Rabu, Disember 19, 2012

Warkah Untuk Isteriku


Assalammualaikum..

Apa khabar isteri abang? Abang di sini sihat-sihat sahaja. Terasa rindu dengan masakan sayang, walaupun hanya baru beberapa hari sahaja kita berpisah sebab urusan kerja abang. Anak-anak sudah makan? Abang pasti sayang akan jaga mereka dengan sempurna. Kalau mereka buat salah, nasihati mereka. Jangan bagi mereka tinggal solat! Ehem, isteri abang pun sama. Tapi abang yakin sepanjang perkahwinan kita, sayang tidak tinggalkan solat pun melainkan bendera jepun dikibarkan. Hihi, ini yang buat abang makin sayangkan sayang.

Sayang,
Abang tahu abang banyak kekurangan, tetapi sayang sudi terima abang dalam hidup sayang. Abang impikan jalan ke arah kebahagiaan. Terbukti abang tidak salah memilih sayang sebagai pasangan hidup abang. Sayang terlalu banyak berkorban dan berikan kasih sayang terhadap abang. Terima kasih sayang atas segalanya.

Abang tidak tahu apa yang layak untuk membalas kasih sayang tetapi apa yang abang tahu, abang akan bimbing sayang ke jalan Syurga. Abang harap Allah akan sentiasa bersama dalam hidup kita. Hidup dan mati kita kerana Allah, abang menyintai sayang juga kerana Allah. Jika abang buat kesilapan, maafkan abang.

Marilah kita kecapi nikmat hidup bahagia bersama.

Ikhlas dari,
Suamimu

Tiada ulasan :

Catat Ulasan