Khamis, Disember 13, 2012

Sesat Jalan - Psikologi

Assalammualaikum.

Bukan mudah dalam urusan menjaga hati pasangan malah bukan mudah juga untuk memahami keadaan yang berlaku. Segala yang dikongsi ini merupakan himpunan-himpunan pengalaman yang kita boleh fikirkan bersama.

Cerita 1:
Seorang lelaki dalam perjalanan ke suatu tempat. Lelaki ini memiliki perasaan cepat cemas, bukan orang tempatan dan mudah sesat. Bagi mengatasi masalah yang berlaku, dia bersedia lebih awal menerusi laman sensawang (pencarian peta Google) dan mencatat jalan yang patut ditempuhi. Pasangan bagi lelaki ini juga bukan orang tempatan.
Masalah mula timbul apabila lelaki ini tetap sesat. Perasaan mudah cemas mula menguasai apabila dia tergesa-gesa mencari lokasi yang ingin dituju bagi menghadiri temuduga ataupun berjumpa pelanggan. Bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi, dia lantas menelefon pasangannya untuk diberikan arah perjalanan. Malangnya, pasangan dia tidak pandai dalam memberikan tunjuk jalan. Konflik mula timbul apabila perasaan tidak terkawal. Lelaki itu mendesak dan memarahi apabila pasangannya tidak bersedia dalam memberikan arah tunjuk. Lelaki itu lantas bertanya pada orang setempat untuk perjalanan seterusnya. Akhirnya beliau tetap tiba pada lokasi yang ingin dituju walaupun terlewat.

Cara atasi: Berikan GPS dan ajar kepada dia bagaimana untuk menggunakannya.

Konflik ketika itu: Apa yang berlaku dalam kejadian ini adalah lelaki ini mengalami masalah tekanan. Perasaan cemas yang menguasai diri membuatkan dia gagal dalam membuat keputusan yang bijak. Persoalannya, yang menjadi mangsa adalah pasangan dia. Pertengkaran boleh berlaku ketika perasaan tidak terkawal. Mula menjadi rumit apabila masing-masing tidak mahu mengalah. Dalam situasi sebegini, kepincangan komunikasi boleh berlaku dan boleh menjurus kepada wujudnya permasalahan yang besar. Pasangan yang bijak adalah pasangan yang boleh mengawal perasaan cemas lelaki itu. Bagaimana caranya? Pelbagai kaedah boleh dipraktikkan antaranya
1. Berikan sahaja jalan lurus. Perasaan cemas dalam lelaki itu mendesak dia untuk mendapatkan jawapan segera. Berbeza apabila dia menanti jawapan, perasaan marah boleh menguasai dirinya. Hakikat dalam keadaan ini lelaki yang salah, tetapi apa yang difikirkan saat itu? Ketika dia kembali bertenang, dia akan menyesali kekasaran yang berlaku.
2. Nasihatkan dia bertanya pada orang sekeliling. Ya, sepatutnya dari awal dia bertanya pada orang setempat, tetapi perasaan cemas itu membuatkan dia tidak mampu berfikir tindakan seterusnya. Tetapi pasangan kena bijak memujuk dia.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan