Jika
kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke
dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA
hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia
akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah
berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali
ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia
dibuang, Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah
kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila
sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya, Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika
kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke
akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu
pasti baik untuk dirimu mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari makanan yang lain.? Terlalu ingin mengejar
kelazatan, KELAK Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya.
Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kamu akan
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Lalu kamu juga yang
akan MENYESAL!!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan