Ahad, Ogos 24, 2014

[Movie Review] - Lucy

MOVIE REVIEW - LUCY


Apa khabar?
Well, saya dah berjaya menonton cerita Lucy. Komen ringkas saya, cerita ni boleh dianggap sebagai hiburan sahaja. Mana ler manusia boleh menjangkau 100% penggunaan otak.


Ceritanya begini. Lucy (watak utama dalam cerita ini) berkenalan dengan seorang lelaki di bar nama Richard. Pastu dia disuruh jumpa dengan Mr. Jang. Masa tue memang ada adegan tembak dan bunuh ler. Bila je Lucy dibawa jumpa dengan Mr. Jang, dia disuruh buka beg yang ada kandungan CPH4 (ibarat bom atom katanya). Pendekkan cerita Lucy dimasukkan CPH4 itu. Selepas itu dia mendapat kuasa mendasarkan peningkatan otaknya. Dia mampu mengingati pelbagai peristiwa walaupun perkara yang berlaku pada zaman kecilnya.

Pelbagai peristiwa berlaku. Lucy pergi ke Perancis untuk bertemu Prof untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Dalam cerita ini menggambarkan bila otak dapat digunakan semaksimum;

  • boleh mengingati perkara lampau
  • boleh mengawal badan
  • boleh mengawal atom
  • kemahiran berfikir sangat tinggi
  • boleh meramal pergerakan manusia
  • menjadi sangat berani
dan paling terakhir bila mencapai 100%, kebolehan mengawal masa. Ibarat kuasa Tuhan.

Kesimpulannya, hanya Tuhan yang berkuasa!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan