Ahad, Januari 27, 2013

Bengkel Penulisan Kontemporari Telaga Biru 2013

Assalammualaikum.

Sekali lagi pena berlari di atas blog ini. Kali ini sekadar catatan ringkas aktiviti saya minggu ini. Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyertai bengkel penulisan anjuran Telaga Biru di HQ utamanya. Bila ditanya mengapa memilih Telaga Biru, saya akan jawab, "Saya yakin Telaga Biru akan berikan orang yang terbaik dalam menyampaikan ilmu penulisan ini".

Yang paling penting adalah bagaimana proses menjadi penulis itu sendiri, disampaikan oleh mereka yang menceburi bidang ini. Bukan calang-calang penyampai, malah penerbit, penulis dan ketua editor sendiri turun padang. Terbukti betapa cintanya mereka dalam bidang ini, dengan bayaran RM50 diberi makan minum, dewan, dua hari kelas dari 9pg - 6ptg, nota, sijil, adakah ia terlalu mahal? Sejujurnya, RM50 itu adalah sekadar mencukupi makan dan minum sahaja tanpa kos lain selama dua hari. Nah, tidakkah kita melihat keikhlasan hati mereka dalam menyampaikan ilmu?


 Sesi bersama ketua editor Gen-Q( Generasi Al-Quran), Solusi dan Al-Ustaz.
Sesi bergambar bersama Ustaz Umar M.Noor
Sesi bergambar bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Sijil Penyertaan Dan Hadiah Sampingan, buku yang di sain oleh penulisnya, Ustaz Umar M. Noor (Takwil Hadis)


InshaAllah, semoga bengkel ini memberikan manfaat dan kekuatan kepada kita untuk terus menulis dan menyumbangkan sesuatu yang baik dalam menyebarkan agama kita.

2 ulasan :

  1. saya suka tulis tapi tak tau apa nak tulis! banyak sangat idea sampai tak tau nak pilih!Saya hadir bengkel ni sebab nak cari kemahiranlah!

    BalasPadam