Khamis, Oktober 18, 2012
Pengalaman Ini
"..Dalam tempoh 3 bulan ini aku hanya berfikir mengenai soal hati dan
perasaan aku. Aku tidak lagi fikirkan tentang masa depan yang jauh lagi
ke hadapan. Aku tidak lagi bersiap sedia mengharungi dunia
bersendirian. Di mana setiap masa aku mencari jalan menambat hatinya.
Mencari sedikit peluang membuatkan hatinya kembali yakin pada diriku.
Tetapi aku kembali sedar. Apa yang aku lakukan ini hanya perasaan aku
semata-mata. Aku yang menggalakkan dia bersama si dia, dan aku jua yang
memberikan ruang kepada mereka berkenalan. Abaikan sahaja tujuan aku
pada asalnya, kerana kini aku belajar itulah natijahnya jika kita
membiarkan. Aku pun dalam proses belajar, mengenali dunia ini yang hanya
seketika. Aku juga ada perasaan inginkan kebahagiaan dan
kejayaan..Lupakan apa yang aku rancang dahulu, kembalilah pada saat aku
masih lagi lelaki biasa dalam dunia percintaan..Mulakan hidup baru dalam
keadaan yang biasa-biasa..Itu lebih baik daripada kita terikat untuk
buktikan sesuatu..Kerana aku belajar sesuatu daripada pengalaman ini..Rozek, Oktober 18 2012.."
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
be strong n focus for your success first!
BalasPadamHurm..tapi cerita ko lagi sadis la shida..wei, amacam? meh cita sikit apa proses ko beli rumah aritu? fb or whatsapp aku
BalasPadam