Selasa, Januari 17, 2017

Aplikasi Mobile Mungkin Menjadi Trend 2017 di Malaysia

Hi semua!


Di Malaysia kita jarang dengar mengenai promosi tentang bina Aplikasi ini.
Bagi saya, ia memerlukan seseorang yang menjadi ikon barulah market akan berkembang.


Contohnya:
Sebelum Tuan Azizan Osman menjadi pembakar semangat 'Bangkit" dalam perniagaan, jarang kita dengar orang Melayu nak mula berniaga.

Memang ada insan-insan lain yang berjuang sebelum itu, tetapi apa responnya?

Selepas keupayaan Tuan Azizan Osman barulah muncul pelbagai sifu dan siput lain dalam pasaran kita. "Dari Kerdil Sekarang Raksasa", "7 Tarikan Magnet Duit" dan sebagainya.


Saya meraikan semua orang,buatlah asalkan niat membantu orang lain. Jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Trend aplikasi ni bila akan bermula?

Dunia teknologi semakin cepat berkembang.
Sangat-sangat cepat!

Dulu kalau nak buat aplikasi ini macam-macam kena buat.
Kadang-kadang rasa macam nak give up je (yup, sebab susah sangat!)

Tapi lepas 2 tahun bermain dengan Android Studio, akhirnya ia membuahkan hasil.
Realitinya ada potensi yang sangat besar!

Ada berbilion orang gunakan aplikasi di telefon mereka.

So, apa strategi nak guna di aplikasi ini?
Contoh termudah bagi pemilik website (blogger tegar)
Pemilik website ini boleh menggalakkan pengunjungnya supaya sentiasa mengikuti perkembangannya. Caranya?
Dengan meletakkan fungsi Push Notification, blogger boleh menghantar notifikasi kepada semua pembaca yang telah install. Menarik bukan?