Ahad, Ogos 17, 2014

RAWATAN KANSER BOLEH MENJEJASKAN KESUBURAN


RAWATAN KANSER BOLEH MENJEJASKAN KESUBURAN

Bagi pesakit kanser yang masih muda, belum berkahwin atau yang telah berkahwin dan belum mempunyai anak, rawatan kanser terutamanya chemotherapy sangat merisaukan mereka.

Rawatan kanser ada kalanya boleh menyebabkan kemandulan atau sukar untuk mendapatkan zurita.

Tidak kira pesakit itu lelaki atau wanita, mereka akan mengalami kesan yang sama.

Kesan yang menyebabkan ketidaksuburan ini mungkin jadi bersifat sementara atau kekal, boleh berlaku serta-merta atau mengambil masa yang agak lama selepas rawatan chemotherapy.

Ia juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya termasuk jenis kanser, ubat anti-kanser yang digunakan dalam rawatan dan umur pesakit ketika rawatan dilakukan.

Kesuburan lelaki boleh dirosakkan oleh pembedahan buah zakar (testis) atau dengan rawatan chemotherapy, atau radiation yang merosakkan kuantiti, kualiti atau DNA sperma dalam air mani.

Kesuburan pada wanita pula terganggu apabila rawatan kanser yang melibatkan kesan kepada telur, tahap hormon, atau fungsi ovari, rahim atau pangkal rahim.

Pesaki wanita boleh mendapat menopaus pramatang selepas rawatan kanser akibat kerosakan kekal pada kelenjar ovary.

Jadi sebelum mendapat rawatan kanser, pesakit sewajarnya berbincang dengan doctor yang merawat.

Menolak rawatan kanser kerana takut pada kesan sampingannya bukanlah langkah yang bijak kerana ramai pesakit yang telah meninggal dunia akibat serangan kanser yang tidak dirawat dengan sempurna.

Wallahu a’lam


-----------------------------------------------------------------------
Dapatkan simkad ajaib ToneExcel! Hubungi 012-4196956 utk lebih lanjut!
Bro Rozek
012-4196956

Tiada ulasan :

Catat Ulasan