Isnin, Oktober 22, 2012

Kesilapan Lazim Pasangan - Pandangan Rozek

Assalammualaikum..

Saya mengkaji dan memikirkan perbezaan perasaan antara pasangan. Ini adalah persepsi saya sendiri.Perkara ini saya jelaskan menerusi cara penulisan saya. Jika ada ketidakpuasan boleh email atau bertanya terus kepada saya.

Benar, bila kita terlalu rapat dengan seseorang, kita beranggapan bahawa kita tidak akan kehilangan kasih sayang dia. Sebagai contoh, sang suami atau kekasih yang bercinta dalam tempoh yang lama. Kita selalu berfikir yang kita sudah memahami dan mustahil dia akan curang dengan kita. Tetapi apa yang berlaku pada masa kini?

Mereka yang tidak pernah mengalami keadaan ini akan mempersoalkan apa yang berlaku. Kebanyakkan hanya dipengaruhi oleh novel-novel cinta yang diapdapsikan daripada ilusi dan khayalan semata-mata. Bila mereka mengalami keadaan realiti yang nyata perit, mereka tidak dapat membezakan antara kasih sayang sebenar dan khayalan mereka. Andai ditakdirkan suatu masa nyawa pasangan mereka dijemput oleh Sang Pencipta, ketika itu air mata darah pun tidak mampu mengubah keadaan. Kerana itulah penting untuk kita memahami apa sebenarnya yang berlaku. Bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga, kejadian-kejadian seperti pertengkaran, terlupa tarikh penting, susah nak beri komitmen terhadap apa yang pasangan sampaikan dan masalah kewangan itu adalah lumrah.

Kerana itulah wajib (saya meletakkan wajib walaupun pembaca mempunyai pilihan untuk mengabaikannya), bagi mempertahankan keharmonian hubungan itu, belajarlah daripada kesilapan sendiri dan kesilapan-kesilapan orang lain. Cuma catatan saya kali ini apa kesilapan lazim yang dialami dan mengapa perkara itu berlaku dan kesannya terhadap pasangan.

1. Terlupa tarikh lahir
Setiap daripada kita ada tarikh lahir dan itu adalah unik. Penantian adalah setahun, dan paling dirasai bila disambut oleh orang yang disayanginya. Apa akan jadi bila pasangan itu terlupa? Hatinya rasa perit, walaupun dia memahami pasangannya tidak terniat untuk melupakannya.Selalunya sang suami yang mudah terlupa. Mengapa? Kerana suami begitu sibuk menguruskan urusan pekerjaan, keluarganya. Sebagai isteri, anda patut bertolak ansur.

2. Salah faham
Sering terjadi. Mengapa? Sebab dua kepala. Jika satu jasad sahaja, pasti tiada masalah. Kerana itulah, belajar memahami apa yang disampaikan oleh pasangan. Kadang-kadang berilah peluang kepada pasangan untuk meluahkan perasaannya.

3. Bertengkar
Lumrah manusia akan terasa bila pandangan, sikap dan idea dia dipersoalkan, akan timbullah masalah bila masing-masing mahu memenangi pertengkaran itu hinggakan sanggup provokasi. Sebagai seorang suami yang bijak, sebelum isteri mula beremosional yang menyebabkan kita pun naik emosi, selesaikan dalam kaedah yang diktator. Namun, elok juga bertolak ansur untuk kes-kes remeh. Isteri ini akan menyayangi suami yang rasional dalam bertindak, dan suami kena bijak memahami keadaan. Jelaskan kepada isteri mengapa anda mengambil tindakan sebegitu. Jika isteri masih mempertikaikan, biarkan dia dengan ngomelannya. Kan perempuan itu lumrahnya kepada emosi?

4. Curang
Isu yang paling sensitif kepada hubungan. Orang ketiga ini pasti menghancurkan keharmonian rumahtangga. Bukan sekadar kepada pasangan, tetapi jua kepada diri sendiri. Tetapi, mengapa ini terjadi? Tidak sempurnakah pasangan anda? Sebenarnya, dalam konteks psikologi, lelaki ini memang menyayangi isterinya tetapi hatinya mampu terbuka kepada orang lain. Manakala wanita pula, jika dia menyayangi seseorang, mustahil baginya untuk terbuka hati pada lelaki lain. Jika hatinya terbuka, layanannya terhadap suami sangatlah teruk. Maksud saya, suami yang alami sahaja yang akan memahami maksud saya itu. Terlalu banyak artikel memperkatakan tentang kecurangan lelaki, tetapi harus diingatkan. Suami jarang buka kelemahan isterinya, bukan bermakna semua masalah itu berpunca daripada lelaki. Pendek kata, berbincanglah dengan suami hati ke hati. Manakala lelaki pula, jangan pandang remeh masalah hati yang dialami isteri. Cuba kita letakkan diri kita sebagai mereka.

Banyak yang berlaku dalam mana-mana hubungan. Ada pasang surutnya, kadang-kadang benci, kadang-kadang rindu malah ada masanya tiada rasa apa-apa. Jadi, bijaklah mewujudkan keromantikkan hubungan itu kembali. Yang penting, ego sang suami dan ego sang isteri kenalah rendah untuk atasi masalah yang mereka alami. Jadikan pasangan anda adalah sahabat, kawan, pasangan tidur, ibu bapa malah bayangan diri anda dalam dirinya. Pernahkan anda terfikir di saat kematian anda, dialah orang yang sentiasa di sisi anda menemani anda ketika ajal ingin menjemput?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan