Isnin, Mei 07, 2012

Update Blog

Herm..lama sangat tidak singgah blog ni. Dah berkarat dah.. Hehehe.
Apa yang saya nak kongsikan mengenai kegiatan sepanjang dari Januari sampailah Mei ni.
Penglibatan dalam dunia sukarelawan, motivator, penceramah, fasilitator dan pekerjaan tetap memberikan makna tersendiri dalam hidup saya.
Sepanjang tempoh ini, perkara yang saya ingin saya ceritakan mengenai perjalanan saya ke Kapit, Sarawak. Walaupun Sarawak merupakan bumi kelahiran ibu saya, tetapi jarang sekali saya ke sana.
Perjalanan menaiki kapalterbang AirAsia mengambil masa 2 jam lebih, bertolak dari LCCT ke lapangan terbang Sibu membuatkan badan berasa terapung. Gambar-gambar perjalanan saya ada letakkan di Facebook saya (Rozek Suka DiTag).
Bukan sekadar perjalanan kapal terbang, tetapi perjalanan dari lapangan terbang Sibu ke tempat menunggu bot, seterusnya perjalanan 3 jam menaiki bot ke Kapit dan akhir sekali dari muara Kapit ke hotel penginapan.

p/s: teringin nak update detail, jika ada masa malam ni saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai perjalanan itu.

 
dari terminal Sibu ke Kapit == 126 KM!