Ahad, Januari 06, 2013

Sahabat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, saya panjat syukur ke hadrat Ilahi saya dikurniakan sahabat yang sangat baik dalam nasihatnya. Saya tidak sangka orang yang hatinya sekeras saya mampu luntur dengan kata-kata dari dia.

Ceritanya begini.
Saya dahulu ada seorang bekas kekasih, bercinta di saat usia yang sangat mentah. Entah mengapa, tergerak hati saya untuk menghubunginya setelah bertahun-tahun tiada khabar. Saya hairan, mengapa hati saya masih berdebar saat menghubungi dia. Dup dap dup dap. Apabila terdengar sahaja suaranya di hujung telefon, saya terasa sangat kekok untuk bersuara! Ibarat seperti baru jatuh cinta!

Ehem, tetapi antara kami tiada apa hubungan yang istimewa, hanya terbatas kepada sahabat lama. Dalam perbualan kami, banyak yang kami bualkan. Apa yang buat saya tertarik dengan nasihatnya;

"Kalaulah kita tidak bercinta dulu, pasti kita akan jadi kawan yang sangat akrab sekali"

Saya tersenyum.

Kadang-kadang rugi kita putuskan silaturrahim kita dengan orang yang banyak berikan kita pengajaran dalam hidup. Saya bukan Tuhan, Malaikat, Nabi atau orang yang maksum, banyak dosa dan kesilapan yang saya lakukan tanpa ketahui akibatnya. Di saat menimba pengalaman.

Wajarlah orang yang pernah putus cinta atau playboy bijak melayan wanita, terbuai-buai hati mereka dilayan. Kerana itu saya berazam mendidik isteri saya malah berikan pengalaman cinta yang sangat manis kepada dia. Itu yang saya cuba rencanakan. Banyak ilmu agama menyentuh perihal kerukunan ruman tangga, sepertimana kasih sayang Rasulullah kepada Aisyah r.a dengan melayan teletahnya, InshaAllah. Tidak salah kita beri yang terbaik kepada isteri kita. Sebenarnya, saat yang paling dinanti isteri yang baik adalah ketika suaminya menjadi imam kepada dia. Rezeki yang Allah berikan kepada saya cukup untuk saya mendidik isteri saya walaupun ilmu saya cuma sejengkal. Wah, macam promote diri sendiri! Hihi. Tidaklah, ini hanya sekadar catatan untuk hiburkan hati saya membacanya :)

Dia ada menegur sedikit sikap saya dahulu, katanya,

"Kamu terlalu mengharap sesuatu yang baik kepada diri kamu, tetapi tidak sabar mendapatkannya. Jika kamu bertenang, saya pasti banyak yang kamu akan dapat. Jadi, bersabarlah. Banyakkan berdoa ye"

Benar katanya, jika itu memang rezeki kita, memang tidak akan ke mana-mana, jika itu memang jodoh kita, dia juga tidak akan kemana-mana. Jadi, mengapa perlu bersedih, kan?

Kerana itu saya tidak menghalang mana-mana hidayah atau petunjuk kepada seseorang itu. Buat apa paksa jika itu bukan takdir kita? Rugi sahaja bersedih. Jadi, bersabarlah! Janji Allah itu PASTI! :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan