Saya pasti setiap
daripada kita ingin rasa bahagia untuk dicintai, begitu juga saya. Hidup kita
penuh warna-warni dengan hubungan yang manis. Tapi, mana ada hubungan dalam
dunia ini tidak ditimpa masalah? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
suami isteri.
Saya terkenang saat
cinta saya terkubur satu masa dahulu. Saya menangis berhari-hari malah hampir
semua kerja yang saya ingin buat terbantut. Allah dan orang-orang yang pernah
mengalaminya sahaja yang faham maksud saya. Saya mengaku, saat kita terjatuh
ketika itu, kita mula kembali menadah tangan dan bersujud pada Allah untuk
meringankan masalah kita.
Percaturan Allah
itu sangat adil. Ketika saya hampir tersungkur dek penangan cinta ini, Dia
kurniakan saya wajah yang mudah gembira. Saya mula kembali melakukan apa sahaja
yang saya ingin lakukan, termasuklah menaip sesuatu. Saat saya luahkan di atas
komputer ini, ada masanya ambil berhari-hari walaupun hanya di baca tidak
sampai 5 minit!
Jika diimbas,
memang rugi hubungan yang terjalin bertahun-tahun putus kerana masalah yang
boleh diselesaikan. Allah jadikan setiap manusia itu dilahirkan dengan akal dan
kebolehan berfikir. Saya mula kaitkan tentang perkara ini dalam kehidupan saya.
Memang jika dilihat, saya banyak yang kurang. Saya cuba lihat dari sudut yang
sangat berbeza dan saya lakukan perkara itu kepada orang lain dalam kaedah yang
sebaiknya. Benar, hasilnya sangat berbeza!
Jadi, saya kembali
bersujud padaNya. Adakah petanda ini Allah mahukan saya menyebarkan sesuatu
yang baik kepada orang lain? Jadikan apa yang berlaku dalam hidup saya menjadi
contoh dan tauladan? Dan mungkin boleh selamatkan hidup orang lain?
Saya mula berfikir mengenainya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan