Sedikit pengkongsian cerita: Cedok dari Internet. Nice story, jadikan pengajaran ye.
Seorang rakyat Amerika Muslim yang telah berusia tinggal di sebuah
ladang di pergunungan timur Kentucky dengan seorang cucu lelakinya.
Setiap pagi beliau duduk awal di meja dapur membaca Al-Quran. Cucu
beliau mahu menjadi sepertinya dan cuba untuk meniru dalam setiap cara
datuknya selagi yang termampu.
Suatu hari cucunya bertanya, "Datuk! Saya cuba untuk membaca al-Quran
seperti datuk, tetapi saya tidak faham, dan apa yang saya faham saya
terlupa sebaik sahaja saya menutup al-quran itu. Jadi, apa yang baiknya
dengan membaca Al-Quran itu? "
Datuknya dengan perlahan berhenti daripada meletakkan arang batu di
dalam dapur dan menjawab, "Ambil bakul arang ini turun ke sungai dan
bawakan datuk kembali sebakul air. Lalu cucunya bergegas melakukan
seperti yang diarahkan oleh datuknya, tetapi semua air telah terkeluar
dari bakul tersebut sebelum dia dapat kembali ke rumah. Datuknya ketawa
dan berkata, "Lain kali awak patut berjalan lebih pantas," lalu
menghantar cucunya kembali ke sungai dengan bakul tersebut untuk mencuba
sekali lagi.
Pada kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tetapi sekali lagi bakul
tersebut kosong sebelum dia sempat pulangke rumah. Di dalam keaadaan
termengah-mengah keletihan, dia memberitahu datuknya bahawa adalah
mustahil untuk membawa air di dalam bakul ini, lalu dia pergi untuk
mendapatkan baldi sebagai ganti.
Lelaki tua itu berkata, "Saya tidak mahu sebaldi air, Saya mahu sebakul
air. Awak patut berusaha lebih bersungguh-sungguh, " lalu dia keluar ke
pintu untuk memerhatikan cucunya melakukanya sekali lagi.
Pada ketika ini, cucunya itu tahu ia adalah mustahil untuk melakukanya,
tetapi kali ini dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun
jika dia berlari secepat munkin sekalipun, air tetap akan mengalir
keluar dari bakul tersebut sebelum dia sempat kembali ke rumah. Budak
lelaki itu sekali lagi mencedok bakul ke dalam sungai dan berlari dengan
lebih pantas, tetapi apabila dia sampai ke datuknya bakul tersebut
sekali lagi kosong. Dengan keadaan lelah keputusan nafas, dia berkata,
"Lihat datuk, ia adalah tidak berguna!"
"Jadi awak fikir ini semua adalah sia-sia sahaja?" Orang tua itu berkata lagi, "Lihatlah bakul itu!"
Budak lelaki itu menoleh melihat pada bakul itu dan untuk pertama
kalinya sedar dan perasan bahawa bakul tersebut kelihatan berbeza. Ia
telah berubah dari sebuah bakul arang batu lama yang kotor dan kini
bersih, di luar dan di dalam. “Cucu, itulah yang akan berlaku apabila
awak membaca al-Quran. Awak mungkin tidak memahami atau ingat segalanya,
tetapi apabila awak membacanya, awak akan berubah, di dalam dan di
luar. Itu adalah kekuasaan urusan Allah di dalam kehidupan kita
Tiada ulasan :
Catat Ulasan