Rabu, Disember 19, 2012

Dambaan Ilmu

Assalammualaikum..



فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maka kamu tanyakan (kepada) ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui  ( An-Nahl : 43 & Al-Anbiyaa’ : 7 )

Saya tertarik dengan ceramah semalam berkaitan penyebaran ilmu. Ramai antara kita jarang mencatat apabila menghadiri kelas agama, tetapi apabila hadir di dalam kelas berunsurkan ilmu dunia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mengambil nota? Inilah yang dipanggil tradisi. Kita sering alpa mengenai dunia Akhirat sana.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat (Sabda Rasulullah)

Daripada ceramah semalam saya mengambil ikhtibar untuk menyampaikan agamaNya dan berusaha mengikuti jejak idola saya, Nabi Muhammad S.A.W. 

Ketika saya mencatat perkara ini, saya terfikir adakah Allah akan merahmati usaha saya? Saya akan berusaha walau sekecil mana pun kebaikan atau nasihat, untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan daripadaNya. InshaAllah, semoga Allah mengampuni dosa saya dan kedua ibu bapa saya.

Ketika saya hampir berputus asa, seorang sahabat yang saya kenali di Matrikulasi hantar email kepada saya;
"Rasulullah saw bersabda: ALLAH telah berfirman: "Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu menjulang sehingga ke langit, kemudian engkau melutut pohon keampunan kepadaKU, AKU AKAN MENGAMPUNIMU, dan aku tidak kisah (dengan dosa-dosamu itu)."
"Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepadaKU dengan dosa sebesar bumi, kemudian engkau bertemu denganKU (memohon keampunan) dan engkau tidak mensyirikkanKU, AKU akan datang kepadamu DENGAN KEAMPUNANKU sebesar bumi." (HR. al-Tirmdhi dan beliau berkata Hadith Hasan Gharib)"

Ya Allah, aku mengharapkan keampunan dan keredhaan dariMu Ya Allah. Aku yakin dengan percaturanMu Ya Allah. Pertemukan aku dengan orang-orang yang beriman ke jalanMu Ya Allah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan