"Assalamualaikum..lama dah masuk dalam group ni
tapi belum ada keberanian nak sher cerita..
cuma malam ni teringin pulak nak sher..
saya melanau muslim..tapi saya membesar bukan dalam persekitaran muslim..
maksud saya jiran2 saya. kebanyakan jiran saya bukan muslim.sehinggakan
kawan2 saya hampir kesemuanya bukan muslim.tapi Alhamdulillah keluarga
saya masih didik saya sebagai seorang muslim.Apa yang saya nak
ceritakan ialah tentang kawan saya.dari tadika hingga sekolah menengah
kebanyakan kawan saya kristian.saya pelajar asrama.saya
tinggal satu bilik dengan kawan2 kristian saya satu bilik.kami satu
bilik 16 orang dimana 15 orang mereka adalah non muslim dan cuma saya
sahaja yang muslim.Jadi saya dapat tahu sikit2 tentang agama
mereka.Lagipun kami suka sher tentang agama masing2.saya perhatikan
setiap malam mereka sebelum tidur mereka rajin membaca
kitab.walaupun mereka kristian tapi mereka sangat menghormati agama
islam.mereka sangat hormat..bila dah habis sekolah menengah saya berjaya melanjut pelajaran ke universiti.tak sangka sampai
universiti pun kawan2 saya kebanyakannya kristian.tak tahu kenapa saya
lebih rapat dengan mereka berbanding kawan saya yang
muslim.Ha! yang ni lah saya nak cerita. saya pun terkejut.dalam banyak2
kawan saya yang beragama kristian, salah seorang kawan saya ni
dia lebih berminat kepada islam.kenapa saya cakap macam tu?
sebab.tengah2 saya layan lagi opick tahu kan opick yang dimana lagunya
berunsurkan islam.Kawan saya cakap dia sangat minat akan lagu2
opick.Bahkan dia suka menonton cerita berkisar islam.ada satu hari
tu.salah seorang kawan muslim saya pernah terdengar dia berzikir menyebut kalimah Allah..dia berzikir!! tapi dia seorang kristian..kami
pernah berkongsi cerita mengenai agama masing2. apa yang mengejutkan
saya dia mengetahui cerita2 islam.dan paling mengejutkan saya
sekarang ni dia tengah mengkaji agama2 yg ada seperti islam,kristian dan
yahudi.dia seperti tengah mencari sesuatu.."
copy dari facebook. (https://www.facebook.com/groups/204498413014145/)
Entah kenapa air mata z bergenang bila z baca kisah dia. Bagi sesetengah orang mungkin ini cerita yang sangat biasa, tetapi z jadi seorang yang sangat sensitif semenjak dua menjak ini. Entah r, tak pasti kenapa apatah lagi bila z hadiri kelas agama, dengar ceramah, mudah sangat air mata ini turun. Sedangkan ketika z solat malam pun tersedu-sedu z menangis.
Mungkin Allah ingin z memahami sesuatu. Z dilahirkan dalam keluarga Islam yang sangat sempurna. Malah rumah keluarga z pun bersebelahan kubur dan masjid yang sentiasa ingatkan kepada kematian. Biarlah perubahan yang berlaku lepas ini menjurus kepada yang lebih baik.
Z lagi selesa berjemaah dan baca al Quran di masjid sekarang berbanding bersendirian di rumah..Sayunya Allah sahaja yang Mengetahui..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan