Khamis, Disember 13, 2012

Airmata Ida

Aku mengenali dia pada zaman Universiti, orangnya sangat baik, tutur katanya sangat menarik hati. Ida nama dia.
Datang daripada keluarga yang sederhana, wajah yang menarik membuat hati aku jatuh cinta padanya.

Suatu hari aku melamar dia, maka dengan malu-malu dia menerima lamaranku. Bermulalah pada hari itu kami adalah kekasih. Setiap percintaan pasti ada badai. Aku mengenali seorang lelaki yang meminati dia. Wah, sekelas lagi. Aku berdendam dengan lelaki itu kerana dia menyintai kekasih aku!

Aku pun berjumpa dengan lelaki itu. Namun perbincangan kami berakhir dengan pergaduhan, tanpa diduga Ida datang ke arah kami.
Ketika itu Ida menampar aku, aku tidak puas hati!

Aku menjerit kepadanya yang aku amat membenci dia seumur hidup aku! Lalu aku menghempas telefon aku ke dinding.

3 hari aku berkurung dalam hostel aku. Pada hari keempat, aku datang ke kelas. Sahabat baik aku Saiful datang kepada aku. Dia bertanya kepada aku tentang Ida. Aku menghempas beg aku ke atas meja dan menjeling ke arahnya. Aku menjerit, "Aku dan Ida tiada apa-apa".

Semua rakan sekelas memerhatikan kami.

Irsyad datang menghampiri aku, dikatakan padaku, "Rozek, aku harap ko bersabar. Ida kini berada di hospital!"

Gulp, aku terdiam! Kenapa di hospital? Dengan motosikal merah aku, aku ke hospital Serdang. Aku berjumpa dengan abang-abang Ida. Wajah mereka sangat sugul. Aku nampak muka yang sangat aku benci di depan abah Ida, mereka kelihatan sedang bincangkan sesuatu.

"Nah, kenapa celaka ini masih ada di sini. Oh, mendapatkan simpati abahnya!" Bentak hati aku.

Aku lantas ingin balik sahaja. "Ah, pedulikan Ida itu. Dia sudah ada kekasih.Buang masa aku datang sini!" Jerit hati aku.

Sebaik sahaja aku naik motor aku, wajah celaka itu berlari mendapatkan aku. Jika dia ingin bergaduh lagi, aku pasti akan beri tumbukan padu ke wajahnya. Aku tahu dia ingin tumbukan aku hari itu yang buat matanya lebam.

"Rozek, dengar dulu! Ida sangat menyintai diri ko", kata Amat, si celaka itu.
"Habis tue kenapa ko masih mengganggu dia? Aku tahu ko ada hati dengan dia, kan? Sudahlah Amat, aku tak nak dengar lagi penjelasan ko!", lawan aku.
"Dengar Rozek, memang benar aku sukakan Ida, tetapi Ida hatinya ada pada ko! Okay, untuk ko tahu, Ida sekarang hidap penyakit kanser! Ko tau tak betapa sedihnya..!"
"Ah, aku tak nak dengar drama sadis ko. Kenapa Ida tidak cerita sendiri kepada aku?", bidas aku tanpa biarkan Amat menghabiskan ceritanya.
"Rozek, aku tahu ko marah kepada aku. Tetapi ini surat yang Ida bagi kepada aku. Ko bacalah sendiri". Lalu Amat meninggalkan aku.

Surat itu harum baunya. Aku tahu itu haruman si Ida. Aku buka lipatan surat itu, "Wah, tersusun rapi tulisannya. Sedangkan dengan aku cincai je dia menulis!". Bentak hatiku.

Mata aku terus memerhatikan kandungan surat itu, tanpa diduga airmata aku mengalir. Kenapa aku melayan Ida sebegitu? Ya Allah, ampunkan dosa aku!

Assalammualaikum,
Amat, terima kasih kerana Amat menyukai Ida. Ida harap Amat dapat memaafkan Ida kerana Ida terpaksa menolak cinta Amat. Ida sangat menyintai Rozek, Ida tahu dahulu ramai yang tidak menyenangi dia kerana sikap panas baran, pentingkan diri malah selalu memarahi orang tanpa sebab. Apabila Ida mengenali dia, Ida baru mengerti yang Rozek kesunyian. Dia anak yatim, kehilangan Ibu sejak lahir. Dia kekurangan kasih sayang. Sejak Ida bersama dia, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya. Begitu juga dengan Ida. Saat dia melamar Ida, hati Ida sentiasa bahagia. Dia sangat baik! Dia beransur-ansur bertukar kepada seorang yang sangat penyabar, redha malah menjadi antara pelajar cemerlang dalam sekolah Ida. Tetapi Amat, ini adalah satu rahsia yang Ida ingin kongsikan. Ida sebenarnya mengidap kanser hati. Ida tahu tidak adil untuk Amat buat sesuatu untuk Ida, tetapi rahsiakan perkara ini sehingga masa yang sesuai. Ida tidak mahu Rozek bersedih. Rozek adalah segalanya untuk Ida.

Segalanya belum terlambat Rozek!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan