Khamis, Januari 31, 2013

Status: Kenapa Wanita Kahwin Lambat

..Hihi..Ada topik yang Admin "Bercinta Lepas Nikah" berikan.



Z pun respon begini;

 
Hihi..Amboi,tak lama post terus banyak yang like. Semua perempuan pula tue. InshaAllah, kita sama-sama ambil pengajaran, ya?

Rabu, Januari 30, 2013

KERANA DIA SEORANG AYAH

KERANA DIA SEORANG AYAH

Seorang LELAKI datang ke kedai KOMPUTER, melihat2 seperti pelanggan lain.. Dari kedut wajahnya, gelap warna kulitnya, dan pakaiannya, dia bukanlah seorang yang berada.... Mungkin dia seorang pesawah, atau pekebun di kampung...
Pembantu kedai menegurnya.. “Nak beli laptop Pakcik? Untuk anak ke?"...
Jawab Pakcik: "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar, biarlah dia belajar - yang mana yang bagus?"..
Pembantu kedai menunjukkan beberapa jenis laptop dan harganya sekali... dia mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus, mahal pakcik - tapi kalau setakat nak belajar, yang ni lah, Dell - seribu seratus lebih je..."... Pakcik itu terdiam, dan seperti sedang berfikir.... Kemudian dia berkata: "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." – Pakcik itu pun pergi...

BEBERAPA HARI KEMUDIAN, Pakcik itu datang lagi... Kali ini dengan anaknya – perempuan.... "Laptop yang hari tu, ada lagi tak?".. "Ada pakcik... Yang nie, Dell haritu..”...
Pakcik itu bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke nak?" - "Ermmm, ok ke nie? Murah je - karang rosak, susah..." jawab anaknya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang Acer nie boleh tak, ayah?", Ayahnya terdiam seketika..
"Yang Acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..."... Pakcik itu menoleh kepada anaknya... "Oklah, yang inilahh.." jawab anaknya...
Pakcik itu pun mengeluarkan satu envelop terpakai dari poket seluarnya, yang digunakan untuk mengisi wang.... Dia menyerahkan duit kepada pembantu kedai - "Saya jual pakcik, Terima Kasih ya..."...
Dia dan anaknya meninggalkan kedai...
Sambil mengira duit yang diberikan, pembantu kedai rasa sebak.. dia menahan airmata - Wang kertas RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50... Pembantu kedai itu membayangkan, berapa lama Pakcik itu menyimpan wang untuk membiayai pengajian anaknya... – Dia terus mengalirkan air mata, mengenangkan dia juga seorang ayah... Susah payah hendak menanggung keluarga..

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan dosa kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku dari semenjak aku masih kecil... Amiinnnnn."..

Cinta Ulu Yam

Cinta Ulu Yam

"Semalam kanda kira ada 100 bintang, tetapi hari ini kanda kira cuma nampak 99 bintang sahaja! Dinda tahu kenapa? Sebab kanda belum kira lagi bintang di hadapan kanda ini. Yang sentiasa menyinari hidup kanda. I love you"

Tersenyum aku apabila teringat peristiwa itu. Saat itu kami sedang berbulan madu di Ulu Yam, menghabiskan cuti bersama di mana tempat kali pertama kami berjumpa. Terimbas kenangan pertama kali berjumpa. Entah kenapa hati ini tertarik melihat kelakuannya, melayan karenah adik-adik kumpulannya. Jeletahnya selalu membuat onar di dalam dewan membingit suasana, dan saat itulah aku mengenali sikapnya. Seorang yang periang, suka mengusik, kelakuannya sedikit aneh tetapi ada juga sikap buruknya, tidak menepati masa! Tetapi dia bijak memberikan alasan, entah apa jampi yang dia gunakan. Memang ketika itu ada masanya timbul rasa geram, ah sebenarnya rasa cemburu melihat kepetahannya berkata!

"Al-fadil Sheikh Rozek, boleh tak anta datang awal sikit? Kesian kumpulan menanti kehadiran anta! Mana tanggungjawab anta sebagai pembimbing mereka?" Itulah bicara pertama aku ketika berbual dengannya.
"Ehem, ya sayang Cik Puan Sri Datin Hana! Bukan tidak mahu awal, tetapi Beta mahu mengajar anak-anak didik Beta menjadi bertanggungjawab terhadap kumpulan ketika ketiadaan Beta. Bukankah kita mahu mendidik mereka menjadi pemimpin yang bijaksana kelak? Nah, di sinilah permulaan segalanya!" Jawabnya sambil tersenyum.

Berdebar hatiku ketika mendengar dia memanggilku "sayang". Dalam sejarah hidupku, dialah orang pertama yang menggelarkan diriku. Ah, ini semua permainan hati! Sudah pasti dia selalu memanggil orang lain sebegitu, dasar lelaki buaya darat! Say NO to COUPLE before MARRIAGE! Itulah pegangan yang aku pegang dari dulu, takkan mahu dilanggar dek seekor buaya ini? Eh, kenapa aku berfikir sejauh ini? Dia tiada pula kata ingin menjadikan aku pasangannya?

"Ehem, boleh saya bergerak ya Cik Puan Rimau?" Tiba-tiba katanya mematikan lamunanku.
"Ye Tuan Buaya! Tiada siapa nak menghalang anta untuk kembali ke sungai. Tahu kan jalannya?" Meluap-lupa amarahku apabila dia memanggilku Sang Harimau.
"Saya tahu, kalau Tuan Puteri nak ikut menyelam sekalipun tiada masalah. Hihihi!" Katanya sambil berlalu pergi.

Begitulah perbualan kami yang pertama berakhir. Mulanya aku tidak mengerti mengapa aku sering mencari kesalahannya, tetapi secara perlahan-lahan aku menyedari sebenarnya aku mengagumi kebolehannya. Terdengar aku bila dia berkata kepada kumpulannya, "Abang tiada harta yang boleh bagi melainkan kasih sayang abang kepada adik-adik sekalian." Dengan suaranya yang sebak itu turut meruntut hati aku mendengarnya. Dan dalam diam-diam aku menyintainya. "Eh, menyukai seseorang diam-diam tiada masalah!" Pujuk hatiku.

"Boleh saya tahu facebook awak, Cik Hana?" Tanya Si Buaya itu.
"Untuk apa?" Bidasku, walaupun hakikatnya hati aku rasa gembira!
"Ehem, bukan saya ingin menggoda, tapi nak merapatkan silaturrahim, kan Nabi.."
"Sinari Nuur Insani, itu nama fb ana", pintasku sebelum dia habiskan hujahnya. Dah tahu sangat jika dilayan pasti berjela ceramahnya. Tetapi entah kenapa hati aku berasa gembira!

Tanpa diduga, perkara pertama yang aku buat bila sampai di rumah adalah Facebook. Tetapi malangnya, hari pertama berlalu tanpa berita. Begitu jua hari kedua, ketiga dan seterusnya. Ah, aku dipermainkannya! Mengapa hatiku tertarik kepadanya? Adakah dia menggunakan jampi untuk memikat hatiku? Getusku. Menyesal pula aku tidak bertanyakan apa nama FB dia. Dan berhari-hari juga aku lakukan solat Istikharah semoga diberikan petunjuk oleh Allah. Aku pun tidak tahu mengapa aku jadi begini.

Aku pun tidak pasti tiba-tiba aku teringin nak check message yang di dalam fail "SPAM". Eh, kebetulan ada satu message dan secara kebetulannya, gambar FB itu sama seperti Rozek . Hatiku dipalu keriangan dan perasaan berdebar ingin melihat apa yang dihantar. Terpaku mata aku melihat apa isinya!

"Bismillahirohmanirohim. Assalammualaikum. Saya, Rozek dengan rasa rendah hati ingin melamar Cik Hana sebagai teman hidup saya yang sah, sudikah menjadi zaujah hingga ke Jannah?"

Terasa seperti dunia ini berputar dengan lajunya.

The End.

Selasa, Januari 29, 2013

Kenapa Baca Al Quran Sedangkan Tidak Memahaminya

Sedikit pengkongsian cerita: Cedok dari Internet. Nice story, jadikan pengajaran ye.

Seorang rakyat Amerika Muslim yang telah berusia tinggal di sebuah ladang di pergunungan timur Kentucky dengan seorang cucu lelakinya. Setiap pagi beliau duduk awal di meja dapur membaca Al-Quran. Cucu beliau mahu menjadi sepertinya dan cuba untuk meniru dalam setiap cara datuknya selagi yang termampu.
Suatu hari cucunya bertanya, "Datuk! Saya cuba untuk membaca al-Quran seperti datuk, tetapi saya tidak faham, dan apa yang saya faham saya terlupa sebaik sahaja saya menutup al-quran itu. Jadi, apa yang baiknya dengan membaca Al-Quran itu? "

Datuknya dengan perlahan berhenti daripada meletakkan arang batu di dalam dapur dan menjawab, "Ambil bakul arang ini turun ke sungai dan bawakan datuk kembali sebakul air. Lalu cucunya bergegas melakukan seperti yang diarahkan oleh datuknya, tetapi semua air telah terkeluar dari bakul tersebut sebelum dia dapat kembali ke rumah. Datuknya ketawa dan berkata, "Lain kali awak patut berjalan lebih pantas," lalu menghantar cucunya kembali ke sungai dengan bakul tersebut untuk mencuba sekali lagi.

Pada kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tetapi sekali lagi bakul tersebut kosong sebelum dia sempat pulangke rumah. Di dalam keaadaan termengah-mengah keletihan, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul ini, lalu dia pergi untuk mendapatkan baldi sebagai ganti.

Lelaki tua itu berkata, "Saya tidak mahu sebaldi air, Saya mahu sebakul air. Awak patut berusaha lebih bersungguh-sungguh, " lalu dia keluar ke pintu untuk memerhatikan cucunya melakukanya sekali lagi.

Pada ketika ini, cucunya itu tahu ia adalah mustahil untuk melakukanya, tetapi kali ini dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun jika dia berlari secepat munkin sekalipun, air tetap akan mengalir keluar dari bakul tersebut sebelum dia sempat kembali ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi mencedok bakul ke dalam sungai dan berlari dengan lebih pantas, tetapi apabila dia sampai ke datuknya bakul tersebut sekali lagi kosong. Dengan keadaan lelah keputusan nafas, dia berkata, "Lihat datuk, ia adalah tidak berguna!"
"Jadi awak fikir ini semua adalah sia-sia sahaja?" Orang tua itu berkata lagi, "Lihatlah bakul itu!"

Budak lelaki itu menoleh melihat pada bakul itu dan untuk pertama kalinya sedar dan perasan bahawa bakul tersebut kelihatan berbeza. Ia telah berubah dari sebuah bakul arang batu lama yang kotor dan kini bersih, di luar dan di dalam. “Cucu, itulah yang akan berlaku apabila awak membaca al-Quran. Awak mungkin tidak memahami atau ingat segalanya, tetapi apabila awak membacanya, awak akan berubah, di dalam dan di luar. Itu adalah kekuasaan urusan Allah di dalam kehidupan kita

Ahad, Januari 27, 2013

Status Comel Saya

Bismillah..

Selamat membaca :)






Semoga bermanfaat :)

Bengkel Penulisan Kontemporari Telaga Biru 2013

Assalammualaikum.

Sekali lagi pena berlari di atas blog ini. Kali ini sekadar catatan ringkas aktiviti saya minggu ini. Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyertai bengkel penulisan anjuran Telaga Biru di HQ utamanya. Bila ditanya mengapa memilih Telaga Biru, saya akan jawab, "Saya yakin Telaga Biru akan berikan orang yang terbaik dalam menyampaikan ilmu penulisan ini".

Yang paling penting adalah bagaimana proses menjadi penulis itu sendiri, disampaikan oleh mereka yang menceburi bidang ini. Bukan calang-calang penyampai, malah penerbit, penulis dan ketua editor sendiri turun padang. Terbukti betapa cintanya mereka dalam bidang ini, dengan bayaran RM50 diberi makan minum, dewan, dua hari kelas dari 9pg - 6ptg, nota, sijil, adakah ia terlalu mahal? Sejujurnya, RM50 itu adalah sekadar mencukupi makan dan minum sahaja tanpa kos lain selama dua hari. Nah, tidakkah kita melihat keikhlasan hati mereka dalam menyampaikan ilmu?


 Sesi bersama ketua editor Gen-Q( Generasi Al-Quran), Solusi dan Al-Ustaz.
Sesi bergambar bersama Ustaz Umar M.Noor
Sesi bergambar bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Sijil Penyertaan Dan Hadiah Sampingan, buku yang di sain oleh penulisnya, Ustaz Umar M. Noor (Takwil Hadis)


InshaAllah, semoga bengkel ini memberikan manfaat dan kekuatan kepada kita untuk terus menulis dan menyumbangkan sesuatu yang baik dalam menyebarkan agama kita.

Sabtu, Januari 26, 2013

Andai Punyai Seorang Kekasih

Assalammualaikum.

Dah lama tak update blog ni. Alhamdulillah, tadi selamat menjalani Bengkel Penulisan Kontemporari anjuran Telaga Biru hari pertama. Penyampainya Ustaz Umar Mohd Noor dan Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Tapi, post ini z cuma ingin kongsikan berkaitan status Vice Canselor UiTM Dato' Prof Ir. Dato' Sahol Hamid Abu Bakar. Alhamdulillah, apabila seorang yang hebat bila berbicara banyak pengajarannya.

Terlintas tadi untuk melemparkan pandangan Z.



Memang benar, setelah berbulan-bulan akhirnya Z kembali sedar. Hihi. Apapun, Z bersyukur ke hadrat Allah atas penghijrahan ini. Hati z sekarang sangat tenang!

Note: Kesedihan itu menunjukkan Z adalah manusia biasa yang sangat lemah. Pengalaman menjadikan Z semakin matang. Semoga masa hadapan Allah akan pelihara iman Z menjadi lebih kuat. Senyuman Z menjadi sangat ikhlas sekarang :)

Jumaat, Januari 18, 2013

Cinta - Rahsia Kasih Sayang berdasarkan Bulan Kelahiran

Bila sebut sahaja cinta atau hubungan percintaan pasti anda akan terbayang saat-saat indah dan manis bukan? Tapi tidak kurang juga ada yang membayangkan kesakitan dan kelukaan terhadap cinta yang tidak berkekalan dan berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda tidak semua yang bercinta itu mempunyai personaliti dan sikap yang sama. Mungkin sekarang ini atau dahulu anda bercinta dengan seseorang, orang itu berpesonaliti begini dan anda tidak sukakannya. Tetapi jangan pula anggap orang yang anda ingin menjalinkan hubungan akan datang sama juga personalitinya.
Setiap orang ada personaliti-personalitinya tersendiri dan setiap orang berbeza-beza. Tiada yang sama. Tetapi anda harus ingat. Bukan semua manusia itu sempurna.
Jom kita ketahui apakah rahsia kasih sayang atau pesonaliti anda atau pasangan anda berdasarkan bulan kelahiran. Bagi yang tak tahu apakah bulan kelahiran pasangan atau orang anda minati itu, cepat-cepat bertanya pada si dia.

Bulan Januari

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Sukar setia pada yang satu
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11
  • Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini

Bulan Februari

  • Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan
  • Amat hormat kepada pasangan
  • Amat suka memikat pasangan
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
  • Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
  • Kurang beremosi terhadap pasangannya
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya
  • Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Bulan Mac

  • Mudah menawan hati pasangannya
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  • Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
  • Perasaan cemburu yang minima
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan
  • Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
  • Berprasangka terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12
  • Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini

Bulan April

  • Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
  • Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • Sentiasa ingin diberi perhatian
  • Amat cemburu dalam perhubungan
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • Romantik dan terlalu romantik
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan
  • Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
  • Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini

Bulan Mei

  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Kurang suka untuk sentiasa bersama
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Bulan Jun

  • Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan
  • Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
  • Cerewet dalam hubungan
  • Selalu beremosi
  • Mudah merajuk dan mudah di pujuk
  • Cepat rasa bosan dalam percintaan
  • Kurang yakin dalam perhubungan
  • Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
  • Elok untuk menjadi Ibu yang baik
  • Dahagakan pujian dari pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8

Bulan Julai

  • Amat suka didampingi pasangan
  • Sukar dimengerti oleh pasangan
  • Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih
  • Suka merajuk dan dipujuk
  • Setia terhadap pasangan
  • Suka mendengar dan tidak suka membantah
  • Cemburu terhadap pasangan
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Bulan Ogos

  • Tidak serius dalam perhubungan
  • Mengambil mudah dalam perhubungan
  • Kesetiaan di ragui
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan
  • Romantik, Pengasih dan Penyayang
  • Kelam kabut dalam perhubungan
  • Sering bertukar pasangan
  • Sukar mencari pilihan yang tepat
  • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima
  • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
  • Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini

Bulan September

  • Bersopan dalam hubungan
  • bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Amat memilih pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Bulan Oktober

  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Sukar menerima pandangan pasangan
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan
  • Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12
  • Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini

Bulan November

  • Banyak helah dalam menghadapi pasangan
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
  • Degil dan engkar dengan pasangan
  • Tidak suka dikongkong oleh pasangan
  • Mudah ambil berat terhadap pasangan
  • Tidak menghargai perhubungan
  • Sambil lewa dalam perhubungan
  • Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
  • Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
  • Kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan
  • Kurang bersama dengan pasangan
  • Pasangan Ideal: 4, 7

Bulan Disember

  • Pemurah terhadap perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan
  • Benci dikongkong
  • Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
  • Suka mempengaruhi pasangan
  • Curang dalam percintaan
  • Kurang berkerjasama dengan pasangan
  • Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
  • Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12
Sila ambil perhatian. Apa yang disenaraikan di atas ini tidak semestinya 100% betul. Terserah pada anda untuk mempercayainya ataupun tidak. Ia hanya untuk suka-suka sahaja.