Ahad, Disember 23, 2012

Hati Yang Rapuh

Assalammualaikum..

Saya terfikir tentang sesuatu, dasarnya saya melihat suatu masalah itu sebagai batu lonjatan dan juga kemanisan dalam hidup. Setiap masalah itu saya cuba lihat dari sudut yang sangat berbeza. Saya pasti setiap daripada kita sentiasa berdoa untuk beroleh perkara yang baik-baik dalam hidupnya.

Ketika saya baru putus dengan pasangan saya sebelum ini, saya dapat rasakan pelbagai perasaan. Rasa seperti lelaki tak berguna, tak layak dengan mana-mana perempuan, rasa ego tercabar, malu malah rasa marah yang sangat. Pada masa itu, mujurlah saya ada sahabat yang saya buat saya terfikir tentang sesuatu.

Sahabat saya ni saya kenal ketika kami sama-sama terlibat dalam sukarelawan dulu. Saya email dia menyatakan kesedihan saya. Yang buat saya terfikir bila dia reply email saya, dia cuma hantar, "Sabar itu separuh daripada iman". Saya pelik, kenapa dia tak cuba ceriakan atau beri dorongan kepada saya? Saya hantar balik, "So, what?"..

Dia hantar lagi, " Bersabarlah, Allah ada".

Dalam keadaan amarah ni, kita tak terlintas nasihat dia sangat mendalam. Pada masa itu saya cuma terfikir yang dia cuma tunjuk baik dan tidak memahami masalah saya. Saya pun malas r nak ambil tahu lagi tentang dia.

Beberapa hari lepas itu, saya buka facebook saya. Entah macam mana, saya terbaca status yang orang komen dekat wall dia. "Takziah, semoga ibu bapa kamu ditempatkan dengan orang yang beriman.."
Eh, apa yang terjadi ini? Bergenang air mata saya bila mengetahui hati saya ini melampau terhadapnya.

Tarikh ibu bapanya meninggal sehari sebelum saya email dia. Apa yang buat saya terfikir, dia tetap menyatakan rasa ingatkan Allah kepada saya. Saya mula terfikir, di mana kesabaran saya dalam menjalani kehidupan. Saya terlalu ikut perasaan dan menyalurkan perasaan marah tak kena pada tempatnya. Selepas saya tahu kejadian ini, saya banyak tersenyum dengan masalah. bagi saya, tiada apa pun yang berat melainkan kehilangan agama dan keluarga. Apatah lagi perkara yang menjurus kepada api neraka.

Jadi, kenapa perlu bersedih dalam hidup? Sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan