Jumaat, Oktober 22, 2010

Adakah anda pemimpin?


Pernahkah anda memegang jawatan paling tertinggi ataupun AJK Tertinggi dalam satu persatuan, kelab, pejabat mahupun pertubuhan? Jika jawapan anda ya, pernahkah anda lalui perasaan seperti di bawah ini? Bagi yang baru menceburi, anda mungkin boleh ambil ikhtibar dari perkara yang disenaraikan.

1. Setiap masa rasa tertekan?
2. Cepat terasa dengan ahli lain?
3. Sentiasa bersendirian selepas memegang jawatan?
4. Terdengar khabar diri anda yang kurang baik dari cerita yang disebarkan orang lain?
5. Mendesak orang bawahan menyiapkan projek?
6. Terasa hipokrit?
7. Perlu jadi contoh untuk menjaga nama?
8. Perlu menjadi orang yang petah berkata?

Kebanyakkan perasaan ini sering dirasai oleh setiap pemimpin malah ahli biasa juga berkemungkinan untuk merasai perkara tersebut. Mengapa terjadi? Adakah disebabkan kelemahan dalaman? Ataupun disebabkan kekurangan pengalaman? Desakan? Ataupun hanya "rasa-rasa" sahaja?

Sebenarnya, menjadi orang atasan ini memerlukan ketahanan mental yang kuat. Kita tidak boleh menjadi lalang, hanya ikut rentak angin. Kita perlu menjadi seperti batu, walaupun di mana kedudukan, angin susah menggerakkan kita. Namun, harus juga beringat! Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk!

Apabila anda berada dalam situasi yang seakan-akan contoh yang diberikan tadi, berikut merupakan beberapa langkah untuk atasinya. (namun semua kaedah ini bergantung bagaimana anda mengendalikannya serta penerimaannya).

1. Jika anda berada dalam situasi tertekan, cuba anda senaraikan apa sebenarnya punca tersebut. Dalam kebanyakkan kes, punca utama stress ini datangnya dari peristiwa kecil, mudah dan senang diselesaikan. Percayakah anda?

2. Terasa sibuk sentiasa? Seperti di atas, senaraikan kerja anda. Selepas itu, perhatikan adakah anda mempunyai pelbagai kerja yang perlu disegerakan? Ataupun cuma satu sahaja kerja tetapi berat untuk dilaksanakan? Nasihat saya mudah, jangan tamak untuk bekerja. Kongsilah bersama ahli-ahli yang lain.

3. Ahli pasukan gagal beri kerjasama. Tentu rasa geram kan? Kalau boleh, rasa nak singkirkan dia sahaja. Sudah la tak beri kerjasama, siap buruk-burukkan kita pula. Terasa nyampah gila-gila laaa ngan dia. Percaya ke tidak sekiranya saya katakan ramai orang jenis macam ini. "Jenis yang tidak mengaku salah". Jangan lupa, kadang-kadang kita juga sebegini. Langkah mudah je. Sila abaikan dia kerana dia harus sedar kesilapan sendiri.

4. Cepat terasa? Ini sangat-sangat normal. Tahu kenapa? Kita ini ada ego masing-masing. Apabila kita mempunyai pangkat, kita susah hendak dengar pandangan orang bawah? Eh, tak mengaku? Sendiri rasa, sendiri ingatlah yee..Kadang-kadang cerita perihal orang lain, tapi kita yang terbakar kan? Nak atasi mudah je. Fikir positif! Bila orang mengutuk, anggaplah itu pujian dan pahala percuma. Petua saya, setiap orang adalah unik.

5. Hipokrit! Ini penyakit biasa. Punca, E.G.O. Dalam Islam, ego adalah ibu segala penyakit. Ingat, bukan mudah hendak menjadi orang yang merendah diri. Kerana hipokritlah kita sering dilanda masalah. Renung-renungkan diri.

6. Kemahiran komunikasi. Hendak cerita panjang pun rasa-rasa masing-masing pun tahu kepentingannya kannnn?


7. Terasa bersendirian. Ini sering berlaku. Dulu kawan sangaaaat ramai, tetapi bila berjawatan kawan sudah lari. Tetapi ingat, kadang-kadang ini berpunca dari silap kita sendiri. Adakah kita terlalu sibuk? Adakah kita sudah sombong? Jarang dapat bergaul? Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kitalah yang seharusnya berusaha untuk berkawan dengan mereka. Ingat, tiada manusia yang tidak perlukan kawan.


Apapun, petua yang terbaik adalah sentiasa berpegang pada kenyataan semuanya datang dariNya dan banyakkan beramal kerana amalan itu mampu menjernihkan hati

p/s:: Ingatlah! Ketika kita berada di atas, orang sentiasa perhatikan tingkahlaku kita. Ketika berada di bawah, orang sentiasa mengejek kita. Jadi di mana kedudukan yang sesuai? Fikir-fikirkan sendiri.

1 ulasan :

  1. haha.
    manusia kn..kite duk kt mane2 pn org kutuk.
    cm 2 baek rasa dua2 part.
    lg pn, idup manusia ade kalanya kt ats n bwh kn..
    *berfalsafah smbl study yg xmasuk2*

    BalasPadam