Sabtu, Oktober 16, 2010

Keputusan Rasmi TM Piala Malaysia 2010

Malam neh(16 Oktober) rozek terlompat girang menyaksikan keputusan yang keluar..hihihi..

Separuh bakal menemukan pasukan
Kedah VS Kelantan
(20hb Oktober 2010 Stadium Darul Aman)
(23hb Oktober 2010 Stadium Sultan Mohd Ke-IV)

Negeri Sembilan VS Johor FC
(xtau..sbb tak umum pun kat TV tadi..hihihi)

Malam neh juga menemukan pasukan Selangor menentang pasukan Singapura. Pemain veteran Selangor mengalahkan pasukan veteran Singapura (1-0) manakala pasukan Muda Selangor yang mengalami keletihan selepas kecundang kepada pasukan Kelantan semalam dalam TM Piala Malaysia ketinggalan 4-0 sebelum penulis tutup TV. Huh, sangaaaattt menyakitkan hati.

Kita teruskan kepada laporan tanah air.Sedikit informasi berkaitan perlawanan malam ini.
Kedah yang menumpaskan Terengganu 3-0 (Agreget 5-2) menjaringkan gol pada minit 63', 71' dan 85'. Manakala perlawanan yang menemukan pasukan Pahang dan Johor FC menyaksikan pasukan Pahang terpaksa berputih mata walaupun menang pada malam ini 2-1. Agreget (2-2) yang memberikan pasukan pelawat Johor FC kelebihan gol di tempat lawan. Johor FC membuka jaringan pada minit 55' sebelum dikejar Pahang yang menyumbat gol pada minit 70' dan 71'. Manakala perlawanan pada malam ini yang ditayang secara langsung di TV1 menyaksikan pasukan Negeri Sembilan bertemu Perlis. Negeri Sembilan membuka jaringan pada minit 24' selepas tendangan percuma yang gagal disambut kemas penjaga gol dan pada minit 41' sekali lagi penjaga gol tewas daripada jaringan cantik luar penalti. Negeri Sembilan mengukuhkan lagi kedudukan pada minit 74' sebelum Perlis diberikan sepakan percuma pada minit 90'. Agreget (4-1)

p/s: Bola itu bulat tapi hati manusia itu sukar dibaca. Renungkan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan