuatu. Itulah tanda seorang lelaki sudah bersedia berkongsi segalanya dengan perempuan tersebut. Orang yang berjaya di luar sana ramai namum mengapa cuma pasangan sahaja yang lebih mengagumi pasangannya? sebab itu silalah jangan pandang rendah terhadap kejayaan seseorang. Tidak berharga bagi anda tetapi sangat berharga bagi dirinya.
5. Suka menyembunyikan kesusahan hatinya.
Oh, jangan mudah menerima apabila lelaki mengatakan dia boleh mengatasi masalah walhal ketika itu anda mengetahui dia mempunyai masalah berat. Pertimbangkan perihal ego lelaki. Lelaki merasa dipandang rendah apabila orang mengetahui kesusahannya. sebab itu mereka lebih banyak sembunyikan masalahnya terutama dengan orang yang disayanginya. Cuba fahami kekasih anda. Dan bayangkan perasaan dia. Bila dia ceritakan masalah dia kepada anda (perempuan), sudah pasti anda akan risau kan? Dan bayangkan anda menangis kerana kesusahannya? Ketahuilah, mungkin itu akan menjadikan dia lebih berhati-hati menceritakan masalah dia. Orang lelaki akan berasa bersalah melihat air mata perempuan mengalir kerana dia.
6. Tidak mudah melepaskan pasangannya pergi.
Ini yang berat. Walaupun kadangkala hubungan tersebut tidak mampu diselamatkan lagi, namun dek kerana hati lelaki tersebut masih terbuku nama perempuan itu, maka dia pasti akan mencuba pelbagai cara untuk mendapatnya kembali walaupun perkara di luar jangkaan! Nasihat saya mudah. Bila ingin tinggalkan seorang lelaki, pastikan anda sudah mempunyai pasangan yang lain. Jika tidak, dia pasti menanti anda sehingga akhir hayat. Ingat, kesetiaan seorang lelaki adalah di luar jangkaan. Jika dia setia, sudah pastinya pasangan dia akan bahagia walaupun perempuan itu sebelum ini tidak menyintainya.
7. Sanggup lakukan apa sahaja terhadap pasangannya.
Yang ini patut anda mengerti sendiri.
Itu sahaja yang rajin ditaip penulis. Sekarang penulis tengah menaip tajuk;
"Sifat kebiasaan yang dilakukan oleh seorang perempuan yang dikecewakan oleh lelaki."
anda sedang jatuh cinta ke ?
BalasPadamoh..rahsia :D
BalasPadam