~sambungan dari Pengalamanku Part 1~
Percintaan? Terlalu banyak kisah yang ingin diceritakan. Dari yang terindah hinggakan yang tburuk.Nasihat saya cuma;
1. What you give, you get back.
2. Kepercayaan.
3. Kesetiaan.
4. Bertanggungjawab.
Sebagai seorang lelaki yang biasa dan tahu apa perasaan yang lelaki miliki, jika anda sayangkan dia, jagalah maruah diri dia. Percaya cakap saya, banyak balasan akan muncul apabila kita lakukan dosa. Bukan kita sahaja yang tanggung, keluarga kita, diri dia malah mereka yang rapat dengan kita.
Kisah ini benar dan tidak mustahil akan terjadi pada sesiapa. Seorang suami meninggal akibat kemalangan. Tahu apa isterinya lakukan ketika itu? Sedang BERZINA dengan lelaki lain. Dalam Al-Quran dinyatakan, "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik". Memang itu semuanya takdir tetapi ingatlah segala dosa yang dilakukan isteri ditanggung juga oleh suami. Allah itu adil. Ditarik nyawa insan yang disayanginya. Tidak mustahil ketika nyawa ditarik, pahala mengatasi sedikit dosa yang dimiliki. Wallahu'alam.
Setiap pasangan yang bercinta. Kawallah diri anda. Tahan nafsu anda. Jika takut terjadi perkara luar jangkaan, maka pisahlah.
Peristiwa ini cerita dari kawan yang paling baik dengan saya. Apa yang saya coretkan jadikan sebagai pengajaran dan iktibar. Bukan niat menjatuhkan maruah atau diri sesiapa, cuma sekadar secebis nasihat. Kisah yang dicatat mungkin mengalami sedikit ketidaksamaan peristiwa yang berlaku tetapi saya cuba sampaikan sebagaimana yang dia ceritakan. Kisahnya begini.
Dia sudah bercinta dengan kekasihnya daripada tingkatan empat. Jika dilihat dari penampilan dan tingkahlakunya, dia seorang yang sangat-sangat baik dan dikenali di pusat pengajian ini. Seorang yang aktif dan sering penuhkan masa dengan aktiviti. Peribadi yang periang dan mudah tersenyum. Tetapi, suatu hari terkejut saya apabila dia datang kepada saya dalam keadaan kaki dan tangannya berdarah pada lewat malam. Bahagian pinggulnya juga berdarah. Walaupun tidak teruk, tetapi saya faham kesakitan yang ditanggung. Saya ingin bertanya apa yang terjadi pada dia tetapi segera saya pendamkan bila melihat wajahnya seperti dalam bermasalah.
Esoknya, awal-awal pagi dia datang kepada saya untuk meminjam motosikal. Setahu saya dia memang memiliki motosikal tetapi terkenangkan yang dia masih sakit dan saat itu saya fikir motosikalnya mungkin rosak (terlintas juga dia jatuh moto). Saya benarkan sahaja sebab tiada perkara yang ingin dilakukan segera pada masa tersebut.
Seterusnya, dia pulangkan kunci selepas sehari berlalu. Melihat muka dia seperti bermasalah, saya bertanyakan soalan.
"Bro, ada masalah ke?"
Tanpa diduga, terus dia menangis! Agak terkejut juga la apabila melihat orang lelaki menangis. Apatah lagi dia seorang yang sangat sabar dan tabah. Dalam hati ketika itu, janganlah cakap soal kematian!
Agak lama dia menangis, barulah dia diam. Apabila saya pujuk dia untuk cerita, akhirnya dia mula bersuara. (susah benar hendak dengar luahan hati dia. Tetapi mujurlah saya kawan baik dia). Dia cakap dia sudah break-up dengan kekasih dia. huh, nasib baik soal percintaan!Mulalah saya acuh tak acuh hendak melayan. Bukan apa, sebab sekarang ini sudah jadi adat bercinta dan putus. Secara basi-basi saya tanya, "kenapa break-up. Bukan sudah putus ke sebelum ini?"
Akhirnya pekung di dada sudah terbuka! Dia ceritakan sejak dari dia Matrikulasi dia sudah ringan-ringan dengan kekasihnya. Saya pun lantas bertanya, ringan-ringan macam mana itu?
~to be continue~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan