Khamis, Oktober 18, 2012

Perasaan Seorang Lelaki

Assalammualaikum..

Ini adalah luahan hati bagaimana seorang lelaki yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dalam mengharungi dunia cintanya.

Ditakdirkan dia adalah seorang yang sangat periang, baik pekertinya, bertolak ansur, suka bercakap dan mudah mendampingi orang lain. Namun, disebalik kelebihan itu dia memiliki banyak kekurangan. Bahasanya sombong, keyakinan diri terlalu tinggi malah terlalu berfikiran jauh.

Dia ada seorang kekasih. Benar, sekali pandang kelihatan kekasih dia adalah seorang yang sempurna segala-galanya. Namun lelaki ini melakukan kesilapan kerana dia ingin menjadi seorang yang terlalu sempurna untuk pasangannya. Dihebahkan pada kekasihnya dia adalah seorang pemimpin, sangat aktif, pandai dan bijak dalam segala perkara. Kata-kata itu memakan dirinya, dia perlu lakukan sesuatu untuk buktikannya.

Adakalanya dalam hidup ini kita kena memahami sesuatu, tak semua perkara yang kita lakukan akan diterima dan difahami orang lain. Dalam proses itu, banyak perkara boleh berlaku, sehingga paling teruk kita akan dipersalahkan dan ditinggalkan sebelum sempat untuk menjelaskannya.

Tahun demi tahun kesusahan diharungi bersama. Turun naik perasaan itu perkara biasa yang dialami setiap pasangan. Tetapi kita jangan terlupa tentang kitaran hidup. Kita bermula tanpa cinta, dan perkara itu akan berlaku jua. Saatnya ketika kita marah, kecewa dan putus asa dengan pasangan kita. Sebagai orang yang matang, kita kena terima keadaan itu. Dan bagaimana cara untuk atasinya?

Jika diberikan peluang oleh Allah andai catatan ini dibaca sebelum atau pada awal perkahwinan, saya cadangkan agar pasangan itu lakukan perkara yang sangat indah. Sebagai contoh, melawat pelbagai tempat, makan di tempat yang popular, mengajarnya tentang perasaan kesetiaan dan kasih sayang. Ketika berlakunya saat yang teruk dalam hubungan, kembali semula kepada yang asal. Cinta itu boleh berputik semula. Terpulanglah bagaimana kita ingin lakukannya. Tetapi, bukan satu pihak sahaja yang perlu berusaha. Didiklah dia agar menerima apa yang dikatakan, "Kesusahan dan Kebahagiaan Adalah Milik Kita Bersama".

Hidup itu sangat indah jika kita bertemu pasangan yang sanggup berkorban bersama kita...

--Catatan asal pada Disember 2011--

Tiada ulasan :

Catat Ulasan